maKan dan PenYakit berKaitaNnya…

December 1, 2008

i

Arinih ari yang paling banyak aku g gerai @ restoran. Dari pagi, aku minum, tengahari melayan sahabat yang datang singgah dan x sempat lapar balik dah berbunyi henpon ajak makan lagik. Tapi aku makan sekali je la. Yang pertama dan terakhir tu hanya minum sekadar meraikan sahabat yg dah hadir. X dilayan merajuk. Kalau nak ikutkan, patutnya kita nih bersederhana dalam bab makan nih. Amalan RasuluLLah SAW yang paling masyhur menggalakkan umatnya berhenti makan sebelum kenyang. Sudah tentu ade hikmahnya terutama bagi orang yang mengaku dirinya berjuang untuk agama ALlah nih. Sudah tentu bab pemakanan ini dijaga. Dari bab halal haramnya mahupun sampai kesatu tahap menilai tahap syubhah dalam makanan tu. Hebatkan???

Aku ??? Ntahla. Semenjak dua nih makin kerap makan diluar. Hinggakan pernah disindir mak aku sendiri. Nak buat camner. Balik umah kang dh kenyang. Time keje makan x balik umah. Buat rugi minyak je. Dah la minyak skang nih ngah mahal (walaupun dibaca semakin murah). Cuaca lak panas. Sama je kalau kuar duit minyak ngan gunakan duit minyak tu utk makan tghari. Xda bezanye. Malam lak ada program makan lagi. Ternyata memang ada mudaratnya kalau trlampau banyak makan nih. Mata mudah ngantuk. Dh dpt tido lak x ingat dunia. Bagaimana amalan malam nak terlaksana kalau tido dijadikan agenda utama??? Berat badan aku pun dah meningkat agak drastik. Senaman haram x nah buat dah. Kecuali naik turun tangga pejabat, yang lain dah x da dalam kamus hidup aku. Sedangkan senaman juga satu amalan yang dituntut dalam Islam dan yang mengaku berjuang untuk agama ALlah ini. Alaaaa bukan xnak bersenam, tapi kat tempat rekreasi tu lagi banyak mudarat dari kebaikannya. Maksiat lagi melambak2. Antara alasan popular aku.

Kesimpulannya, mahu x mahu aku terpaksa juga menjaga pemakanan disamping memperbanyakkan senaman. Aku xnak mati mengejut macam AP Kuala Terengganu tu. Ngah main badminton pun leh mati. Sama kes cam bekas Ketua menteri Melaka dahulu. Serangan jantung. Mungkin dulunya khusus penyakit tu attack pada yang kaya kalangan UMNO aje. Tapi skang nih ramai gak pimpinan PAS yang ada penyakit tu. Tok Guru Presiden, Mursyidul ‘Am dan Timb. Mursyidul ‘Am antara yang mengalaminya. Mungkin faktor tekanan amanah dan tugas lebih menjurus kepada faktor serangan penyakit tersebut pada mereka berdua, tetapi fakor pemakanan juga x leh diketepikan sama sekali. Kalau kat tempat aku nih, buat usrah ada makan, lepas usrah kang ada makan, buat ceramah ada makan, buat mesyuarat pun ada makan. Pendek kata sumanya ada makan. Abistu nak buat camne? Kang x buat makan kang orang dok sound kedekut lak. Walhal kita nak membantu pimpinan menjaga kesihatan. Kalau ahli biasa cam aku mungkin x penting sangat. Umo x panjang pn xde rugi pada perjuangan. Tapi kalau sampai tahap pimpinan seperti Tok Guru Presiden & Mursyidul ‘Am tu yang kena? Bagi aku kalau dah hinggap memacam penyakit nnt, hapah x guna dh pun. jadi elokla beringat dari sekarang.

Cumanya seteruk-teruk aku yang kuat makan nih, aku rasa hangpa yang baca nih mesti lagi teruk dari aku nye kan??? Haha jangan nak ngelak

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: