poLitiK bEnGAP…

December 14, 2008

i

logo-perak

RM2 juta beli Camry bazirkan wang rakyat

IPOH: Pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) yang menguasai kerajaan Perak mula menunjukkan ‘taring’ mereka apabila meluluskan pembelian 16 kereta Toyota Camry 2.4 bernilai lebih RM2 juta sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri bagi menggantikan Perdana V6, baru-baru ini.

Langkah yang diambil kerajaan Pakatan itu juga dianggap ‘menjilat ludah sendiri’ kerana selama ini mendakwa mereka prihatin keperitan hidup rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, berkata tindakan kerajaan Pakatan itu membuktikan hakikat mereka tidak mampu menahan ‘nafsu’ untuk memiliki kenderaan baru.

“Sebelum ini, ketika hendak mengambil alih kerajaan negeri daripada Barisan Nasional (BN), mereka berjanji kepada rakyat untuk terus menggunakan kenderaan sedia ada dengan alasan dapat menjimatkan wang rakyat.

“Sekarang mereka secara terbuka menggunakan alasan terpaksa membeli kenderaan baru kerana tidak boleh menanggung kos penyelenggaraan tinggi jika menggunakan kenderaan nasional,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kelmarin bahawa mesyuarat Exco yang meluluskan perbelanjaan lebih RM2 juta bagi membeli kereta import, menggantikan Perdana V6 yang dianggap sudah uzur.

* sumber –> di sini

i

*******

i

Arinih keluar satu berita hancing dari mulut seorang yang x mau menerima hakikat kekalahan. Isunya mengenai pembelian kereta baru oleh kerajaan Perak. Wah wah wahhhh…lancang beno mulut mamat seko ni. Kalau x kenangkan dia nih ada iras-iras muka Ust. Derih Ahmad, mau je aku tampo. Haha…

Ade ke patut dia kata MB Perak x dapat nak menahan nafsu??? Iskkkk.. Kalau x dapat menahan nafsu, dah lama MB luluskan pembelian Merc sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan UMNO Terengganu tu. Setakat Camry tu apala sangat mewahnya. Lagipun cuba bandingkan harga maintanance Perdana V6 tu? Ok aku bagi sedikit harga yang telah dikeluarkan untuk membaik pulih kereta Perdana V6 sepanjang tahun pemerintahan BN Perak 2004-2008.

  • Setiausaha Kerajaan negeri AFD 11 RM72, 777.12
  • Penasihat Undang-undang AFD 22 RM45,517.40
  • Pegawai Kewangan Negeri AFD 33 RM83,045.50Speaker AFD 999 RM63,324.16
  • Dato Yik Phooi Hong AFQ 183 RM6,587.47
  • Dato Ho Chang Weng AFD 66 RM105, 783.99
  • Dato Ramly Zahary AFD 858 RM48,461.71
  • Dato G. Rajoo AFD 77 RM86, 925.14
  • Dato Chang Ko Youn AFD 55 RM86, 005.94
  • Dato Radzi Manan AFD 88 RM64,655.26
  • Dato Tan Chin Meng AFD 333 RM102,884.63
  • Dato Mohd. Saarani AFF 99 RM66, 921.04
  • Dato Mohd. Zaim AFD 99 RM103,896.03
  • Kapt. Najmudin AFB 64 RM27,658.60
  • Dato Siti Salmah AFF 33 RM89,259.40
  • Dato Zamry AFF 88 RM25,808.89

Jumlah: RM1,079,512.07

  • Bekas Menteri Besar, Dato Tajol Rosli Mercedes Benz ML 320 AEH 9 RM90,733.07. Tu tak termasuk sebuah lagi kereta Proton Perdana.

Jumlah penyelanggaraan kereta Bekas Menteri Besar sahaja berjumlah RM222,343.26.
Jumlah keseluruhan…RM1,301,855.33

*sumber dari blog Bumiperak

Dan yang lebih menarik, bekas MB Perak yang pernah menangis 3 hari 3 malam selepas kalah pilihanraya dahulu pakai Merc??? Mungkin nafsu Tajol Rosli x sebesar nafsu Hj. Nizar???  Ataupun memang harga Merc ketika itu lebih murah dari Perdana V6?

Sebenarnya kos penjagaan kereta Camry jauh lebih murah dan tahan lebih lasak dari kereta Perdana V6. Jadi yang mana satu kereta dapat menjimatkan duit rakyat??? Kalau dah manjang jek rosak kereta pejadah ape nak simpan lagi? Baik lego kan je dari perabih duit rakyat nak direpair. Congak mudah camni pun Zamri Kadiaq ni x leh nk pikir? Jangan nanti orang tuduh dia beli title ‘Dr.’ tu pulak. Naya jek.

i

December 14, 2008

i

i

kenaL meNGenaL…

December 14, 2008

i

dsc_0056

Muhammad K. Y. Tiang

i

dsc_00542

Kali ini aku nak kenalkan pembaca dengan sahabat aku, saudara Muhammad K. Y. Tiang. Kebetulan dia sebilik dengan aku di Lumut ni. Jadi aku mengambil peluang untuk menceritakan perihal kisahnya dalam parti  mengikut kacamata aku sendiri.

Untuk makluman, Muhammad K. Y. Tiang merupakan seorang saudara baru berketurunan Cina. Dilantik menjadi pegawai khas kepada YAB MB Perak setelah kerajaan Pakatan Rakyat tertubuh selepas memenangi pilihanraya umum ke 12 baru-baru ini. Tugasnya menjaga hal ehwal berkaitan kaum cina. Beliau juga merupakan AJK Badan Perhubungan PAS Perak dan EXCO DPPN Perak sesi 2007-2009. Berumur lewat 30an sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak. Berkelulusan dari sebuah universiti di Taiwan. Beliau pernah bekerja di kilang dan menjalankan perniagaan sendiri sebelum dilantik ke jawatan sekarang ini.

Pada pandangan aku, beliau merupakan seorang aktivis parti yang sangat komited. Semenjak berpindah keahlian ke kawasan aku ni, beliau banyak menyumbang tenaga demi memastikan kelangsungan pemuda kawasan aku. Beliau antara ahli yang banyak mencari sumbangan sekiranya pemuda kawasan aku mengadakan aktiviti. Perkataan ‘tidak’ jarang sekali dilafazkannya. Beliau juga amat popular dikalangan ahli Kelab Penyokong PAS dimana beliau merupakan AJK Lajnah Perpaduan Nasional yang menaungi kelab tersebut. Disamping itu, beliau turut menjadi AJK Jabatan Pilihanraya Negeri dan altif terlibat membantu calon-calon pilihanraya berkempen dikalangan kaum Cina dan menterjemah risalah ke bahasa Cina.

Secara peribadi, aku amat kagum dengan sikap komitednya terhadap perjuangan dan pengamalan agama. Walaupun seorang saudara baru, aku lihat beliau sentiasa menjaga amalan ibadahnya dan sentiasa merendah diri. Disamping itu beliau juga mempunyai prinsip yang jelas. Amat mudah mesra dengan orang merupakan aset yang paling bernilai dalam dirinya. Ternyata kehadirannya dalam jemaah parti Islam ini merupakan satu anugerah yang sangat besar dari ALlah SWT. Aku doakan mudah-mudahan dia dan juga diri aku sendiri terus istiqamah dalam beramal dan berjuang untuk agama ALlah SWT  ini insyaALlah. Moga segala usahanya dalam membantu perjuangan Islam ini dibalas dengan sebaik-baik balasan oleh ALlah SWT. Amin

i