finaL cOuntDown…

December 25, 2008

Arinih aku kepejabat walaupun sebenarnya bercuti sempena Hari Lahir Ketua Pemuda aku yang ke-33. Cuma nak jadi kebetulan Hari Natal pun jatuh arinih. Kiranya Hari Natal ni numpang tui KP aku la. Esok satu majlis besar akan berlangsung di tempat aku. Program Majlis Makan Malam & Pelancaran Tabung Pemuda Perihatin DPPK Ipoh Timor. Seperti yang telah aku iklankan dalam blog aku ni, majlis tersebut akan dihadiri oleh YAB MB Perak bersama isteri tercinta.

Tika ini Zul dan Pak Jan ngah bertungkus lumus menyiapkan buku cenderamata. Aku tidak merancang untuk kesini sebenarnya tapi terpaksa mengubah fikiran setelah niat awalnya untuk menjadi penanggah di kenduri kawin anak saudara sahabat aku terpaksa dibatalkan bilasaja terdengar alunan irama dangdut yang galak dimainkan. Jadi bagi mengelakkan fitnah kebersamaan aku dimajlis tersebut, aku terpaksa meninggalkannya walaupun pernah juga menjadi antara penggemar irama ini suatu waktu dahulu. Maafkan aku sahabat…

Memang situasi pejabat aku umpama sarang kucing nak beranak. Agak bersepah. Seolah-olah ianya membayangkan keadaan penuh kritikal yang dilalui oleh sahabatku ini. Senyum semakin payah terukir menambahkan lagi kepanasan pejabat aku tu. Laaa padan arr panas. X pasang ekon. Pak Jan demam katanya. X leh nak bersejuk. Mungkin demam rindu pada buah hatinya. Ditambah dengan kehadiran fatwa Ust. Faisal berkenaan sms dengan buah hatinya, maka mungkin ianya sedikit sebanyak menambahkan lagi penderitaan hidupnya. Mudah-mudahan ALlah memudahkan urusannya.

Pengarah??? X mandang muka. Ditinggalkan kerja pada anak buah dan membuat kerja lain. Aku pun x tau mana satu keutamaannya ketika ini. Nak kata x da ilmu, memacam program wacana ilmu dah dihadiri. Sian aku kat mereka berdua nih. Pas Pak Jan mandi, aku ajak g makan. Barula terpamer sedikit wajah kelegaan. Mungkin kerna terlalu memikirkan amanah yang telah diberi menyebabkan mereka berdua terlupa untuk menunaikan amanah terhadap perut mereka. Hebattt…

Berita sedih yang baru diterima, seorang jemaah PAS cawangan Tmn Cempaka telah kembali kerahmatuLlah. DariMu kami datang dan kepadaMu jua kami kembali. Mudah-mudahan roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Aminnnn…

Akhirnya cuma doa kalian aku pohon agar majlis tersebut berjalan dengan lancar tanpa berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Moga keberkatan ALlah kami perolehi pada majlis makan malam esok insyaALlah. Terus bergerak wahai pemuda Ipoh Timor. Syabas dan tahniah dari aku.


One Response to “finaL cOuntDown…”

  1. mujahidperak Says:

    amboi…pedasnya teman dengor….mcm lah teman tak pikio hal dame ni…yang teman kehulu kehilir nak selesai perkara lain yang lebih utama.
    urusan makanan (bonda) 80% teman uruskan. Dewan teman juga bekejor kesana nak pastikan tak de maslah. Ky tiang 5 kali lebih teman panjat pagor suk. hadiah (buku dan frem) teman uruskan.termasuk mencari toner printer teman bekejor ke yik fong dan termasuk urusan membeli kertas. semua teman amik tau dan uruskan bersama2 ajk.
    biasalah bila tak nampak muka dikata tak wat koje…padahal sahabat wat pe tak dipikirnya….
    dalam masa yang sama teman juga SU program diskusi usahawan bersma glc kerajaan negeri isnin ni. teman kena siapkan directori ushawan sebanyak 200 cd. nak siapkan flash directori tu bukannya mudah. berjam2 kena mengadap pc pagi tadi sampai kepetang. tu pun tak siap2 lagi… esok dah nak hantar ke pencetak.. tapi itu lah orang tak tau…mcm mana zul sebuk kat opis mcm tu lah teman sebuk uruskan direcori ni…
    tu tak kira nak finalis peserta 100 orang kediskusi yang belum teman lagi….
    takpelah…. mentang2 blog teman tak boleh buka. dame hentam rapat teman…takpa ada ubi ada batas.. so apa lagi makan lah ubi tu…
    tima kasih fendi bagi ingtan pada teman..
    takbir….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: