tAHniah…

October 21, 2008

i

Kerajaan BN sekali lagi mengulangi pencapaian cemerlangnya apabila berjaya melahirkan bakal pimpinan pelapis yang samseng dan kurang ajar. Kejayaan terbaru berjaya dikesan di SM Perlis apabila pelajar sekolah tersebut bergaduh dengan memakai baju dacing BN. Sudah tentu ianya satu kebanggaan buat negeri Perlis, negeri yang paling kecil di Malaysia. Seminggu sebelum itu sekolah tersebut juga telah berjaya melahirkan pakar tendangan jarak dekat apabila seorang pelajar perempuan berjaya menendang gurunya sendiri.

Sementara itu pelajar di Terengganu turut menempa nama dalam rekod pendidikan negara apabila telah berjaya menghasilkan beberapa orang pelakon. Walaupun mereka berlakon dalam klip pendek dan merakamkan lakonan mereka dengan telefon tangan, ianya dianggap satu permulaan yang baik dalam menghasilkan mutu lakonan yang lebih baik pada masa-masa akan datang. Seharusnya Menteri Pelajaran sekarang wajar dinobatkan sebagai tokoh ulung pendidikan negara kerana berjaya menghasilkan pelajar-pelajar versatile seperti ini. Sekian Gopi melaporkan dari bilik berita.

i