syUKur ya ALLah

November 16, 2008

i.

AlhamduliLLah setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkan buatmu ALlah, kerana dengan limpah rahmatmu itu dapat aku menyempurnakan Majlis Aqiqah puteri sulungku. Majlis yang dirancang diadakan pada Rabu malam, 14 Zulka’edah 1429 bersamaan 12 Nov 2008 yang merupakan hari ketujuh kelahirannya itu terpaksa aku tunda memandangkan puteri sulungku itu terpaksa ditahan di wad 6C, Hospital Raja Permaisuri Bainun (Hospital Ipoh) gara-gara jangkitan demam kuning (jaundis). ALlah merancang dan kita merancang, sesungguhnya ALlah sebaik-baik perancang. Aku pasrah.

Akhirnya Ahad 18 Zulka’edah 1429 / 16 Nov 2008, ALlah telah memperkenankan hajat aku ini. Dengan sedikit rezeki yang ALlah kurniakan kepada aku, aku berjaya membeli seekor kambing untuk disembelih bagi menyempurnakan syarat yang dituntut oleh agama. Walaupun kata putus untuk mengadakan majlis ini hanya dapat aku bagi pada Sabtu malam, aku bersyukur kerana segala urusan berkaitan majlis puteri sulungku ini dipermudahkan ALlah.

Kehadiran tetamu amatlah diluar jangkaan. Rupanya ramai jugak penduduk kampung aku ni gemarkan kambing. Secara x langsung kurma kambing yang menjadi juadah utama majlis aqiqah puteri sulungku itu menjadi susut nilai dengan kadar yang amat cepat. Terpaksa pulak aku keluar mencari lauk tambahan bagi mengelakkan tetamu pulang hampa.

Terima kasih kepada sahabat yang sudi menghulurkan bantuan menguruskan majlis tersebut terutamanya abg. Mazlan Temiang, sdr. Roslan, NYDP PAS Kawasan Ipoh Timor & sdr. Shah. Buat yang hadir dan yang menghulurkan sumbangan, terutama sdr. Safarizal & isteri, terima kasih x terhingga aku ucapkan. X lupa juga buat akak ipar aku yang menjadi chef tambahan majlis aritu. Mudah-mudahan kalian suma beroleh keberkatan disisi ALlah SWT.

i