taHniah…

December 23, 2008

Aku tertarik sekali untuk menyentuh berkenaan debat terbuka antara Hj. Husam Musa dengan Khairy Jamaluddin. Walaupun umum mengetahui Khairy Jamaluddin ini hanyalah hingusan dalam politik tanahair berbanding Husam Musa, tetapi ternyata keberanian beliau hadir kelmarin memberikan satu tanda bahawa beliau mmg sudah bersedia untuk bertanding merebut kerusi Ketua Pemuda partinya. Walaupun Khairy Jamaluddin umpama menyerahkan leher untuk disembelih kerana tempat debat diadakan sudah diketahui umum lubuk kepada Hj. Husam Musa. Hishamsiah aww (dibaca Hishamudin) pn x seberani dan sehebat beliau berhujah. So credit aku beri untuk dia atas keberaniannya itu.

Apa isu yang terpanas dalam debat kelmarin???

Ternyata isu yang panas apabila Khairy mencabar Husam (PAS) melaksanakan hudud seandainya dapat memerintah Malaysia bersama rakan Pakatan Rakyatnya. Husam dengan tiada sangsi menyatakan bahawa PAS memang komited dalam melaksanakan hukum hudud di Malaysia andai diberi peluang memerintah nanti. Dan yang paling membuatkan KJ pula terkelu lidah bila sdr. Husam membidas UMNO kerana kerja melaksanakan perintah ALlah ini bukan hanya tugas PAS, tetapi tugas semua manusia yang mengaku beriman kepada ALlah termasuklah UMNO. Kali ini credit pula aku berikan buat Hj Husam.

Ternyata media memang telah bersedia untuk mencari dan memanjangkan isu untuk dimainkan bagi mencapai keuntungan politik mereka. Dan apabila dipanjangkan isu perlaksanaan hukum hudud ini kepada rakan PAS dalam Pakatan Rakyat, ternyata ianya mendapat reaksi pantas negatif. Tentulah Karpal Singh yang pernah mencabar PAS dengan mengatakan ‘over my dead body’ andai PAS ingin melaksanakan hukum hudud di Malaysia akan menolak mentah-mentah cadangan tersebut. Begitu jugalah orang yang ingin menjadikan Khalifah Umar ‘Abdul Aziz sebagai idola pemerintahannya, Lim Guan Eng juga turut menolak kenyataan Hj Husam dan dengan tegas menyatakan sokongan pengerusi partinya itu agar Malaysia terus dikenali sebagai negara majoriti Islam berperlembagaankan undang-undang sekular. Sedangkan sekiranya beliau bercakap dengan ilmu, beliau tentu maklum bahawa Khalifah Umar ‘Abdul ‘Aziz memerintah dengan melaksanakan syari’at Islam termasuklah menggunakan perundangan hudud. Arghhh bikin sasau dibuatnya. Datang lagi kenyataan MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang pula memuji perlaksanaan perundangan di Malaysia sudah bagus dan Selangor tidak akan mengikut langkah PAS dalam melaksanakan hukum hudud itu nanti. Hahh melopongla mulut Dr. Hasan Ali dan Sollehin Mukhyi. Maknanya tertutup sudah peluang PAS Selangor untuk melihat ruang-ruang yang ada agar perundangan Islam dapat menyelit sedikit walau x banyak dalam negeri Selangor itu.

Apa yang lebih menarik???

Kenyataan dari Mursyidul ‘Am PAS , Tuan Guru Nik ‘Abdul Aziz Nik Mat berkenaan isu yang telah dipanaskan oleh pihak media ini menyatakan bahawa pihak PAS bersedia untuk berbincang dengan rakan dalam Pakatan Rakyat mengenai perlaksanaan hukum hudud ini. Katanya lagi, sekiranya mereka tidak mahu menerima, mereka perlu ada alasan kenapa tidak boleh menerimanya.Ternyata PAS lebih matang dalam menangani isu ini.

Persoalannya???

Kenapa perlu ditutup pintu perbincangan kerana ternyata menutup pintu perbincangan bukanlah cara terbaik untuk mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah. Jika kita masih mengamalkan sikap sebegitu, maka ternyata kita masih hidup terkurung dalam kotak pemikiran tersendiri. Seolah-olah takutkan bayang-bayang sendiri. Kenapa perlu risau jika ikhlas untuk duduk bersama-sama menerajui Pakatan Rakyat. Ayuh nyatakan mana kurangnya syari’at Islam dan mana lebihnya undang-undang sekular??? Sertakan sekali bersama fakta. Jangan hanya membuat andaian sempit seolah-olah pemikiran budak yang tidak pernah bersekolah. Sekiranya mereka boleh menerima amalan wajib yang lain seperti solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji, mengeluarkan zakat, melaksanakan ibadah korban, kenapa pula melaksanakan tuntutan hukum ALlah ini perlu ditentang. Tentang la sekali amalan wajib yang lain itu seumpama kamu menentang perlaksanaan hukum hudud ini. Apa perlu meraikan maulidur Rasul, amalan yang dianggap bid’ah itu bersama-sama penganut agama Islam sedangkan dimasa yang sama menentang amalan yang ternyata wajib. Dan apa perlu mencampuri urusan agama lain sedangkan penganut agama lain tidak pernah mencampuri urusan agama kamu???

Akhirnya, mohon jasa baik pihak rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat agar setiap perkara yang telah dibangkitkan, dibincangkan dengan penuh berhati-hati dan penuh berilmiah agar segala hujah yang dikeluarkan tidak hanya sekadar nafsu kebencian dan amarah terhadap sesuatu golongan. Buktikan dengan fakta yang jelas, di zaman RasuluLLah SAW dan 4 sahabat r.a, dimana kurangnya hukum Islam ini. Dan kalau masih mahu dilebihkan lagi, masukkan sekali kisah pemerintahan Khalifah Umar ‘Abdul ‘Aziz r.a sekali. Mudah-mudahan kita tidak sekadar menjadikan beliau idola, tetapi juga menjadikan amalan pentadbirannya juga sebagai idola. WALlahua’lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: