stuDent powEr… ke???

January 11, 2009

gamis

alkisahnya pada Jumaat yang lepas, dikala sibuknya ummah bersatu menuju ke Kedutaan US di Jalan Tun Razak, ada pula sekelumit kecil ummat yang memilih untuk memisahkan diri dari imam untuk menunjukkan keperkasaan saf mereka menuju ke Kedutaan Mesir. Mungkin menganggap imam mereka juga ada kelebihan, maka mungkin itu tujuan mereka memisahkan diri dari jemaah yang asal. Satu fenomena yang agak menarik bagi aku. Jemaah yang aku maksudkan ini ialah GAMIS. Sekian lama jemaah ini lebih suka duduk dibawah ketiak parti pembangkang, dan pernah dilabel tempat melahirkan kader-kader PAS yang baru, akhirnya mereka memilih untuk keluar dari bayangan parti itu. Dengan sendirinya membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kekuatan tersendiri dan tidak perlu lagi dibayangi oleh sesiapa.

Tahniah buat pemimpin baru mereka kerana berjaya melakukannya disaat kepimpinan yang dikatakan hebat seperti Zaharuddin Abdul Rahman(UZAR) tidak berjaya. Ini bukanlah dianggap satu kegagalan kepada UZAR tetapi satu kejayaan kepada pemimpin baru ini. Sejarah yang tercipta di hadapan Kedutaan Mesir kelmarin membuktikan tohmahan bahawa GAMIS adalah alat kepada parti PAS adalah tidak benar sama sekali. Mungkin benar kepimpinan terdahulu cukup tertarik dengan tokoh-tokoh yang berada didalam PAS barangkali. Sebab itulah hala tuju perjuangan mereka lebih condong kepada kumpulan itu. Lagipun memang semenjak dahulu lagi bukanlah semua ahli GAMIS ini akan memilih wadah perjuangan PAS selepas menghabiskan pembelajaran mereka dikampus-kampus ini. Ada yang memilih untuk menjadi non partisan, ada yang memilih untuk berehat dan ramai juga yang memilih untuk duduk selesa dibawah payungan UMNO yang cukup mereka tentang semasa berjuang didalam kampus dahulu. Ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana kebiasaannya tidak ramai mereka yang dapat menggunakan kewarasan sebagai neraca membuat keputusan kala itu. Kebanyakannya hanyalah menggunakan nafsu muda dan jiwa yang memberontak. Malah ada juga yang berjuang kerana muslimatnya. WALlahua’lam. Itu antara yang aku diberitahu.

Secara logiknya, jika benarlah mereka berjuang berlandaskan ilmu, apa keperluan mereka berdemo pada hari yang sama demo anti US diadakan oleh PAS? Adakah kerana ingin mendapatkan sebanyak mungkin publisiti? Tidak adakah hari lain untuk menyatakan bantahan kepada kerajaan Mesir itu? Yang mana satu lebih mendesak ketika itu? Menyatakan kebencian kepada US ataupun Mesir? Sekiranya 3 ribu orang itu dapat diarahkan berdemo bersama-sama di Kedutaan US hari itu barangkali ianya mungkin menjadi satu himpunan yang lebih hebat. Kalau nak berucap x da masalah. Minta sahaj pasti akan diberi. jangan risau. Disini mungkin jugak ada sifat ingin menonjolkan diri yang ada dalam diri pimpinan-pimpinan mereka. Aku harap ianya tak benarlah. Malang sekali sekiranya mereka ada menyimpan niat sebegitu. Barangkali jika benar perjuangan mereka berlandaskan ilmu, maka tidaklah pening dewan pemuda kawasan-kawasan memikirkan kehadiran mesyuarat agung kawasannya tatkala sampai datang arahan untuk berbuat demikian. Sikap tidak mahu menjadi ahli bawahan juga adalah antara penyebab penyertaan mereka dalam jemaah agak terhad.

Cuma yang aku nak tekankan disini adalah sekuat manakah semangat perjuangan mereka ini? Mungkin sekarang disaat UMNO agak parah ini mereka boleh melakukan apa sahaja, tetapi akan datang belum tentu.Cuba kita nilaikan situasi perjuangan mereka selepas tahun 99. Kalau x salah aku ghuyub semuanya. Oppss bukan semualah, tapi kebanyakannya. Nah secara tak langsung ianya membuktikan mereka sebenarnya tidak ada kekuatan sendiri. Hanya menumpang kekuatan jemaah lain, kemudian bila kekuatan dah terjelma balik memilih untuk berpisah. Adab jemaah apa ini? Tepuk dada tanya iman.

Kesimpulan yang aku dapat buat, tidak mustahil landai lepasan GAMIS ini nanti akan membuat keputusan untuk menubuhkan parti perjuangan yang baru hasil dari sokongan hebat yang mereka terima akhir-akhir ini. Ini mungkin dianggap pandangan prejudis aku sendiri. Mungkin ada yang bersetuju dan mungkin ramai juga yang membangkang. Tiada masalah untuk itu. Aku terbuka untuk berselisih pandangan sepertimana mereka juga yang terbuka untuk memilih kelainan tempat berdemo. WALlahua’lam.

Apa pula pendapat anda???

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: