peNat…

October 29, 2008

i

Arinih hampir seminggu aku x update kan blog. Bukan xde benda nk ditulis, tapi mood n penghayatan x masyuk langsung 2-3 hari nih. Sementelah pulak dapat komen yang membina dari KP Changkat Ibol. Anywayz thanks 4 da komen. Aku rasa biarlah aku dengan gaya aku. Nak tulis hal personal @ hal semasa. Apa jugak yang aku rasa patut aku tulis aku tulis la. Dari terbiar sepi je blog aku nih. Kalau aku lebihkan tumpuan pada hal politik, aku bukan ada kepakaran pn dalam bidang nih. Aku ulas ikut pemahaman aku. Orang x faham, aku x leh nk buat apa² la. Jadi aku isikan ikut pertimbangan sendiri je la. Kalau rasa membosankan entry aku tuh, abaikan n pindah ke blog lain je (ayat familiar buat para blogger). Mudah dimasak sedap dimakan. Ok malas nak mengomel.

Semalam DPPN Perak buat pertama kali dalam sejarah (klu x silap aku) mengadakan jamuan ‘Eidulfitri di sebuah restoran yang agak famous (bagi aku), di Resoran Nasi Lemak Ayam Kampung. Itu semenjak aku bergiat dalam pemuda ni la. Yang sebelum² ni di luar pengetahuan aku. Menambahkan meriah majlis sambutan tu, MB dan Exco agama negeri Perak turut dijemput. Aku sendiri x pasti rasionalnya DPPN Perak ni mengadakan sambutan tersebut di restoran tersebut sedangkan markaz dan dewan orang ramai boleh digunakan. Mungkin markaz dan dewan orang ramai dilihat tidak eksklusif buat pimpinan pemuda negeri nih. Atau boleh jadi juga majlis malam tadi disponsor oleh insan² tertentu yang telah mendapat pulangan dari kerajaan baru Perak ini. Aku pun x pasti. Sekadar menimbulkan persoalan. Yang pasti kalau x silap aku jemputan hanya dibuat kepada Ketua Pemuda kawasan² sahaja sedangkan tanpa ahli yang  memberikan kerjasama kepada Ketua Pemuda, manakan boleh dewan pemuda hidup. Mungkin jugak nak hargai sumbangan mereka yang memimpin. Yang dipimpin makan kat warung² je dah la. Lagipun elok juga diajar sebegitu. Bukan itu matlamat nak berjuang nih. Cuma aku nak jugak peringat kat pemuda negeri nih, janganla terus-terusan leka ngan kemenangan mengejut nih. Harap²nya diorang masih waras yang mana satu keutamaan. Mengekalkan kemenangan atau leka meraikannya x kira masa hinggakan lupa musuh dah jauh mendahului kita dalam mengatur strategi menghadapi peperangan pusingan ke-2 nanti. Menghadiri program² santapan rohani ataupun leka dengan santapan jasmani. Antara sebab² kejatuhan kerajaan Islam hebat sebelum ini ialah apabila mereka sudah meninggalkan syariat agama dan bermewah² dalam kehidupan. Itu antara kata-kata guru aku dahulu. Mungkin benar waktu dahulu, sekarang belum tentu. Tapi kalau inginkan pengesahan cubalah. Wajar juga memikirkan komentar Muhamin Sulam dalam Harakah terbaru ni yang membangkitkan persoalan samada memilih untuk memakai kereta Merc ataupun mengekalkan kesederhanaan memakai Waja yang buruk setelah eksiden. WaLLahua’lam…

i

4 Responses to “peNat…”

  1. kp bukit gantang Says:

    ana tak kena jemput pun jamuan tu….

  2. haris Says:

    salam,
    bro kdng2 kemenangan ujiannya lebey besor dari kekalahan. mudah2an penyakit mencintai dunia tidak merebak ke dalam pemuda. bila nak minum sekali. ofc ana kat medan istana je

  3. Atan Says:

    tahniah, teruskan usaha tuan…Jangan berkira kerja agama.

  4. Mantan suk dppn Says:

    Tu la pasal…… Owg ber’blog’ awak pun sibuk nak blog… Owg lain nyer update ari2, engkao punye update ikut suke ati…..

    Ana nak wat demo depan pintu pejabat pemuda, pasal tak kena jemput makan belut ari tuh……..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: