UpdaTe PRK 036 KT

January 14, 2009

Tika ini, ceramah kelompok UPU Kg. Kolam baru sahaja berakhir. UPU Kg. Kolam merupakan salah satu antara 5 UPU yang diselia oleh PAS Perak. Selebihnya UPU Kg. Nibong, UPU Bukit Depu, UPU Gong Tok Nasek & UPU Kuala Ibai. Ceramah yang diadakan diperkarangan Markaz DUN Batu Buruk, berkebetulan jugak menempatkan pasaraya Maidin Kuala Ibai itu menampilkan penceramah Dr. Hasan Ali (tidak hadir dan digantikan dengan Ustz Taib Azamuddin), wakil PKR dan calon PRK 036 KT, Hj Mohd Abdul Wahid Endut.

Satu yang aku puji, persediaan ceramah kelompok kelolaan UPU Kg Kolam ini sungguh tersusun. Dengan sistem siar raya nya hinggalah kepada susunan peniaga. Seperti biasa, ceramah PAS pastinya dipenuhi dengan peniaga-peniaga kerana secara adatnya PAS memang merupakan lubuk rezeki kepada golongan ini. Begitulah bila ALlah nak memuliakan sesuatu kumpulan itu. Berbanding ceramah kelompok UMNO, tidak kelihatan langsung peniaga yang berniaga di sana.

Kehadiran audien seperti biasa penuh. AlhamduliLLah walaupun dalam hujan yang lebat, mereka tidak bergegas pulang kerumah sebaliknya mencari tempat berteduh sekitar kaki lima pasaraya Maidin untuk mendengar amanat pemimpin dan calon.

Satu pujian buat ketua petugas PAS Perak Kg. Kolam dan sahabat-sahabatnya di atas komitmen menjalankan amanah negeri. Mudah-mudahan dengan sifat komitmen mereka, dan juga seluruh petugas PAS Perak dan tempatan ini bakal memberi lonjakan undi kemenangan kepada PAS 17hb ini insyaALlah.

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: