daLAm @ LuaR…

December 11, 2008

i

Umum maklum akan kematian Ahli Parlimen Kuala Terengganu baru-baru ini. Secara otomatiknya, pilihanraya kecil akan berlaku bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen tersebut. Pada pilihanraya umum ke 12 yang lalu, PAS meletakkan calon import @ luar iaitu Mohammad Sabu @ Mat Sabu. Namun beliau tewas tipis dengan calon BN hasil dari undi yang terpecah tiga. Seorang lagi yang bertanding ialah nenek tua yang tidak berparti.

Ketika ini PAS masih belum memberi tanda-tanda siapa yang bakal menjadi calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu ini. Mursyidul ‘Am telah membuat syor agar dikekalkan bekas calon sebelum ini, Mat Sabu. Tetapi keluar pula satu kenyataan dari Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Sdr Azman Shapawi yang mempertikaikan keperluan meletakkan calon import @ luar  sedangkan calon tempatan lebih ramai lagi dan juga berkelayakan. Kalut memang kalut. Hujahnya kesemua calon import @ luar yang bertanding pada pilihanraya umum yg lepas kesemuanya kalah. Tetapi calon tempatan juga kesemuanya kalah kecuali Parlimen Marang yang dimenangi oleh Tuan Guru Presiden. Maknanya calon tempatan jugak tidak berperanan dalam memberikan kemenangan kepada PAS Terengganu. Secara jelas, bukan calon import @ luar la yang menyebabkan PAS Terengganu tidak menang.

Hari ini pula, Ketua dan Timbalan Muslimat PAS Pusat turut menyokong cadangan Mursyidul ‘Am supaya mengekalkan Mat Sabu. Kata mereka, Mat Sabu ternyata mempunyai kelebihan dalam mengolah isu masyarakat untuk disampaikan secara terus kepada sasaran. Mursyidul’Am juga memperakukan kehebatan berceramah Mat Sabu ni. Disamping itu, Mat Sabu juga ternyata seorang pemimpin yang sering turun berdamping dengan rakyat akar umbi. Ternyata perwarakannya ini disenangi oleh kawan dan lawan.

Isunya, sekiranya benar Pemuda PAS Terengganu ini menolak Mat Sabu dengan alasan beliau ialah calon import @ luar maka ternyata ada kemungkinan tarbiyah Pemuda PAS Terengganu ini mempunyai sedikit masalah. Sirah membuktikan bagaimana kaum muhajirin Makkah boleh menjadi pemimpin bagi kaum Ansar di Madinah sedangkan ternyata RasuluLLah SAW dan para sahabat ra juga adalah merupakan calon import @ luar. Sekiranya kemenangan yang diharapkan itu kerana isu calon, ianya juga tidak berapa kena kerana apabila calon telah terpilih untuk memikul tanggungjawab bertanding atas tiket parti, tugas kita pula adalah sedaya upaya  membantunya untuk menang. Bukanlah kemenangan itu untuk peribadi tetapi kemenangan jemaah Islam seluruhnya insyaALlah. Menjadi khurafat pula bila nanti dikatakan sipolan menang kerana calon tempatan dan kalah kerana calon import @ luar. Sepatutnya menjadi tugas kitalah, yang mengaku pejuang Islam ini menghapuskan sikap perkauman seperti ini.

Aku??? Aku tidak mahu berpihak pada mana-mana. Kalau Mat Sabu yang dipilih oleh parti, aku redha dan setuju. Kalau Azman Shapawi pula yang dipilih oleh parti, aku juga redha dan setuju. Yang penting kita bekerja untuk memenangkan Islam. WALlahua’lam

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: