upDate…

December 26, 2008

….

06.05 ptg

AlhamduliLLah buku cenderamata sudah selesai.Helaan nafas Zul jelas amat kedengarannya. Bersyukur kerana ALlah membantu menyudahkan urusannya. Tika ini sms telah beredar dikalangan ajk program menyuruh hadir ke venue tepat jam 06.30 ptg tanpa alasan. Aku masih di pejabat. Yang lain aku pasti sedang bertungkus lumus menyiapkan persiapan akhir program. Jihad syeikhhhh…

Pasni nak balik gosok baju batik dan mengambil penasyid di pasir puteh. Lagi skali aku mohon agar suma perjalanan majlis ini nanti diredhai dan dipermudahkan ALlah. Jumpa di sana insyaALlah.

12.16 tghari

Zul masih sibuk menguruskan urusan buku cenderamatanya. Semalam pengarah mmberi komen dalam blog aku. AlhamduliLLah rupanye banyak keje yang dia dah setel. Maaflah aku x perasan. Yang aku perasan, aku je yang x banyak buat keje. Cumanya sian jugak aku kat dia. Dah mcm buat keje lone ranger jek sedangkan ajk persiapan telah diberi peranan dan tugas masing2. Mungkin sumanyer x bergerak termasuk aku. Hahaha…

Pukul 3 , rehearsal akan dijalankan. Aku harapkan semuanya berjalan lancar. Harap sahabat2 yang berkesempatan dapat turun membantu…

p/s – pengarah kena banyakkan bersabar naa

finaL cOuntDown…

December 25, 2008

Arinih aku kepejabat walaupun sebenarnya bercuti sempena Hari Lahir Ketua Pemuda aku yang ke-33. Cuma nak jadi kebetulan Hari Natal pun jatuh arinih. Kiranya Hari Natal ni numpang tui KP aku la. Esok satu majlis besar akan berlangsung di tempat aku. Program Majlis Makan Malam & Pelancaran Tabung Pemuda Perihatin DPPK Ipoh Timor. Seperti yang telah aku iklankan dalam blog aku ni, majlis tersebut akan dihadiri oleh YAB MB Perak bersama isteri tercinta.

Tika ini Zul dan Pak Jan ngah bertungkus lumus menyiapkan buku cenderamata. Aku tidak merancang untuk kesini sebenarnya tapi terpaksa mengubah fikiran setelah niat awalnya untuk menjadi penanggah di kenduri kawin anak saudara sahabat aku terpaksa dibatalkan bilasaja terdengar alunan irama dangdut yang galak dimainkan. Jadi bagi mengelakkan fitnah kebersamaan aku dimajlis tersebut, aku terpaksa meninggalkannya walaupun pernah juga menjadi antara penggemar irama ini suatu waktu dahulu. Maafkan aku sahabat…

Memang situasi pejabat aku umpama sarang kucing nak beranak. Agak bersepah. Seolah-olah ianya membayangkan keadaan penuh kritikal yang dilalui oleh sahabatku ini. Senyum semakin payah terukir menambahkan lagi kepanasan pejabat aku tu. Laaa padan arr panas. X pasang ekon. Pak Jan demam katanya. X leh nak bersejuk. Mungkin demam rindu pada buah hatinya. Ditambah dengan kehadiran fatwa Ust. Faisal berkenaan sms dengan buah hatinya, maka mungkin ianya sedikit sebanyak menambahkan lagi penderitaan hidupnya. Mudah-mudahan ALlah memudahkan urusannya.

Pengarah??? X mandang muka. Ditinggalkan kerja pada anak buah dan membuat kerja lain. Aku pun x tau mana satu keutamaannya ketika ini. Nak kata x da ilmu, memacam program wacana ilmu dah dihadiri. Sian aku kat mereka berdua nih. Pas Pak Jan mandi, aku ajak g makan. Barula terpamer sedikit wajah kelegaan. Mungkin kerna terlalu memikirkan amanah yang telah diberi menyebabkan mereka berdua terlupa untuk menunaikan amanah terhadap perut mereka. Hebattt…

Berita sedih yang baru diterima, seorang jemaah PAS cawangan Tmn Cempaka telah kembali kerahmatuLlah. DariMu kami datang dan kepadaMu jua kami kembali. Mudah-mudahan roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Aminnnn…

Akhirnya cuma doa kalian aku pohon agar majlis tersebut berjalan dengan lancar tanpa berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Moga keberkatan ALlah kami perolehi pada majlis makan malam esok insyaALlah. Terus bergerak wahai pemuda Ipoh Timor. Syabas dan tahniah dari aku.


taHniah…

December 23, 2008

Aku tertarik sekali untuk menyentuh berkenaan debat terbuka antara Hj. Husam Musa dengan Khairy Jamaluddin. Walaupun umum mengetahui Khairy Jamaluddin ini hanyalah hingusan dalam politik tanahair berbanding Husam Musa, tetapi ternyata keberanian beliau hadir kelmarin memberikan satu tanda bahawa beliau mmg sudah bersedia untuk bertanding merebut kerusi Ketua Pemuda partinya. Walaupun Khairy Jamaluddin umpama menyerahkan leher untuk disembelih kerana tempat debat diadakan sudah diketahui umum lubuk kepada Hj. Husam Musa. Hishamsiah aww (dibaca Hishamudin) pn x seberani dan sehebat beliau berhujah. So credit aku beri untuk dia atas keberaniannya itu.

Apa isu yang terpanas dalam debat kelmarin???

Ternyata isu yang panas apabila Khairy mencabar Husam (PAS) melaksanakan hudud seandainya dapat memerintah Malaysia bersama rakan Pakatan Rakyatnya. Husam dengan tiada sangsi menyatakan bahawa PAS memang komited dalam melaksanakan hukum hudud di Malaysia andai diberi peluang memerintah nanti. Dan yang paling membuatkan KJ pula terkelu lidah bila sdr. Husam membidas UMNO kerana kerja melaksanakan perintah ALlah ini bukan hanya tugas PAS, tetapi tugas semua manusia yang mengaku beriman kepada ALlah termasuklah UMNO. Kali ini credit pula aku berikan buat Hj Husam.

Ternyata media memang telah bersedia untuk mencari dan memanjangkan isu untuk dimainkan bagi mencapai keuntungan politik mereka. Dan apabila dipanjangkan isu perlaksanaan hukum hudud ini kepada rakan PAS dalam Pakatan Rakyat, ternyata ianya mendapat reaksi pantas negatif. Tentulah Karpal Singh yang pernah mencabar PAS dengan mengatakan ‘over my dead body’ andai PAS ingin melaksanakan hukum hudud di Malaysia akan menolak mentah-mentah cadangan tersebut. Begitu jugalah orang yang ingin menjadikan Khalifah Umar ‘Abdul Aziz sebagai idola pemerintahannya, Lim Guan Eng juga turut menolak kenyataan Hj Husam dan dengan tegas menyatakan sokongan pengerusi partinya itu agar Malaysia terus dikenali sebagai negara majoriti Islam berperlembagaankan undang-undang sekular. Sedangkan sekiranya beliau bercakap dengan ilmu, beliau tentu maklum bahawa Khalifah Umar ‘Abdul ‘Aziz memerintah dengan melaksanakan syari’at Islam termasuklah menggunakan perundangan hudud. Arghhh bikin sasau dibuatnya. Datang lagi kenyataan MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang pula memuji perlaksanaan perundangan di Malaysia sudah bagus dan Selangor tidak akan mengikut langkah PAS dalam melaksanakan hukum hudud itu nanti. Hahh melopongla mulut Dr. Hasan Ali dan Sollehin Mukhyi. Maknanya tertutup sudah peluang PAS Selangor untuk melihat ruang-ruang yang ada agar perundangan Islam dapat menyelit sedikit walau x banyak dalam negeri Selangor itu.

Apa yang lebih menarik???

Kenyataan dari Mursyidul ‘Am PAS , Tuan Guru Nik ‘Abdul Aziz Nik Mat berkenaan isu yang telah dipanaskan oleh pihak media ini menyatakan bahawa pihak PAS bersedia untuk berbincang dengan rakan dalam Pakatan Rakyat mengenai perlaksanaan hukum hudud ini. Katanya lagi, sekiranya mereka tidak mahu menerima, mereka perlu ada alasan kenapa tidak boleh menerimanya.Ternyata PAS lebih matang dalam menangani isu ini.

Persoalannya???

Kenapa perlu ditutup pintu perbincangan kerana ternyata menutup pintu perbincangan bukanlah cara terbaik untuk mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah. Jika kita masih mengamalkan sikap sebegitu, maka ternyata kita masih hidup terkurung dalam kotak pemikiran tersendiri. Seolah-olah takutkan bayang-bayang sendiri. Kenapa perlu risau jika ikhlas untuk duduk bersama-sama menerajui Pakatan Rakyat. Ayuh nyatakan mana kurangnya syari’at Islam dan mana lebihnya undang-undang sekular??? Sertakan sekali bersama fakta. Jangan hanya membuat andaian sempit seolah-olah pemikiran budak yang tidak pernah bersekolah. Sekiranya mereka boleh menerima amalan wajib yang lain seperti solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji, mengeluarkan zakat, melaksanakan ibadah korban, kenapa pula melaksanakan tuntutan hukum ALlah ini perlu ditentang. Tentang la sekali amalan wajib yang lain itu seumpama kamu menentang perlaksanaan hukum hudud ini. Apa perlu meraikan maulidur Rasul, amalan yang dianggap bid’ah itu bersama-sama penganut agama Islam sedangkan dimasa yang sama menentang amalan yang ternyata wajib. Dan apa perlu mencampuri urusan agama lain sedangkan penganut agama lain tidak pernah mencampuri urusan agama kamu???

Akhirnya, mohon jasa baik pihak rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat agar setiap perkara yang telah dibangkitkan, dibincangkan dengan penuh berhati-hati dan penuh berilmiah agar segala hujah yang dikeluarkan tidak hanya sekadar nafsu kebencian dan amarah terhadap sesuatu golongan. Buktikan dengan fakta yang jelas, di zaman RasuluLLah SAW dan 4 sahabat r.a, dimana kurangnya hukum Islam ini. Dan kalau masih mahu dilebihkan lagi, masukkan sekali kisah pemerintahan Khalifah Umar ‘Abdul ‘Aziz r.a sekali. Mudah-mudahan kita tidak sekadar menjadikan beliau idola, tetapi juga menjadikan amalan pentadbirannya juga sebagai idola. WALlahua’lam

tanDa…

December 19, 2008

i

tc1

i

Hari ini aku menemani KP, sdr. Salman Saleh ke Taman Cempaka. Isu yang agak hangat ketika ini ialah apabila YB Taman Canning, Sdr. Wong yang juga merupakan Ketua DAPSY Perak menaikkan papan tanda pelbagai bahasa.  Sememangnya media telah diberitahu untuk hadir ke tempat yang diperkatakan. Jadi untuk menunjukkan semangat kebersamaan Pakatan Rakyat, Pemuda PAS Kawasan aku turun memberikan sokongan moral kepadanya. Seminggu yang lepas  UMNO Ipoh Timor dikatakan akan mengadakan demonstrasi membantah kewujudan papan tanda pelbagai bahasa ini selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Azlan Shah. Tetapi menurut  maklumat ianya dibatalkan. Kemungkinan menghormati saranan pihak polis ataupun korum x brape nak cukup. Walaupun aku lebih selesa memilih alasan yang kedua tu. Aku juga dah berangan-angan nak melihat jaguh Melayu yang paling laris sekarang ini, Dr Maamor untuk hadir berdemonstrasi disitu. Malangnya ianya x menjadi kenyataan. Mungkin beliau tidak melihat kepentingan politiknya untuk hadir di event yang kecil seperti itu. Aku doakan dia terselit menjadi calon pilihanraya umum @ kecil bagi mewakili UMNO Be End pada masa-masa akan datang supaya suara kemelayuannya dapat diperdengarkan samada di Dewan Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri. Berikut disertakan kenyataan media dari Dewan pemuda PAS Kawasan Ipoh Timor berkaitan isu papan tanda pelbagai bahasa dan gambar sekitar peristiwa yang berlaku pagi tadi. WALlahua’lam.

i

Kenyataan Media (19 Disember 2008)

PAPAN TANDA PELBAGAI BAHASA; TULISAN JAWI TELAH DIMARTABATKAN SEMULA

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) setelah mendapat penjelasan berhubung isu papan tanda dengan ini menyokong usaha murni yang telah dilakukan oleh Yang Berhormat (YB) Wong Kah Woh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Canning dan pihak swasta yang menaja untuk meletak papan tanda pelbagai bahasa di Taman Cempaka, Ipoh ini.

Kami merasakan dengan kewujudan papan tanda pelbagai bahasa ini dapat membantu memartabatkan kembali tulisan jawi setelah sekian lama dipinggirkan oleh kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat. Sedikit sebanyak ianya dilihat membantu menyedarkan kembali penduduk setempat akan peranan tulisan jawi didalam pengamalan agama dan budaya kaum Melayu. Secara tidak langsung ia juga akan dapat membantu membina keharmonian antara kaum di kawasan ini.

Kami juga berpendapat sekiranya benar ada pihak yang ingin menjadi jaguh mempertahankan penggunaan bahasa kebangsaan ini, seharusnya mereka terlebih dahulu menyelesaikan isu penggunaan bahasa kebangsaan sepenuhnya didalam mahkamah seperti yang pernah disentuh oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dalam akhbar Utusan bertarikh 7 Disember 2008 yang menyatakan penggunaan bahasa di mahkamah tidak sempurna kerana bercampur antara bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris umpama sekerat ular, sekerat belut.

Akhirnya kami mengharapkan usaha ini dijadikan contoh pelbagai pihak untuk sama-sama berusaha membina keharmonian pelbagai kaum yang berada di negeri Perak yang kita cintai ini. Kami mengharapkan jangan ada mana-mana pihak cuba mengganggu gugat dengan menjadikan isu perkauman sebagai senjata yang akan menyebabkan pergaduhan kaum di negeri ini. Agama Islam juga menekankan supaya kita menghormati agama dan bangsa-bangsa lain seperti yang diajar oleh Al-Quran.

Besarlah harapan DPPK IT agar semua pihak dapat memelihara dan mempertahankan keharmonian dalam negeri ini.

SALMAN HAJI SALEH

Ketua,

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur.

i

tc2itc6itc61itc4

poLitiK bEnGAP…

December 14, 2008

i

logo-perak

RM2 juta beli Camry bazirkan wang rakyat

IPOH: Pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) yang menguasai kerajaan Perak mula menunjukkan ‘taring’ mereka apabila meluluskan pembelian 16 kereta Toyota Camry 2.4 bernilai lebih RM2 juta sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri bagi menggantikan Perdana V6, baru-baru ini.

Langkah yang diambil kerajaan Pakatan itu juga dianggap ‘menjilat ludah sendiri’ kerana selama ini mendakwa mereka prihatin keperitan hidup rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, berkata tindakan kerajaan Pakatan itu membuktikan hakikat mereka tidak mampu menahan ‘nafsu’ untuk memiliki kenderaan baru.

“Sebelum ini, ketika hendak mengambil alih kerajaan negeri daripada Barisan Nasional (BN), mereka berjanji kepada rakyat untuk terus menggunakan kenderaan sedia ada dengan alasan dapat menjimatkan wang rakyat.

“Sekarang mereka secara terbuka menggunakan alasan terpaksa membeli kenderaan baru kerana tidak boleh menanggung kos penyelenggaraan tinggi jika menggunakan kenderaan nasional,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kelmarin bahawa mesyuarat Exco yang meluluskan perbelanjaan lebih RM2 juta bagi membeli kereta import, menggantikan Perdana V6 yang dianggap sudah uzur.

* sumber –> di sini

i

*******

i

Arinih keluar satu berita hancing dari mulut seorang yang x mau menerima hakikat kekalahan. Isunya mengenai pembelian kereta baru oleh kerajaan Perak. Wah wah wahhhh…lancang beno mulut mamat seko ni. Kalau x kenangkan dia nih ada iras-iras muka Ust. Derih Ahmad, mau je aku tampo. Haha…

Ade ke patut dia kata MB Perak x dapat nak menahan nafsu??? Iskkkk.. Kalau x dapat menahan nafsu, dah lama MB luluskan pembelian Merc sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan UMNO Terengganu tu. Setakat Camry tu apala sangat mewahnya. Lagipun cuba bandingkan harga maintanance Perdana V6 tu? Ok aku bagi sedikit harga yang telah dikeluarkan untuk membaik pulih kereta Perdana V6 sepanjang tahun pemerintahan BN Perak 2004-2008.

  • Setiausaha Kerajaan negeri AFD 11 RM72, 777.12
  • Penasihat Undang-undang AFD 22 RM45,517.40
  • Pegawai Kewangan Negeri AFD 33 RM83,045.50Speaker AFD 999 RM63,324.16
  • Dato Yik Phooi Hong AFQ 183 RM6,587.47
  • Dato Ho Chang Weng AFD 66 RM105, 783.99
  • Dato Ramly Zahary AFD 858 RM48,461.71
  • Dato G. Rajoo AFD 77 RM86, 925.14
  • Dato Chang Ko Youn AFD 55 RM86, 005.94
  • Dato Radzi Manan AFD 88 RM64,655.26
  • Dato Tan Chin Meng AFD 333 RM102,884.63
  • Dato Mohd. Saarani AFF 99 RM66, 921.04
  • Dato Mohd. Zaim AFD 99 RM103,896.03
  • Kapt. Najmudin AFB 64 RM27,658.60
  • Dato Siti Salmah AFF 33 RM89,259.40
  • Dato Zamry AFF 88 RM25,808.89

Jumlah: RM1,079,512.07

  • Bekas Menteri Besar, Dato Tajol Rosli Mercedes Benz ML 320 AEH 9 RM90,733.07. Tu tak termasuk sebuah lagi kereta Proton Perdana.

Jumlah penyelanggaraan kereta Bekas Menteri Besar sahaja berjumlah RM222,343.26.
Jumlah keseluruhan…RM1,301,855.33

*sumber dari blog Bumiperak

Dan yang lebih menarik, bekas MB Perak yang pernah menangis 3 hari 3 malam selepas kalah pilihanraya dahulu pakai Merc??? Mungkin nafsu Tajol Rosli x sebesar nafsu Hj. Nizar???  Ataupun memang harga Merc ketika itu lebih murah dari Perdana V6?

Sebenarnya kos penjagaan kereta Camry jauh lebih murah dan tahan lebih lasak dari kereta Perdana V6. Jadi yang mana satu kereta dapat menjimatkan duit rakyat??? Kalau dah manjang jek rosak kereta pejadah ape nak simpan lagi? Baik lego kan je dari perabih duit rakyat nak direpair. Congak mudah camni pun Zamri Kadiaq ni x leh nk pikir? Jangan nanti orang tuduh dia beli title ‘Dr.’ tu pulak. Naya jek.

i

December 14, 2008

i

i

kenaL meNGenaL…

December 14, 2008

i

dsc_0056

Muhammad K. Y. Tiang

i

dsc_00542

Kali ini aku nak kenalkan pembaca dengan sahabat aku, saudara Muhammad K. Y. Tiang. Kebetulan dia sebilik dengan aku di Lumut ni. Jadi aku mengambil peluang untuk menceritakan perihal kisahnya dalam parti  mengikut kacamata aku sendiri.

Untuk makluman, Muhammad K. Y. Tiang merupakan seorang saudara baru berketurunan Cina. Dilantik menjadi pegawai khas kepada YAB MB Perak setelah kerajaan Pakatan Rakyat tertubuh selepas memenangi pilihanraya umum ke 12 baru-baru ini. Tugasnya menjaga hal ehwal berkaitan kaum cina. Beliau juga merupakan AJK Badan Perhubungan PAS Perak dan EXCO DPPN Perak sesi 2007-2009. Berumur lewat 30an sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak. Berkelulusan dari sebuah universiti di Taiwan. Beliau pernah bekerja di kilang dan menjalankan perniagaan sendiri sebelum dilantik ke jawatan sekarang ini.

Pada pandangan aku, beliau merupakan seorang aktivis parti yang sangat komited. Semenjak berpindah keahlian ke kawasan aku ni, beliau banyak menyumbang tenaga demi memastikan kelangsungan pemuda kawasan aku. Beliau antara ahli yang banyak mencari sumbangan sekiranya pemuda kawasan aku mengadakan aktiviti. Perkataan ‘tidak’ jarang sekali dilafazkannya. Beliau juga amat popular dikalangan ahli Kelab Penyokong PAS dimana beliau merupakan AJK Lajnah Perpaduan Nasional yang menaungi kelab tersebut. Disamping itu, beliau turut menjadi AJK Jabatan Pilihanraya Negeri dan altif terlibat membantu calon-calon pilihanraya berkempen dikalangan kaum Cina dan menterjemah risalah ke bahasa Cina.

Secara peribadi, aku amat kagum dengan sikap komitednya terhadap perjuangan dan pengamalan agama. Walaupun seorang saudara baru, aku lihat beliau sentiasa menjaga amalan ibadahnya dan sentiasa merendah diri. Disamping itu beliau juga mempunyai prinsip yang jelas. Amat mudah mesra dengan orang merupakan aset yang paling bernilai dalam dirinya. Ternyata kehadirannya dalam jemaah parti Islam ini merupakan satu anugerah yang sangat besar dari ALlah SWT. Aku doakan mudah-mudahan dia dan juga diri aku sendiri terus istiqamah dalam beramal dan berjuang untuk agama ALlah SWT  ini insyaALlah. Moga segala usahanya dalam membantu perjuangan Islam ini dibalas dengan sebaik-baik balasan oleh ALlah SWT. Amin

i

berITa PeraK…

December 12, 2008

i

camryi

Perak beli Toyota Camry ganti Perdana V6

i

logo1IPOH: Kerajaan Perak hari ini meluluskan pembelian 16 kereta Toyota Camry 2.4 sebagai kenderaan rasmi anggota Exco kerajaan negeri dan pegawai kanannya bagi menggantikan Proton Perdana V6 yang dianggap telah uzur.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata keputusan itu dibuat kerana kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana yang digunakan sekarang adalah tinggi disebabkan kenderaan itu sudah lama dan sering mengalami kerosakan.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini, beliau berkata pembelian itu membabitkan perbelanjaan lebih RM2 juta.

“Tempahan sedang diusahakan manakala kereta Proton Perdana yang bermasalah itu akan dijual,” katanya.

Pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 13 November lalu, kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini dilaporkan membelanjakan RM1.3 juta bagi kos penyelenggaraan dan baik pulih kenderaan rasmi Menteri Besar serta Exco pada 2004 hingga Mac 2008. – Bernama

i

koRBan LemBu…

December 12, 2008

i

Kebiasaan dibulan Zulhijjah ni kita dengar lembu yang dikorbankan manusia. Menatap akhbar pagi ni lain pulak ceritanya. Manusia menjadi korban sang lembu. Terbalik kot. Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk AbduLLah Rahmat, meninggal dunia dalam kemalangan akibat terlanggar seekor lembu yang sedang melintas di lebuhraya Pantai Timur. Turut terkorban ialah rakann yang menumpang disebelahnya. Mungkin juga lembu itu ingin menuntut bela atas kematian sahabat-sahabatnya pada hari tasyrik yang lepas. Nyaris si lembu pandai mencari mangsa. Apepun aku doakan roh kedua-dua mangsa dicucuri rahmat oleh ALlah swt. Buat ahli keluarga, takziah aku ucapkan.

berita kemalangan boleh didapati –> di sini

i

berCUti…

December 12, 2008

i
AlhamduliLLah akhirnya dapat jugak aku g bercuti. Kali ini aku dpt berpeluang bercuti di Lumut, Perak selama 3 hari. Kira dalam Perak jugak la. Ok la tuh. Asalkan dapat refreshkan balik sel-sel mati dalam pale otak nih. Dah jem sgt. Asyik ngan program jek. Rasa dh x leh g dah. Memang agama kita jugak menggalakkan kita g bercuti nih.  Aku g ngan kenkawan sekerja. Sambil tu amik kesempatan survey dulu port nih. Kalau ok leh gak cadang-cadang bawak family lak kemudian nnt insyaALlah.

Harapnya leh la gunakan peluang yang terhidang nih sebaik mungkin untuk mengembalikan semangat bekerja aku yang makin malap sejak akhir-akhir ni. Mudah-mudahan peluang yang aku dapat nih diredhai dan diberkati ALlah. So klu ada gambo2 yang menarik nanti aku cuba uploadkan insyaALlah. Pada sesapa yang lum pernah datang ke Lumut ni, boleh la cuba2 cari peluang. Aku rasa tempatnya ok. Banyak perubahan dah berlaku selepas kali terakhir aku tinggalkan 4 tahun yang lepas. Nak compare dengan Ipoh, rasanya Lumut nih lagi advance. Social life dia pun hebat. Iskkk hancur anak melayu.
i