duA waJAh bERbeZa…

November 27, 2008

i

i

i

berita penuh –> di sini dan di sini

i

deBAran…

November 27, 2008

i

dsc_0044

Tinggal 2 hari aje lagi sahabat baik aku akan disatukan dengan suri hatinya. Walaupun telah dinikahkan seminggu lebih awal, tapi niatnya untuk bersatu dengan isterinya yang sah tidak menjadi kenyataan (keh keh keh…rasakan hang). Mungkin risaukan seri pengantin hilang barangkali, adat lapuk yang dah sebati dalam hidup orang Melayu kita. Itu mungkin telahan aku jek. Bukan tuduhan. Aku xnak pulak nanti terpaksa turun naik mahkamah nak selesaikan tuntutan saman fitnah keluarganya. Haha…

Shah @ At akan dipertemukan dengan isterinya pada majlis meraikan pengantin disebelah isterinya pada 29 Nov dan disebelah keluarganya pada 30 Nov 2008. Dia merupakan adik bongsu (manje) kepada Ketua Pemuda DPPK Ipoh Timor, saudara Salman Saleh dan juga merupakan AJK DPPK IT. Untuk menyerikan lagi majlis dirumahnya nanti, baju penanggah yang baru telah siap dan akan dilancarkan pemakaiannya pada hari tersebut. Pasti berbulu mata para tetamu melihatkan silau baju baru tersebut. So pada sesapa yang dijemput harap x ketinggalan untuk hadir. Yang pasti TIDAK AKAN ADA SIARAN ULANGAN PELANCARAN BAJU BARU TERSEBUT. So pastikan anda hadir!!!

i

peRTemUan bLOggER

November 26, 2008

i

Hari ini aku dijemput menghadiri pertemuan blogger-blogger perak di Pejabat MB. Walaupun aku agak berat hati untuk menghadirinya memandangkan aku bukanlah blogger yang ada nama, sekadar menulis mengikut kata hati sendiri dan tidak terikut-ikut dengan arus perdana, tetapi aku hadirkan juga memandangkan jemputan telah ku persetujui. Ku kira dengan kehadiran ku ini dapat menjayakan pertemuan kali pertama ini (walaupun sebelum ini telah diperkabarkan sudah ada pertemuan dibuat dengan salah seorang EXCO negeri Perak). AlhamduliLLah pertemuan itu berjaya diadakan dengan kehadiran MB sendiri walaupun diperingkat awalnya hanya Setiausaha Politik, Ustaz Misbahul Munir dan Setiausaha Akhbar MB, saudara Anuar Hashim sahaja yang akan melayani kami. Terima kasih dengan komitmen yang diberikan oleh MB. Dalam ucapan alu-aluannya, MB sendiri mengharapkan agar para blogger dari negeri Perak ini dapat memainkan peranan yang aktif dalam menyebarkan segala maklumat kerajaan negeri turun kepada rakyat. Sambil mengakui terdapat beberapa masalah berkaitan urusan penyebaran maklumat dari kerajaan negeri, beliau meminta para blogger bersikap lebih proaktif dalam membalas fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan negeri oleh pihak musuh. Antara blogger yang hadir termasuklah Cina-Islam, Al-Husseyn, Ajijoi, Bumi Perak, Teluk Bakong Online, Anak Sengat & PAS Tambun. Hasil dari pertemuan yang diadakan itu, bebarapa idea telah ditimbulkan oleh blogger-blogger yang hadir. Antaranya menubuhkan sekretariat blogger Perak dan mewujudkan laman web khusus untuk para blogger menghulurkan maklumat. MB tidak dapat berlama-lama dengan kami kerana bergegas menunaikan solat Zohor berjemaah di surau SUK dan kemudiannya akan ke Sg. Siput (U) untuk merasmikan Pameran Agrofest. Mudah-mudahan segala idea yang telah dibentangkan akan menjadi kenyataan insyaALlah.

i

parLImen saMPaH…

November 26, 2008

i

X yah nak heboh, memang 1 dunia dah tau parlimen M’sia nih ‘Parlimen Sampah’. Lain yang menipu lain yang kena gantung. Lain yang mencarut lain pula yang dikenakan hukuman. So x kisahlah dimata dunia parlimen kita jadi ‘Parlimen Sampah’ asalkan dimata Pak Lah parlimen kita x cacat. Teruskanla kesampahan mu itu wahai tuan speaker. Biar rakyat sama jadik sampah…

i

mEmANg mELayu muDaH LupE…

November 25, 2008

i

Riuh rendah 3-4 bulan lepas, ketikamana MB Perak, Hj. Nizar mengarahkan pertukaran serta merta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Jamry Sury. Isunya bila MB tidak memohon perkenan istana terlebih dahulu sebelum menukarkan Jamry. Umum telah maklum, walaupun MB memang mempunyai kuasa untuk menukarkan Jamry, tetapi disebabkan ketika itu juga Jamry memegang kuasa sebagai setiausaha Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak di bawah penguasaan sang istana maka pertukaran itu menimbulkan kecoh yang amat sangat. Berbagai cemuhan dilemparkan kepada MB termasuk durhaka kepada sang sultan kerana mendahului baginda dalam membuat keputusan.

Nah, sekarang ALlah telah membalikkan semula isu yang sama kepada si Jamry, ahli UMNO Parit Buntar itu. Beliau telah menarik balik kenyataan bahawa kerajaan negeri Perak akan mengguna pakai keputusan Fatwa pengharaman yoga oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Ini kerana beliau tidak meminta perkenan sultan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan. Seolah-olah dilihat beliau boleh mewakili lidah sang sultan tanpa merujuk terlebih dahulu kepada baginda. Ianya jelas membelakangkan peranan sang sultan, ketua agama di negeri Perak ini dan perlanggaran bidang kuasa yang lebih dasyhat dari apa yang telah dilakukan oleh Hj Nizar dahulu.

Di sini jelas sekali kita lihat isunya seakan sama seperti yang dilakukan oleh Hj. Nizar dahulu, MB Perak dahulu. Cuma kecohnya yang tidak sama. Mungkin sebab Jamry ni orang UMNO, maka digelapkan isu ini. Kalau Hj. Nizar yang buat kenyataan mengenai yoga tersebut, anda sendiri boleh fikir apa yang akan dilakukan oleh pihak media terhadapnya…

“ALlah merancang dan kita merancang, dan sesungguhnya ALlah sebaik-baik perancang – al-Quran

Mungkin Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan juga boleh memikirkan untuk melantik Samy Belloo sebagai ahli jawatankuasa yang dilantik memandangkan beliau juga berminat pada setiap keputusan yang diputuskan berkaitan agama Islam ini. Mudah-mudahan ALlah melorongkan hidayah kepadanya untuk memeluk agama Islam.

i

JAIP tarik balik kenyataan yoga haram

IPOH – Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Jamry Sury semalam berkata, fatwa mengenai pengharaman senaman yoga untuk umat Islam belum dapat diterima pakai di negeri itu sebelum ia diperkenankan oleh Sultan Perak.

Bercakap kepada Bernama, bagi menarik balik kenyataannya kepada sebuah akhbar semalam bahawa Perak akan menerima pakai keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu, beliau berkata selaku Pengarah JAIP, adalah di luar bidang kuasa dan budi bicara beliau untuk membuat apa-apa pendirian berhubung sesuatu perkara yang menyentuh soal berkaitan agama Islam yang terletak di bawah bidang kuasa Sultan Perak.

“Fatwa tersebut belum dapat diterima pakai di negeri Perak kerana ia belum dibincangkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan dimaklumkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk selanjutnya mendapat perkenan daripada Sultan Perak,” katanya.

Sebuah akhbar kelmarin menyiarkan kenyataan Jamry bahawa Perak akan mematuhi ketetapan yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut.

Jamry, yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, dilaporkan berkata satu mesyuarat akan diadakan pada 9 Disember ini bagi mengumumkan secara rasmi mengenai perkara berkenaan

i

leMBap

November 25, 2008

i

Dah masuk 3 hari x update blog. Bukannya malas @ xda bahan nak dimasukkan. Cuma aku ngah tension. Tension ngan service streamyx nih. Nape la lembab sangat. Kononnya broadband. Jalur lebar. Memang dasar penipu. Ni la silapnya bile kerajaan menjadikan perkhidmatan jalur lebar ini dikuasai oleh satu syarikat sahaja. X dipeduli langsung masalah yang dihadapi pengguna berbayar ni. Mual aku dengar janji syarikat ni yang nak upgradekan service. Sama mualnya bila aku membaca kes perceraian artis didada-dada akhbar setiap hari.

Tapi nak diboikot pun x leh. Aku bukannya ada peluang duduk di Eropah pun. Cam sahabat kita tuh.  Sabo je la.

i

laPOran BPR…

November 21, 2008

i

pb210163

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timor telah mengadakan pertemuan dengan BPR bagi melaporkan salah urus dewan orang ramai dalam negeri Perak hari ini. Dalam pertemuan itu, hanya 2 orang wakil sahaja yang dibenarkan mengadakan pertemuan seterusnya menyerahkan laporan kepada Pengarah BPR Perak, Pmg. TPj Bahri bin Mohamad Zin. Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timor diwakili oleh Ketua Pemuda, saudara Salman Saleh dan Ketua Penerangan, saudara Safarizal Saleh. Pertemuan selama hampir sejam itu diadakan di bilik Pengarah BPR sendiri. Diakhir pertemuan itu, beliau berjanji akan menyiasat aduan yang dikemukakan secepat yang mungkin. Saudara Salman Saleh kemudiannya mengadakan sidang akhbar diperkarangan pejabat tersebut.

Berikut adalah laporan yang telah dibuat pada hari tersebut :-

i

21 November 2008 / 23 Zulkaedah 1429

Kepada;

Pengarah,

Badan Pencegah Rasuah Negeri Perak,

Jalan Raja Musa Aziz,

Peti Surat 6000,

30760 Ipoh.

Y.Bhg. Tuan,

ADUAN UNSUR SALAH TADBIR URUS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MENGENAI PEMBINAAN BANGUNAN DEWAN ORANG RAMAI

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) ingin membuat aduan berkaitan unsur salah tadbir urus pengurusan dan pentadbiran dalam kebenaran pemberian pembinaan bangunan kekal Dewan Orang Ramai di atas hak milik tanah persendirian atau wakaf.

Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak pada sidang Dewan Undangan Negeri Perak baru-baru ini, telah meminta supaya semua Dewan Orang Ramai diserahkan pentadbirannya kepada Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK). Manakala Datuk Saarani Mohamad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan telah memberikan penjelasan berkaitan terdapat hak milik bangunan tersebut dibina adalah atas nama pensendirian atau wakaf.

Adalah menjadi matlamat atau dasar pembinaan bangunan Dewan Orang Ramai adalah untuk kegunaan masyarakat setempat sesuatu kawasan itu. Tetapi timbulnya persoalan apabila tanah kawasan pembinaan bangunan Dewan Orang Ramai itu bukanya hak milik bersama yang diuruskan oleh JKKK tetapi ianya adalah bersifat hak milik peribadi.

Oleh yang demikian, kebimbangan kami adalah berdasarkan perkara berikut;

Bagaimana kebenaran pemberian pembinaan bangunan kekal atas nama kegunaan Orang Ramai di atas tanah pemilikan persendirian / wakaf

Sebelum sesuatu kebenaran pemberian pembinaan bangunan kekal, perkara yang dirujuk adalah berkaitan perundangan atau undang-undang Kanun tanah negara berkaitan pemilikan hak milik tanah menjadi asas untuk peruntukan pembinaan bangunan Dewan Orang Ramai ini diluluskan oleh Kerajaan.

Ada pun kelulusan dan kebenaran bertulis sebelum satu pembinaan bangunan kekal dijalankan adalah menjadi perkara paling penting. Ini kerana tidak akan timbul perkara berbangkit setelah bangunan tersebut didirikan dan tiada tuntutan akan datang berkaitan bangunan tersebut kelak.

Setelah kebenaran diperolehi, maka satu perjanjian berlandaskan prinsip ekuiti mesti dimeterai antara kedua-dua belah pihak. Jika prinsip ekuiti ini dilanggari adalah menjadi satu kesalahan kerana matlamat asal pembinaannya dan kerugian yang akan ditanggung oleh rakyat dan kerajaan amat tinggi.


Pelanggaran Prosedur Pentadbiran dalam mengeluarkan dana Kerajaan

Perkara yang paling penting berkaitan isu ini adalah kesalahan dalam penggunaan peruntukan dana kerajaan untuk kegunaan rakyat. Persoalan yang berbangkit adalah siapakah yang memberikan kebenaran peruntukan sebelum kajian menyeluruh tanah kawasan pembinaan bangunan kekal Dewan Orang Ramai tersebut.

Mengapakah kebenaran-kebenaran ini diperolehi walaupun tetap melanggari undang-undang sedangkan ianya bertujuan untuk kegunaan orang ramai dan adakah kelulusan ini berkepentingan oleh pemilik hak tanah tersebut.

Adalah menjadi kesalahan di atas kegagalan yang disengajakan dalam memberikan kebenaran peruntukan pembinaan yang tidak sepatutnya berlaku. Isunya disebabkan dana rakyat disalahgunakan untuk tujuan berkepentingan pihak-pihak yang tertentu dan bukannya untuk rakyat seluruhnya.

Dengan ini kami menuntut supaya suatu siasatan menyeluruh dibuat di atas beberapa persoalan tentang kebenaran kelulusan dan kegagalan sistem penyampai yang tidak sepatutnya berlaku.

Sekian aduan kami.

Yang mengadu,

SALMAN SALEH

Ketua,

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur.

i

pb210136ipb210149

i

syUKur ya ALLah

November 16, 2008

i.

AlhamduliLLah setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkan buatmu ALlah, kerana dengan limpah rahmatmu itu dapat aku menyempurnakan Majlis Aqiqah puteri sulungku. Majlis yang dirancang diadakan pada Rabu malam, 14 Zulka’edah 1429 bersamaan 12 Nov 2008 yang merupakan hari ketujuh kelahirannya itu terpaksa aku tunda memandangkan puteri sulungku itu terpaksa ditahan di wad 6C, Hospital Raja Permaisuri Bainun (Hospital Ipoh) gara-gara jangkitan demam kuning (jaundis). ALlah merancang dan kita merancang, sesungguhnya ALlah sebaik-baik perancang. Aku pasrah.

Akhirnya Ahad 18 Zulka’edah 1429 / 16 Nov 2008, ALlah telah memperkenankan hajat aku ini. Dengan sedikit rezeki yang ALlah kurniakan kepada aku, aku berjaya membeli seekor kambing untuk disembelih bagi menyempurnakan syarat yang dituntut oleh agama. Walaupun kata putus untuk mengadakan majlis ini hanya dapat aku bagi pada Sabtu malam, aku bersyukur kerana segala urusan berkaitan majlis puteri sulungku ini dipermudahkan ALlah.

Kehadiran tetamu amatlah diluar jangkaan. Rupanya ramai jugak penduduk kampung aku ni gemarkan kambing. Secara x langsung kurma kambing yang menjadi juadah utama majlis aqiqah puteri sulungku itu menjadi susut nilai dengan kadar yang amat cepat. Terpaksa pulak aku keluar mencari lauk tambahan bagi mengelakkan tetamu pulang hampa.

Terima kasih kepada sahabat yang sudi menghulurkan bantuan menguruskan majlis tersebut terutamanya abg. Mazlan Temiang, sdr. Roslan, NYDP PAS Kawasan Ipoh Timor & sdr. Shah. Buat yang hadir dan yang menghulurkan sumbangan, terutama sdr. Safarizal & isteri, terima kasih x terhingga aku ucapkan. X lupa juga buat akak ipar aku yang menjadi chef tambahan majlis aritu. Mudah-mudahan kalian suma beroleh keberkatan disisi ALlah SWT.

i

sELeSai…

November 15, 2008

i

AlhamduliLLah PASTI Kawasan Ipoh TImor telah selesai mengadakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2008 Sabtu 15nov2008 yang lepas. Program kali ini agak berlainan dengan program sama tahun-tahun sebelum ini kerana buat julung-julung kalinya konsep makan malam diperkenalkan. Walaupun kawasan lain telah lama mendahului, tetapi alhamduliLLah perancangan yang dilakukan oleh PASTI Kawasan dengan kerjasama Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan PAS Kawasan sedikit sebanyak telah membantu menjayakan program kali ini. Aku yang mulanya agak risau dengan penjualan kupon yang lembab, sedikit lega bila diberitahu kupon telah habis dijual pada mesyuarat terakhir AJK Pelaksana Program. Pengarah program, Sdr. Ahmad Shahril ternyata insan yang paling gembira dengan kejayaan sulung program sebegini.

Program yang dimulakan selepas ‘Isyak itu, didahului dengan ucapan alu-aluan Ketua DPPK Ipoh Timor, sdr. Salman Salleh dan kemudiannya dirasmikan oleh sdr. Muhammad K.Y.Tiang, Pembantu Khas MB Perak. Turut hadir ialah YB Adun Bercham, En. Sum Cheok Leng dan ahli-ahli Kelab Penyokong PAS berbangsa Cina. Program diwarnai dengan persembahan anak-anak murid PASTI dan persembahan istimewa dari kumpulan nasyid S.A.R An-Najmi, Taman Putri Lindungan Bintang.

Program disudahi dengan acara penyampaian sjiil dan trofi kepada murid PASTI 6 tahun dan hamper kepada guru-guru PASTI yang sudah banyak menabur jasa dan keringat kepada PASTI Kawasan Ipoh Timor. Aku ucapkan tahniah kepada seluruh yang menjayakan program tersebut. Mudah-mudahan ALlah SWT membalasnya dengan sebaik-baik balasan. Amin…

i

img_8002 iimg_80020iiimg_8061

i

i

i

mUNcuL kemBaLiii…

November 12, 2008

i.

AlhamduliLLah aku kembali menulis setelah hampir seminggu bercuti melayani ‘orang baru’ dalam keluarga aku. X sempat langsung nak catch up perkembangan negara. Maklumla trlalu seronok. Pengalaman sulung. Mesti suasana berbeza. X tau nak tulis apa.

Mungkin boleh menyentuh komen penjenguk yang bertanya isu kereta mewah berbintang tiga tu. X selesai-selesai lagi ke isu tu? Nak selesai cmne kalau dah empunya diri terus menerus mendiamkan diri. Pendapat aku lebih baik dia bersuara menjelaskan segala-galanya dari membiarkan fitnah terus dijaja kesana-sini. Kalau tanya aku, senang je jawab. Kenapa RasuluLLah SAW menolak tawaran ALLah SWT yang nak menggantikan surah Al-Fatihah dengan gunungan kekayaan? Dah tentu baginda SAW xnak gadaikan keuntungan yang dikurniakan kepada umatnya dihancurkan semata-mata demi kesenangan peribadi. Kenapa baginda SAW memulangkan kembali sepersalinan jubah yang dihadiahkan oleh pembesar sebuah negara kalau bukan untuk mengelakkan fitnah yang mengatakan dirinya menggunakan kedudukan sebagai Rasul ALlah untuk mendapatkan pelbagai ganjaran dunia. Ye la. Mesti orang nak hadiahkan kita kalau kita ada sesuatu yang istimewa. Bukan pulak x da orang nak hadiahkan seseorang tanpa sebab, tapi jarang sgt. Fikir-fikir balik, sebelum menang ni adake sior orang nak sedekah kita kete mewah berbintang tiga tu? Hatta sedekah seks mcm yang Zul Hassan dapat tu pun xde sapa yang nak kasi masa kalah dulu. Itula ciri-ciri menjadi pemimpin. RasuluLLah dah ajar kan pun. Payah sangat ke nak ikut? Kalau payah x yah la jadi pemimpin. Jadi je orang niaga. Kan orang x ngata.

Pastu satu lagi isu yang aku tertarik nak sentuh. Itupun bila aku terbaca dalam akhbar Harakah. Dalam ruangan 5 soalan panas yang membabitkan Ketua Pemuda Perak, Ust. Norazli Musa. Bila ditanya soalan berkaitan kurangnya beliau hadir dalam program parti terutamanya program pemuda. Beliau jawab beliau mahu menumpukan kerjanya dalam kerajaan Perak dan bekas calon DUN Trong. Selain itu dia mahu memberi peluang kepada Timbalannya melibatkan diri memandangkan ini merupakan penggal terakhir dia dalam pemuda. Yang menyedihkan, Timbalannya juga dah hilang ntah kemana semenjak dah memerintah nih. Sibuk sesangat. Kecuali program makan-makan. Selebihnya hancur kebun. X kan baru jadi Ahli Majlis dah sibuk sangat??? Kalau inilah sikap yang ditunjukkan, maka pandangan Ketuanya yang inginkan Timbalannya menggantikan tempatnya pada penggal akan datang mungkin tidak menjadi kenyataan. Lagipun jawatan Ketua Pemuda bukan berwaris kan??? Ayuh tukarrrrrr… Berani berubah kata Muhaimin.

i