AL-FatiHah…

January 10, 2009

i

Update

(11:51 am 12 januari 2009)

salam.alhamdiliLLah syaila dh separuh sedar n boleh brcakap – sms frm isterinya

(15.53 pm 11 januari 2009)

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Hj. Rahim memberitahu sms terkini didapatinya berkenaan keadaan sdr Syaila. AlhamduliLLah dia sudah boleh membuka mata dan menggerakkan kaki. Mudah-mudahan kesihatannya akan bertambah lebih baik dari semasa ke semasa. Terima kasih ALlah.

(oo.53 am 11 januari 2009)

KP Salman dan Rizal yang baru tiba dari ipoh sebentar tadi membawa berita yang agak menyenangkan hati. Keadaan sdr Syaila agak stabil. AlhamduliLLah mudah-mudahan ianya semakin baik dari semasa ke semasa.

i

Arini aku dikejutkan dengan berita sahabatku satu pejabat, Mohd Syaila Husin telah dimasukkan ke wad ICU Hospital Besar Ipoh kerana masalah darah tinggi dan kencing manis. Menurut laporan sahabatku sebentar tadi, beliau masih boleh berbual pada siangnya. Cuma mukanya nampak agak kusut 2-3 menjak kebelakangan ini. Aku pun jarang dapat berbual dengannya walaupun duduk satu pejabat kerana dia bercuti. Cuma yang aku perasan hanyalah perubahan ketara fizikalnya dan pergerakannya menjadi agak lambat seperti orang yang sedang menanggung sakit. Sms yang aku terima dari KP Salman Saleh memberitahu dia masih belum sedarkan diri.  Aku yang masih tidak berpuas hati terus menghubungi KP Tambun, sdr Zairul utk mengetahui perkembangan terkini Syaila. Zairul memberitahuku Syaila masih berada di wad ICU tingkat 3. Doktor yang pada awalnya mengesyaki dia menghadapi masalah jantung. Kemudian diberitahu pula buah pinggangnye bermasalah. MasyaALlah, besarnya ujian. Moga isterinya, Ustzh Maslia tabah menghadapi ujian ALlah ini.

Berita kedua yang aku dengar saudara Bob @ Abu Bakar Mat Hassan yang kemalangan tempohari ketika dalam perjalanan  ke Kuala Ganu turut dimasukkan ke wad ICU Hospital Besar Ipoh kerana paru-parunya telah dijangkiti kuman. Walaupun sebelum ini dinyatakan beliau hanya mengalami patah bahu dan rusuk sahaja dan telah dibawa pulang dari Hospital Gua Musang oleh Amal Rahmat dan sdr. Zainal tetapi keadaannya bertambah teruk sekembalinya ke Ipoh.

Buat kedua-duanya aku doakan agar umur mereka dipanjangkan dan kesihatan mereka kembali pulih seperti sediakala. Maafkan aku x dpt menjenguk kalian berdua disebabkan tugasan aku di sini.Moga ALlah meringankan penderitaan kalian. Buat penjenguk blog, mohon kasih anda mendoakan kesihatan mereka beransur pulih dan luangkanlah masa untuk menziarahi mereka andai ada kemampuan. Al-Fatihah

i

4 Responses to “AL-FatiHah…”

  1. cikli Says:

    salam..

    kesejahteraan utk semua pendokong Islam.

    semoga sahabatku syaila lekas sembuh. Allah selamatkan saudara dan keluarga. banyakkan sabar.

    memang sekarang orang Islam yang peduli cukup banyak berfikir dan risau. palestin, prk kt, hina Nabi…

  2. Haris Says:

    besarnya ujian Allah kepada mereka yg berjuang dijalannya.
    kadang2 tertanya apakah aku mampu utk mnghadapai ujian
    seperti sahabat2ku ini?


  3. Salam. Semoga Allah sembuhkan mereka dan diberikan kesabaran kepada ahli keluarga. Doa kami di sini untuk mereka. Jika mereka sedar, sampaikan salam saya kepada mereka.

  4. syaila Says:

    alhamdulillah. ana syaila dah keluar dari hospital. kepada semua sahabat-sahabat, ana sekeluarga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas segala bentuk bantuan dari doanya, solat hajatnya, sokongan moral, kewangannya, ziarahnya dan lain-lain lagi sepanjang ana terlantar di sana. terima kasih juga kepada pemuda-pemuda ipoh timur yang datang ziarah pada hari tersebut


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: