taKziaH
January 14, 2009
…
Sheikh Mohd Nor Mansur Al Hafiz secara rasminya disahkan menjawat jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak yang baru berkuatkuasa 1 Januari 2009. Beliau yang berkelulusan Al-Azhar, Mesir menggantikan Dato’ Jamry Sury yang telah berpindah ke Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan. Sheikh Mohd Nor Mansur, 59 tahun merupakan Imam Besar Masjid Sultan Idris Shah Ke-2. Dengan perlantikannya kejawatan yang baru ini, secara otomatik beliau juga merupakan setiausaha Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak yang baru mengikut Seksyen 15 (1) Enakmen Bil 2 Tahun 1992 iaitu Ketua Jabatan Agama Islam Perak hendaklah menjadi Setiausaha MAIPk bagi mengetuai pentadbiran dan bertanggungjawab melaksanakan dasar dan keputusan majlis berkenaan.
Melihatkan ketokohan beliau semasa mengemudi Masjid Negeri, aku tanpa rasa sangsi melihat beliaulah calon yang terbaik untuk menduduki kerusi Ketua JAIPk itu. Aku mengalu-alukan perlantikan beliau dan mengharapkan apa jua perkara atau isu berkaitan kehormatan agama Islam akan dapat dipertahankan olehnya. Takziah dari Budak Ipoh Timor.
i
January 14, 2009 at 7:27 pm
takziah????
January 14, 2009 at 11:41 pm
ye lah…takziah la. bknnya tahniah. Dia dapat amanah yang orang lain x moo. ( yang x moo tu org yg faham beratnya tgjwb la)
January 16, 2009 at 10:38 am
ohh..begitu.. cam x ssuai aje..
January 16, 2009 at 10:59 am
mmg gitulah dalam agama bg membuktikan amanah itu satu beban dan tidak perlu dituntut2.
January 24, 2009 at 9:11 am
salam,
nampak mcm takziah tu ditujukan kepada Sheikh Mohd Nor je… hehehe. ada la tu… kita sama2 doa la supaya dia akan membantu kerajaan PR dan tak bawa apa2 masalah. kalau ada perasaan ego tu, buang la jauh2 ye lepas dapat jawatan baru…