mEmANg mELayu muDaH LupE…

November 25, 2008

i

Riuh rendah 3-4 bulan lepas, ketikamana MB Perak, Hj. Nizar mengarahkan pertukaran serta merta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Jamry Sury. Isunya bila MB tidak memohon perkenan istana terlebih dahulu sebelum menukarkan Jamry. Umum telah maklum, walaupun MB memang mempunyai kuasa untuk menukarkan Jamry, tetapi disebabkan ketika itu juga Jamry memegang kuasa sebagai setiausaha Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak di bawah penguasaan sang istana maka pertukaran itu menimbulkan kecoh yang amat sangat. Berbagai cemuhan dilemparkan kepada MB termasuk durhaka kepada sang sultan kerana mendahului baginda dalam membuat keputusan.

Nah, sekarang ALlah telah membalikkan semula isu yang sama kepada si Jamry, ahli UMNO Parit Buntar itu. Beliau telah menarik balik kenyataan bahawa kerajaan negeri Perak akan mengguna pakai keputusan Fatwa pengharaman yoga oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Ini kerana beliau tidak meminta perkenan sultan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan. Seolah-olah dilihat beliau boleh mewakili lidah sang sultan tanpa merujuk terlebih dahulu kepada baginda. Ianya jelas membelakangkan peranan sang sultan, ketua agama di negeri Perak ini dan perlanggaran bidang kuasa yang lebih dasyhat dari apa yang telah dilakukan oleh Hj Nizar dahulu.

Di sini jelas sekali kita lihat isunya seakan sama seperti yang dilakukan oleh Hj. Nizar dahulu, MB Perak dahulu. Cuma kecohnya yang tidak sama. Mungkin sebab Jamry ni orang UMNO, maka digelapkan isu ini. Kalau Hj. Nizar yang buat kenyataan mengenai yoga tersebut, anda sendiri boleh fikir apa yang akan dilakukan oleh pihak media terhadapnya…

“ALlah merancang dan kita merancang, dan sesungguhnya ALlah sebaik-baik perancang – al-Quran

Mungkin Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan juga boleh memikirkan untuk melantik Samy Belloo sebagai ahli jawatankuasa yang dilantik memandangkan beliau juga berminat pada setiap keputusan yang diputuskan berkaitan agama Islam ini. Mudah-mudahan ALlah melorongkan hidayah kepadanya untuk memeluk agama Islam.

i

JAIP tarik balik kenyataan yoga haram

IPOH – Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Jamry Sury semalam berkata, fatwa mengenai pengharaman senaman yoga untuk umat Islam belum dapat diterima pakai di negeri itu sebelum ia diperkenankan oleh Sultan Perak.

Bercakap kepada Bernama, bagi menarik balik kenyataannya kepada sebuah akhbar semalam bahawa Perak akan menerima pakai keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu, beliau berkata selaku Pengarah JAIP, adalah di luar bidang kuasa dan budi bicara beliau untuk membuat apa-apa pendirian berhubung sesuatu perkara yang menyentuh soal berkaitan agama Islam yang terletak di bawah bidang kuasa Sultan Perak.

“Fatwa tersebut belum dapat diterima pakai di negeri Perak kerana ia belum dibincangkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan dimaklumkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk selanjutnya mendapat perkenan daripada Sultan Perak,” katanya.

Sebuah akhbar kelmarin menyiarkan kenyataan Jamry bahawa Perak akan mematuhi ketetapan yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut.

Jamry, yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, dilaporkan berkata satu mesyuarat akan diadakan pada 9 Disember ini bagi mengumumkan secara rasmi mengenai perkara berkenaan

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: