peRTemUan bLOggER

November 26, 2008

i

Hari ini aku dijemput menghadiri pertemuan blogger-blogger perak di Pejabat MB. Walaupun aku agak berat hati untuk menghadirinya memandangkan aku bukanlah blogger yang ada nama, sekadar menulis mengikut kata hati sendiri dan tidak terikut-ikut dengan arus perdana, tetapi aku hadirkan juga memandangkan jemputan telah ku persetujui. Ku kira dengan kehadiran ku ini dapat menjayakan pertemuan kali pertama ini (walaupun sebelum ini telah diperkabarkan sudah ada pertemuan dibuat dengan salah seorang EXCO negeri Perak). AlhamduliLLah pertemuan itu berjaya diadakan dengan kehadiran MB sendiri walaupun diperingkat awalnya hanya Setiausaha Politik, Ustaz Misbahul Munir dan Setiausaha Akhbar MB, saudara Anuar Hashim sahaja yang akan melayani kami. Terima kasih dengan komitmen yang diberikan oleh MB. Dalam ucapan alu-aluannya, MB sendiri mengharapkan agar para blogger dari negeri Perak ini dapat memainkan peranan yang aktif dalam menyebarkan segala maklumat kerajaan negeri turun kepada rakyat. Sambil mengakui terdapat beberapa masalah berkaitan urusan penyebaran maklumat dari kerajaan negeri, beliau meminta para blogger bersikap lebih proaktif dalam membalas fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan negeri oleh pihak musuh. Antara blogger yang hadir termasuklah Cina-Islam, Al-Husseyn, Ajijoi, Bumi Perak, Teluk Bakong Online, Anak Sengat & PAS Tambun. Hasil dari pertemuan yang diadakan itu, bebarapa idea telah ditimbulkan oleh blogger-blogger yang hadir. Antaranya menubuhkan sekretariat blogger Perak dan mewujudkan laman web khusus untuk para blogger menghulurkan maklumat. MB tidak dapat berlama-lama dengan kami kerana bergegas menunaikan solat Zohor berjemaah di surau SUK dan kemudiannya akan ke Sg. Siput (U) untuk merasmikan Pameran Agrofest. Mudah-mudahan segala idea yang telah dibentangkan akan menjadi kenyataan insyaALlah.

i

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: