cataTan kuaLa Ganu 1…

January 7, 2009

Dah masuk 4 hari berada di Kuala Ganu. Tempatnya bagi aku kira amat cantik. Memulakan perjalanan pagi ahad lalu (walaupun dh tengahari),  melalui jalan simpang pulai – gua musang. Walaupun ada amaran mengatakan telah berlakunya tanah runtuh, aku tawakkal kan je sbb itu kemahuan ketua kontinjen aku. Mungkin dia dah buat survey dulu. Bersama aku seorang lagi, Cha dari Unit Amal Gopeng. Kira beres la. Ada orang yg leh suh wat keje. Sepanjang perjalanan hujan. Yang membezakan hujan lebat dan rintik-rintik je. Sekurang-kurangnya x la panas sgt. AlhamduliLLah

Sepanjang perjalanan aku menyaksikan pemandangan yang sungguh menarik. SubhanALlah, Maha Suci ALlah yang menjadikan alam ini. Melalui tanah tinggi Cameron Highland menjadikan aku lebih teruja. Berhenti sebentar untuk membuang air. Sejuk sangat. X tahan dah. Kiranya ada jugakla tanda kenangan kami disitu.  Haha buruk perangai.

100_0424Chief de’ Mission bersama AMAL Cha

Perjalanan diteruskan ke Gua Musang. Terdapat jalan yang mendap dan ada yang dah rebak. Jalan ditutup sebelah tetapi masih boleh dilalui. Tima kasih kepada pekerja yang bertungkus lumus menjaga laluan walaupun dalam keadaan berhujan. Teringan aku akan satu sabda nabi SAW yang ALlah kasih kepada hambanya yang membantu membuang duri (rintangan) ditengah jalan. Mungkin boleh dikaitkan juga dengan situasi tersebut. Mudah-mudahan ALlah memuliakan kalian.

Sampai di Gua Musang jam 3.30 ptg. Dipertengahan jalan, kami dah buat keputusan untuk membuat jamak ta’hir. Singgah mengisi perut disebuah restoran berhampiran pekan Gua Musang. Test nasi ayamnya. Chief kata sedap. Kira lulus la (sbb dah lapor bebeno).

Teruskan perjalanan melalui jalan Felda Aring ke Kuala Berang. Singgah bermain gajah di Pusat Latihan Ternakan Liar sebelum Tasik Kenyir. Satu pengalaman baru buat aku. Teruja sungguh melihat gajah yang jinak (walaupun dalam hati ALlah je yg tau). Sempat berposing kenang-kenangan untuk ditunjukkan pada org kampung. Sapa kata badang je yang kuat? Haha

100_04251aku abg Zan, kau ingat lagi x? skang aku dh x pakai cawat dh

Lauan disepanjang Tasik  Kenyir cukup indah. Tercapai juga impian aku nak lihat Tasik Kenyir nih secara live. Sebelum-sebelum ni cuma dapat tengok dlm tv @ majalah je. Besar jugak tasik ni. Mana besar ngan Tasik Banding? Korang jwb sendiri je la. Sampai ke penghujung jalan, batu tanda menunjukkan Kuala Terengganu lagi 57km. Dah nak sampai. Singgah solat di sebuah masjid disitu. Cuma masjid di Ganu ni x sama ngan di Klantan. Mungkin sbb PAS hanya berjaya memerintah sepenggal je disini. Kalau lama mcm Klantan ada harapan jugak memiliki masjid yang molek-molek.

Masuk je pekan Kuala Ganu, terus cari port pertama kedai Kak Yah Kepok Losong. Femes nama dia nih. Dulu TYdP aku nah bawak makan kepok kt kedai dia. Sedap x terkata. X taula klu dia letak banyak Mak Aji dlm tu. Malangnya sampai jek situ, kedai dh nak tutup. Trpaksa beli bungkus je. Dh xda rezki la tu (rupanya Kak Yah ni jadikan umah dia markaz UMNO…aikkk ptuihhhh).

Kemudian terus ke rumah Perak untuk mendaftar diri. AlhamduliLLah satu perjalanan yang amat panjang tapi menyeronokkan. Terima kasih ALlah kerna menyelamatkan perjalanan kami. ALlahuakbar 3x.

100_0444event pertama MB Perak bersama komuniti cina Kuala Ganu. Turut serta YB Tian Chua dan YB Anuar Tan AbduLLah

100_0447pengarah pilihanraya DUN Batu Buruk, Hj Asmuni Awi (vest ijau) turut hadir

i

p/s- ketua kampung Simpang Pulai dikhabarkan kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke sini kelmarin. Motosikal yang ditunggangnya terjatuh dalam jalan yang mendap. Patah bahu. Di tempatkan di wad, Hospital Gua Musang. AlhamduliLLah AMAL Rahmat dah amik dia bawak balik ke Ipoh. Hj.Zam pulak terpaksa bermalam di wad kerana darahnya naik (bkn naik darah). Sekian lama hidup di Ipoh xpernah ditahan di wad. Maha suci ALlah, tuhan sekalian ‘alam. DIA yang menentukan perjalanan hidup hambanya. Pada DIA jualah kita berserah diri. Al-Fatihah buat mereka berdua dan jua kesemua petugas PAS di Kuala Ganu.

i

One Response to “cataTan kuaLa Ganu 1…”

  1. Gopenghagen Says:

    Bilik boss tu ko owg jgn pandai-pandai nak pakai plak, nanti tulah.

    Pengarah ngan s/u dah ada kat ipoh, ko owg jgn nak kira makan losong ngan kopok lekor kak yah jer….

    Hj. Zam tu tak tahan daulat mek ganu agak nyer…

    Ha.. ha.. ha.. ha..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: