mUNcuL kemBaLiii…

November 12, 2008

i.

AlhamduliLLah aku kembali menulis setelah hampir seminggu bercuti melayani ‘orang baru’ dalam keluarga aku. X sempat langsung nak catch up perkembangan negara. Maklumla trlalu seronok. Pengalaman sulung. Mesti suasana berbeza. X tau nak tulis apa.

Mungkin boleh menyentuh komen penjenguk yang bertanya isu kereta mewah berbintang tiga tu. X selesai-selesai lagi ke isu tu? Nak selesai cmne kalau dah empunya diri terus menerus mendiamkan diri. Pendapat aku lebih baik dia bersuara menjelaskan segala-galanya dari membiarkan fitnah terus dijaja kesana-sini. Kalau tanya aku, senang je jawab. Kenapa RasuluLLah SAW menolak tawaran ALLah SWT yang nak menggantikan surah Al-Fatihah dengan gunungan kekayaan? Dah tentu baginda SAW xnak gadaikan keuntungan yang dikurniakan kepada umatnya dihancurkan semata-mata demi kesenangan peribadi. Kenapa baginda SAW memulangkan kembali sepersalinan jubah yang dihadiahkan oleh pembesar sebuah negara kalau bukan untuk mengelakkan fitnah yang mengatakan dirinya menggunakan kedudukan sebagai Rasul ALlah untuk mendapatkan pelbagai ganjaran dunia. Ye la. Mesti orang nak hadiahkan kita kalau kita ada sesuatu yang istimewa. Bukan pulak x da orang nak hadiahkan seseorang tanpa sebab, tapi jarang sgt. Fikir-fikir balik, sebelum menang ni adake sior orang nak sedekah kita kete mewah berbintang tiga tu? Hatta sedekah seks mcm yang Zul Hassan dapat tu pun xde sapa yang nak kasi masa kalah dulu. Itula ciri-ciri menjadi pemimpin. RasuluLLah dah ajar kan pun. Payah sangat ke nak ikut? Kalau payah x yah la jadi pemimpin. Jadi je orang niaga. Kan orang x ngata.

Pastu satu lagi isu yang aku tertarik nak sentuh. Itupun bila aku terbaca dalam akhbar Harakah. Dalam ruangan 5 soalan panas yang membabitkan Ketua Pemuda Perak, Ust. Norazli Musa. Bila ditanya soalan berkaitan kurangnya beliau hadir dalam program parti terutamanya program pemuda. Beliau jawab beliau mahu menumpukan kerjanya dalam kerajaan Perak dan bekas calon DUN Trong. Selain itu dia mahu memberi peluang kepada Timbalannya melibatkan diri memandangkan ini merupakan penggal terakhir dia dalam pemuda. Yang menyedihkan, Timbalannya juga dah hilang ntah kemana semenjak dah memerintah nih. Sibuk sesangat. Kecuali program makan-makan. Selebihnya hancur kebun. X kan baru jadi Ahli Majlis dah sibuk sangat??? Kalau inilah sikap yang ditunjukkan, maka pandangan Ketuanya yang inginkan Timbalannya menggantikan tempatnya pada penggal akan datang mungkin tidak menjadi kenyataan. Lagipun jawatan Ketua Pemuda bukan berwaris kan??? Ayuh tukarrrrrr… Berani berubah kata Muhaimin.

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: