paNaaasSsSS…
January 31, 2009
…
AlhamduliLLah program hari ini berlangsung dengan jayanya walaupun hujan turun dengan lebat pada sebelah pagi. Berkat hujan rahmat yang turun itu, seramai lebih 500 orang telah hadir ke Kediaman Rasmi MB Perak di Jalan Raja Di Hilir menyertai program tersebut. Ianya satu kehadiran yang luar biasa. Kemungkinan venue program diadakan telah berjaya menarik minat peserta untuk hadir disamping ingin mengetahui perkembangan terkini situasi politik negeri Perak yang agak panas dan bergelombang. Berbaloi juga aku dan sahabat-sahabat yang terpaksa mengurangkan masa tidur untuk memastikan persiapan kertas kerja tiada masalah. Terima kasih ALlah.
Terkini diwar-warkan 2 ADUN PKR yang juga merupakan EXCO Kerajaan Negeri Perak bakal menjadi ahli bebas seterusnya menyertai parti UMNO Be End. Menurut kenyataan media PKR sebentar tadi, diberitakan kedua-dua orang EXCO terbabit tidak dapat dihubungi sejak 4 hari yang lepas dan dikhuatiri mereka telah dikurung oleh pihak yang ingin mengambil peluang terhadap dakwaan salah laku rasuah yang telah dikenakan terhadap mereka sebelum ini.
Dalam pada itu, MB Perak ketika dihubungi untuk mendapatkan pengesahan berita berkenaan menafikan perkara tersebut sambil memohon rakyat negeri Perak khususnya dan seluruh dunia amnya mengadakan solat hajat bagi menghindarkan kerajaan Pakatan Rakyat dari sebarang perkata yang tidak diingini. Pelik tapi benar. Inilah keunikan tersendiri politik negeri Perak. Mudah-mudahan ALlah membalas segala perancangan jahat pihak musuh terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.
…….
i
anuGErah…
January 31, 2009
…
Arinih agak kalut dengan persiapan program besar esok. Sementara menantikan mesin penyalin menjalankan tugasnya, lebih baik aku ambil peluang yang ada update blog ni. Bukannya sekejap nak menunggu. Bayangkan la dah hampir 10 rim kertas A4 abis digunakan. 1 rim = 500 helai x 10 = ??? Pastu ada lagi 7 rim yang masih belum digunakan. Pun nak dihabiskan selepas ini. Sapa dapat teka jawapan berapa banyak kertas yang akan digunakan esok bagitaula aku. Mungkin akan ada hadiah besau yang menanti penjawab yg tepat. Hik hik…
Arinih sah Tajol Rosli letak jawatan. Seakan mengamuk semalam, seolah-olah apa yang ditulis oleh pihak media yang rata-rata menyebelahi kehendak nafsu pemimpin UMNO sebelum ini semuanya tak boleh dipakai. Diherdiknya para wartawan yang bertanya tanpa segan silu. Nafsu amarah yang meluap-luap dipertontonkan kepada umum umpama gunung berapi yang hendak menghamburkan laharnya. Nampaknya emosi telah mengatasi kewarasannya bertindak ketika itu. Manakan tidak, anak buah sendiri yang mempertikaikan kewibawaannya memimpin, bukannya pihak Pakatan Rakyat. Pak Lah sendiri dah mengaku menerima surat perletakan jawatannya itu. Dalam ulasannya ketika itu, seakan-akan dilihat Pak Lah telah bersetuju dengan perletakan jawatan Tajol itu. Malu sesangat rasanya kalau Tajol tetiba nak u-turn.
Jadi secara rasminya, Read the rest of this entry »
kLuk kLek…
January 29, 2009
…
Seminggu bercuti. tiada kemudahan @ tiada kemahuan. Itu yang sebetulnya. Politik negara semakin menarik. Ntah apa nak jadi dalam 2-3 bulan terdekat ini. Mampukah kerajaan BN bertahan di bumi Malaysia ini? Satu demi satu keeogaan mereka diruntuhkan ALlah. Berkesan sungguh doa orang terzalim ni. Padankan muka atau selamatkan mereka? 2 persoalan yang perlu diperhalusi.
Sesungguhnya mereka juga perlukan bimbingan dari kita. Itupun andai kita mengaku masih lagi menjadikan parti kita sebagai parti dakwah. Ataupun kita korbankan sahaja konsep dakwah dan tumpukan pada siasah sahaja? X kena jugak. Dah melencong dari matlamat asal.
Arinih heboh kata Tajol Rosli nak letak jawatan. Nape lak perlu mengambil tindakan sedrastik itu? Pemimpin yang x bertanggung jawab @ lemah daya kepimpinan je yang akan mengambil sikap sebegitu. Tok Guru Presiden sendiri pernah dicadangkan meletak jawatan pada muktamar selepas kekalahan teruk PAS pada PRU ke 11 (2004) yang lepas sepertimana yang dilakukan oleh Pengerusi DAP, Lim Kit Siang ketika itu. Klu dalam semangat samurai ianya dipanggil ‘harakiri’. Seingat aku, usul yang dibangkitkan oleh Suhaizan Kaiat itu sungguh berani. Berani la dari UMNO tu yang x nah cabar presidennya buat apa2.
Cuma aku tertarik dengan jawapan Tok Guru yang amat simple. Jikalau kita kata kita berjuang menurut RasuluLLah saw, apa perlu kita mengikut orang lain? RasuluLLah saw sendiri pernah mengalami kekalahan dalam peperangan yang dipimpinnya tetapi tidak pernah meletakkan jawatan. Itulah keindahan parti yang berjuang menurut Al-Quran dan Sunnah RasuluLLah saw. Setiap permasalahan yang berlaku boleh dirujuk pada kedua-dua pegangan kita itu. Kalau UMNO, nak rujuk kitab mana? Berdengung la jawabnya.
Peliknya Tajol kata game baru bermula. Baru kena gol sebijik. Xkan kena gol minit-minit awal dah nak mengalah? Tunggula abis full time dulu. Mana tau kot-kot minit akhir dapat sumbat 2-3 gol. Kalau camtu nye berjuang, rendah sangatla moral pengurusnya. X leh kena bolos, terus mengalah. X ke kluk klek pendiriannya?
Kalau begitulah indikasi perjuangan UMNO ni, mudah sangat kita sekarang ni. Teruskan menyerang kubu-kubu mereka. Mereka berada dalam keadaan yang amat rendah moralnya sekarang ini. Jangan terlalu selesa dengan sebijik gol ditangan. Cari lagi bekalan gol yang selesa. InsyaALlah kalau kita x jemu menyerang, peluang menjaringkan gol tu pasti sentiasa terhidang. Apa yang diperlukan sekarang ini ialah kemampuan penyerang kita untuk menyudahkan peluang yang terhidang itu. Nah, formulanya sudah ada. Apa tindakan kita selepas ini???
i
beRubah…
January 21, 2009

letih wehhh...
…
Dah 3 hari semenjak sampai dari Kuala Terengganu ni, aku keletihan. X sempat nak update. Kebetulan sepanjang perjalanan pulang, aku drive solo. X da langsung co-pilot yg membantu. Jenuh menahan ngantuk. Tersengguk-sengguk memandu keseorangan menempuh tempoh perjalanan yang memakan masa hampir 8 jam (12 tghari – 10.30 mlm). Nyaris diorg dalam tu x perasan aku ngantuk. Kalau x, tobat la nak numpang.
Apapun alhamduliLlah perjalanan selamat ditempuhi tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Isnin cuti ‘travelling day’ kata Ramdhan. Selasa dan arinih cuaca berbahang yang amat sangat. Hilang idea nak menulis. Nyaris kesejukan ekon pejabat berjaya menggamit semula minat untuk menulis. Terbit kerinduan merasai semula suasana yang penuh damai di Kuala Terengganu. InsyaALlah aku cuba mengaturkan program buat keluarga pula sementelah dah belajar serba sedikit jalan-jalan disana. Moga segala penat lelah aku dan kalian disana dibalas ALlah SWT dengan sebaik-baik balasan, insyaALlah. Amin…
i
p/s- disaat Yahudi laknatuLLah sudah memulakan usaha kearah melaksanakan gencatan senjata, Pak Haji Bagan Datoh pulak memalu gendang perang terhadap kerajaan PR Perak. Mudah kata, Pak Haji ni sehati perut atau lebih teruk dari yahudi tu???
i
wELcome to da CLub…
January 18, 2009
…
Update 2.34 a.m
Berita terbaru yang didengar, budak-budak bermotor yang membawa bersama bendera PAS telah ditahan polis trafik dan telah dibawa ke balai polis berdekatan.
Update 12.08 a.m
Ketika ini rumah calon Be Eng, Wang Farid dikawalrapi oleh para FRU. Mungkin mengandaikan perkara yang sama akan terjadi sepertimana ketika Terengganu menang tahun 1999 dahulu. Tahniah kepada FRU terbabit. Mengutamakan kepentingan keselamatan seorang rakyat yang membayar cukai. Budak-budak muda bermotor mahupun berkereta sedang riang meronda kesana-sini membawa bendera PAS. Kelihatan makcik-makcik tua turut sama bersemangat mengibarkan bendera PAS ditepi-tepi jalan. SubhanALlah, satu fenomena yang amat merujakan buat aku yang pertama kali melihatnya seperti ini di sini.
…
AlhamduliLLah keputusan pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu telah diketahui. PAS melalui calonnya Hj Mohd Abdul Wahid Endut telah berjaya memenangi PRK 036 KT mengalahkan calon Be End Wang Farid dengan majoriti 2631 undi. Hj. Mohd Abdul Wahid Endut mendapat 32,883 undi manakala Wang Farid mendapat 30,252 undi. Sementara itu, seorang lagi calon yang bertanding sebagai calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam bagai yang diduga pula hanya mendapat 193 undi.
Tahniah diatas jasa para petugas yang mencurahkan seluruh keringat mereka dalam membantu kemenangan PAS di Kuala Ganu ini. Ini membuktikan semangat jihad memang tidak pernah terpadam dalam diri petugas kita. Buat pengundi Kuala Ganu, sudah bersiap sediakah anda untuk hidup dalam kemunduran apabila semua pembangunan yang telah diluluskan untuk Parlimen Kuala Ganu ini dialihkan ke Kemaman sebagaimana yang telah diugut oleh MB Ganu, Ahmad Said andai Be End kalah di Kuala Ganu ini?
Apapun tahniah buat pengundi Kuala Ganu.Takziah buat Kery Jeng. Ini menjadi bukti bahawa UMNO Be Eng lah yang Doh Rok Chetong.

ALlahuakbar

Palimen...aku datang

kami menang

alhamduliLLah ALlah maha besar
i
CataTan Kuala Ganu 4…
January 17, 2009
…
Update 05.00 am 17 Jan 09
Baru selesai melawat seluruh UPU-UPU Kuala Ganu. Berlaku kekeocahan di Taman Chendering Indah. Khairy siberuk legam hadir membuat provokasi di situ. Kekecohan berpunca apabila pihak Be End yang menaungi parti Khary siberuk legam itu membuat jambatan segera merintangi longkang besar berhadapan sekolah tempat pengundian akan dijalankan. Sekiranya jambatan segera itu tidak dibuat, para pengundi akan melalui pondok panas PAS untuk masuk ke kawasan pengundian. Tetapi dengan adanya jambatan segera itu, para pengundi mempunyai pilihan untuk masuk ke kawasan pengundian tanpa melintasi pondok panas PAS. Ternyata dengan kerjasama yang baik diberikan oleh pihak polis dalam melindungi kepentingan parti Khairy siberuk legam ini, maka jambatan itu dibawah kawalan mereka sepenuhnya. InsyaALlah menurut bisik-bisik petugas PAS disitu, kemungkinan Najib Toonya akan merasmikan pembukaan jambatan segera itu sebelum pusat pengundian undi dibuka. Sila hadir beramai-ramai bagi menyaksikan perasmian jambatan segera itu.
…
Tempoh berkempen sudah tamat. UPU-UPU dibawah seliaan PAS Perak mulai dilimpahi petugas sejak malam semalam lagi. Sehingga saat ini dianggarkan seramai lebih 500 orang petugas PAS Perak sedang berkampung di Kuala Ganu. Limpahan petugas disaat-saat akhir ini besar kemungkinan terhasil selepas melihat serangan bertalu-talu puak Israel terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa di Gaza.
Walaupun terpaksa bersesak-sesak dirumah penginapan, mereka ternyata tidak mengambil kisah. Sedangkan saudara-saudara di Palestin terpaksa bersesak-sesak menanggung derita di hospital untuk merawat kecederaan mereka, apalah sangat andai terpaksa bersesak di rumah penginapan tanpa mengalami sedikit luka pun.
Nyata UMNO sekarang ini dianggap seperti penjenayah Yahudi oleh mereka sekarang ini. Jangan disekat kemahuan mereka. Ayuh datanglah beramai-ramai. Mana tau, kalau kalian beroleh peluang membunuh hantu-hantu yahudi yang sedang hebat berkeliaran sekarang ini.
Aku updatekan gambaran terakhir sebelum tamat kempen PRK 036 KT

Kelab Penyokong PAS

YB Kesavan (berbaju putih), ADUN Hutan Melintang

MB bersama Pengarah PRK 036 Dun Batu Buruk dan Ketua Penyelaras PAS Perak

Pakcik Mat pun x lepas peluang

bergambar bersama anak tuan rumah

heheh...akulah ketua kampung termuda di Perak

KP Ipoh Timor bersama anak tuan rumah

ust deghih
UpdaTe PRK 036 KT
January 16, 2009
…
…
Mat Razali Kassim Letak Jawatan
Kuala Terengganu, 15 Jan – Bernama melaporkan hari ini bahawa Datuk Mat Razali Kassim menarik diri dan melatakkan jawatan sebagai pegawai pengurus pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu. Suruhanjaya telah mengesahkan dan menerima penarikan diri beliau.
Berikutan dengan itu beliau digantikan dengan penolong beliau iaitu Wan Mustafa Wan Hassan yang juga merupakan setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
Sebelum ini Datuk Razali Mat Kassim di dakwa oleh PAS telah berkempen untuk calon BN kepada pegawai dan kakitangan kerajaan negeri sementara beliau adalah sebagai pegawai pengurus pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.
Pihak PAS dan Pakatan Rakyat turut membuat laporan polis berhubung tindakan beliau mengugut kakitangan dan pegawai kerajaan supaya mengundi calon BN.
Setiausaha SPR Datuk Ngah Senik dalam satu kenyataan hari ini berkata SPR telah menerima surat penarikan diri Mat Razali sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya kecil Parlimen Kuala Terengganu hari ini.
*sumber berita –> di sini
petugas yang berdedikasi
i
CataTan KuaLa GanU 3…
January 15, 2009
…
…
Suasana kempen PRK 036 semakin hangat. Pertarungan antara kedua-dua jentera parti semakin sengit. Dimana-mana pos kelihatan agak sibuk petugasnya menyiapkan persiapan terakhir. Masa kempen hanya tinggal sehari sahaja lagi. Pihak musuh Be End seperti biasa menggunakan saat akhir ini utk menyebarkan dakyah propaganda mereka.
Dengan bantuan pihak majlis perbandaran, mereka melakukan provokasi saat akhir dengan menurunkan kain rentang dan bendera PAS yang telah dipasang oleh para petugas. Namun apa yang peliknya, perkara ini tidak dialami sama oleh pihak musuh Be End. Mungkin inilah demokrasi ala Malaysia yang dicanang-canangkan oleh pemimpin kerajaan.
Man ayam (bergaya ala hip hop) bersama ketua UPU Bukit Depu
jalan segera rosak pun segera
mejar bersama Hj. Saleh
indahnya suasana Pasar Malam Kuala Ibai
petugas muslimat
pimpinan PAS Pusat
edaran bahan kempen
edaran bahan kempen
dr Hatta beramah mesra dengan peniaga
muslimat yang gigih berkerja memenangkan Islam
guna apa jalan yang ada
YB Salahuddin menjadi pemantau
i
taKziaH
January 14, 2009
…
Sheikh Mohd Nor Mansur Al Hafiz secara rasminya disahkan menjawat jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak yang baru berkuatkuasa 1 Januari 2009. Beliau yang berkelulusan Al-Azhar, Mesir menggantikan Dato’ Jamry Sury yang telah berpindah ke Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan. Sheikh Mohd Nor Mansur, 59 tahun merupakan Imam Besar Masjid Sultan Idris Shah Ke-2. Dengan perlantikannya kejawatan yang baru ini, secara otomatik beliau juga merupakan setiausaha Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak yang baru mengikut Seksyen 15 (1) Enakmen Bil 2 Tahun 1992 iaitu Ketua Jabatan Agama Islam Perak hendaklah menjadi Setiausaha MAIPk bagi mengetuai pentadbiran dan bertanggungjawab melaksanakan dasar dan keputusan majlis berkenaan.
Melihatkan ketokohan beliau semasa mengemudi Masjid Negeri, aku tanpa rasa sangsi melihat beliaulah calon yang terbaik untuk menduduki kerusi Ketua JAIPk itu. Aku mengalu-alukan perlantikan beliau dan mengharapkan apa jua perkara atau isu berkaitan kehormatan agama Islam akan dapat dipertahankan olehnya. Takziah dari Budak Ipoh Timor.
i