kenaL meNGenaL…

December 14, 2008

i

dsc_0056

Muhammad K. Y. Tiang

i

dsc_00542

Kali ini aku nak kenalkan pembaca dengan sahabat aku, saudara Muhammad K. Y. Tiang. Kebetulan dia sebilik dengan aku di Lumut ni. Jadi aku mengambil peluang untuk menceritakan perihal kisahnya dalam parti  mengikut kacamata aku sendiri.

Untuk makluman, Muhammad K. Y. Tiang merupakan seorang saudara baru berketurunan Cina. Dilantik menjadi pegawai khas kepada YAB MB Perak setelah kerajaan Pakatan Rakyat tertubuh selepas memenangi pilihanraya umum ke 12 baru-baru ini. Tugasnya menjaga hal ehwal berkaitan kaum cina. Beliau juga merupakan AJK Badan Perhubungan PAS Perak dan EXCO DPPN Perak sesi 2007-2009. Berumur lewat 30an sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak. Berkelulusan dari sebuah universiti di Taiwan. Beliau pernah bekerja di kilang dan menjalankan perniagaan sendiri sebelum dilantik ke jawatan sekarang ini.

Pada pandangan aku, beliau merupakan seorang aktivis parti yang sangat komited. Semenjak berpindah keahlian ke kawasan aku ni, beliau banyak menyumbang tenaga demi memastikan kelangsungan pemuda kawasan aku. Beliau antara ahli yang banyak mencari sumbangan sekiranya pemuda kawasan aku mengadakan aktiviti. Perkataan ‘tidak’ jarang sekali dilafazkannya. Beliau juga amat popular dikalangan ahli Kelab Penyokong PAS dimana beliau merupakan AJK Lajnah Perpaduan Nasional yang menaungi kelab tersebut. Disamping itu, beliau turut menjadi AJK Jabatan Pilihanraya Negeri dan altif terlibat membantu calon-calon pilihanraya berkempen dikalangan kaum Cina dan menterjemah risalah ke bahasa Cina.

Secara peribadi, aku amat kagum dengan sikap komitednya terhadap perjuangan dan pengamalan agama. Walaupun seorang saudara baru, aku lihat beliau sentiasa menjaga amalan ibadahnya dan sentiasa merendah diri. Disamping itu beliau juga mempunyai prinsip yang jelas. Amat mudah mesra dengan orang merupakan aset yang paling bernilai dalam dirinya. Ternyata kehadirannya dalam jemaah parti Islam ini merupakan satu anugerah yang sangat besar dari ALlah SWT. Aku doakan mudah-mudahan dia dan juga diri aku sendiri terus istiqamah dalam beramal dan berjuang untuk agama ALlah SWT  ini insyaALlah. Moga segala usahanya dalam membantu perjuangan Islam ini dibalas dengan sebaik-baik balasan oleh ALlah SWT. Amin

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: