UpdaTe PRK 036 KT

January 16, 2009

dscf3807

Mat Razali Kassim Letak Jawatan

Kuala Terengganu, 15 Jan – Bernama melaporkan hari ini bahawa Datuk Mat Razali Kassim menarik diri  dan melatakkan jawatan sebagai pegawai pengurus pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu. Suruhanjaya telah mengesahkan dan menerima penarikan diri beliau.

Berikutan dengan itu beliau digantikan dengan penolong beliau iaitu Wan Mustafa Wan Hassan yang juga merupakan setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Sebelum ini Datuk Razali Mat Kassim di dakwa oleh PAS telah berkempen untuk calon BN kepada pegawai dan kakitangan kerajaan negeri sementara beliau adalah sebagai pegawai pengurus pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.

Pihak PAS dan Pakatan Rakyat turut membuat laporan polis berhubung tindakan beliau mengugut kakitangan dan pegawai kerajaan supaya mengundi calon BN.

Setiausaha SPR Datuk Ngah Senik dalam satu kenyataan hari ini berkata SPR telah menerima surat penarikan diri Mat Razali sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya kecil Parlimen Kuala Terengganu hari ini.

*sumber berita –> di sini

dscf3811petugas yang berdedikasi

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: