keMaS yanG lemaS…

January 8, 2009

2 – 3 menjak ni agak galak cerita berkenaan negeri Pakatan Rakyat yang dikatakan mulai menganggu premis-premis KEMAS. Bermula dahulu lagi di Terengganu pada 1999, kemudian di Perak dan telah menular di Selangor pula. Ianya digambarkan seolah-olah pentadbir Pakatan Rakyat ini tidak mesra ilmu pendidikan dan mahu melihat anak-anak kecil ini menjadi mangsa politik sempit kepartian. Pakatan Rakyat dilihat membalas dendam terhadap KEMAS. Walaupun perkara yang sama telah dilakukan sejak dahulu lagi oleh pihak UMNO Be End terhadap prasekolah PASTI diseluruh negara sehinggakan pernah bekas PM, Tun M menyatakan di PASTI tempat melahirkan pelajar-pelajar yang menentang kerajaan. Di tambah dengan kenyataan pelajar-pelajar PASTI ini diajar oleh  guru-guru mereka memijak gambar-gambar pimpinan kerajaan UMNO Be End. Ianya tidak pernah sama sekali dibuktikan oleh mereka dan hanya berani menuduh dengan sangkaan. Insiden yang lebih dashyat lagi berlaku apabila premis-premis PASTI diganggu oleh pihak SB (Siput Babey) dan diambil tindakan mahkamah sepertimana yang berlaku di Melaka sedangkan PASTI ini tidak menggunakan langsung premis diatas tanah kerajaan. Samada menumpang markaz parti ataupun disewa, tidak sepertimana layanan istimewa yang diberikan kepada KEMAS yang menerima peruntukan berpuluh juta setiap masa.

Tapi pernahkah kerajaan begitu mengambil berat tentang permasalahan yang dialami oleh prasekolah PASTI ini sebagaimana yang terjadi pada KEMAS. Tentulah jawapannya tidak kerana PASTI sudah di cop sebagai lubuk pembangkang melahirkan pelajar-pelajar yang mana akhirnya nanti akan menentang kerajaan balik? Sudah tentu amat merugikan untuk dibantu walaupun atas nama pendidikan. Bukankah akta pendidikan sendiri membenarkan ibu bapa memilih sendiri pendidikan mana yang mereka inginkan asalkan anak mereka diberi pendidikan?

Persoalannya kenapa mereka perlu mereka LEMAS dengan isu KEMAS ini? Bagi aku ianya tidak lain dan tidak bukan kerana KEMAS hanya dijadikan satu alat oleh UMNO Be End dalam kelangsungan politik mereka. Mana-mana guru KEMAS diwajibkan menjadi agen UMNO, sama seperti guru-guru PASTI. Cuma yang beza, guru KEMAS diberikan imbuhan gaji yang menarik dan tinggi menggunakan dana kerajaan bersumberkan duit cukai rakyat berbanding guru-guru PASTI yang hanya dibekalkan duit elaun. Justeru tidak hairan jika kita pernah mendengar ada guru PASTI yang memberikan khidmat secara percuma dan ada jugak guru yang turut menyumbang kembali duit poket sendiri kepada PASTI yang diajarnya.

Kesimpulannya, sekiranya organisasi KEMAS ini dilumpuhkan, anda pasti dapat bayangkan apa petaka yang akan terjadi kepada UMNO? Pastinya amat dasyhat sekali. Aku yakin UMNO akan lenyap dalam sekelip mata sekiranya KEMAS ini tidak dapat beroperasi dengan sempurna. Nah, disini terbuktilah  bukan pendidikan budak-budak kecil ini yang mereka utamakan, tetapi kelangsungan mereka dalam politik tanahair yang diberi keutamaan. Perlu diingat, guru KEMAS tidak akan sanggup mengajar percuma sebagaimana petugas pilihanraya UMNO yang bekerja mengharapkan upah.

Agak melucukan seorang Menteri terpaksa bergegas dari KL ke Perak semata-mata ingin menyelamatkan sebuah KEMAS yang tidak berkunci seperti yang dikisahkan oleh Bro Al-Husseyn —> di sini dan di sini.

Juga berita penafian kerajaan Pakatan Rakyat Selangor –> di sini

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: