sELeSai…

November 15, 2008

i

AlhamduliLLah PASTI Kawasan Ipoh TImor telah selesai mengadakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2008 Sabtu 15nov2008 yang lepas. Program kali ini agak berlainan dengan program sama tahun-tahun sebelum ini kerana buat julung-julung kalinya konsep makan malam diperkenalkan. Walaupun kawasan lain telah lama mendahului, tetapi alhamduliLLah perancangan yang dilakukan oleh PASTI Kawasan dengan kerjasama Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan PAS Kawasan sedikit sebanyak telah membantu menjayakan program kali ini. Aku yang mulanya agak risau dengan penjualan kupon yang lembab, sedikit lega bila diberitahu kupon telah habis dijual pada mesyuarat terakhir AJK Pelaksana Program. Pengarah program, Sdr. Ahmad Shahril ternyata insan yang paling gembira dengan kejayaan sulung program sebegini.

Program yang dimulakan selepas ‘Isyak itu, didahului dengan ucapan alu-aluan Ketua DPPK Ipoh Timor, sdr. Salman Salleh dan kemudiannya dirasmikan oleh sdr. Muhammad K.Y.Tiang, Pembantu Khas MB Perak. Turut hadir ialah YB Adun Bercham, En. Sum Cheok Leng dan ahli-ahli Kelab Penyokong PAS berbangsa Cina. Program diwarnai dengan persembahan anak-anak murid PASTI dan persembahan istimewa dari kumpulan nasyid S.A.R An-Najmi, Taman Putri Lindungan Bintang.

Program disudahi dengan acara penyampaian sjiil dan trofi kepada murid PASTI 6 tahun dan hamper kepada guru-guru PASTI yang sudah banyak menabur jasa dan keringat kepada PASTI Kawasan Ipoh Timor. Aku ucapkan tahniah kepada seluruh yang menjayakan program tersebut. Mudah-mudahan ALlah SWT membalasnya dengan sebaik-baik balasan. Amin…

i

img_8002 iimg_80020iiimg_8061

i

i

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: