kLuk kLek…

January 29, 2009

Seminggu bercuti. tiada kemudahan @ tiada kemahuan. Itu yang sebetulnya. Politik negara semakin menarik. Ntah apa nak jadi dalam 2-3 bulan terdekat ini. Mampukah kerajaan BN bertahan di bumi Malaysia ini? Satu demi satu keeogaan mereka diruntuhkan ALlah. Berkesan sungguh doa orang terzalim ni. Padankan muka atau selamatkan mereka? 2 persoalan yang perlu diperhalusi.

Sesungguhnya mereka juga perlukan bimbingan dari kita. Itupun andai kita mengaku masih lagi menjadikan parti kita sebagai parti dakwah. Ataupun kita korbankan sahaja konsep dakwah dan tumpukan pada siasah sahaja? X kena jugak. Dah melencong dari matlamat asal.

Arinih heboh kata Tajol Rosli nak letak jawatan. Nape lak perlu mengambil tindakan sedrastik itu? Pemimpin yang x bertanggung jawab @ lemah daya kepimpinan je yang akan mengambil sikap sebegitu. Tok Guru Presiden sendiri pernah dicadangkan meletak jawatan pada muktamar selepas kekalahan teruk PAS pada PRU ke 11 (2004) yang lepas sepertimana yang dilakukan oleh Pengerusi DAP, Lim Kit Siang ketika itu. Klu dalam semangat samurai ianya dipanggil ‘harakiri’. Seingat aku, usul yang dibangkitkan oleh Suhaizan Kaiat itu sungguh berani. Berani la dari UMNO tu yang x nah cabar presidennya buat apa2.

Cuma aku tertarik dengan jawapan Tok Guru yang amat simple. Jikalau kita kata kita berjuang menurut RasuluLLah saw, apa perlu kita mengikut orang lain? RasuluLLah saw sendiri pernah mengalami kekalahan dalam peperangan yang dipimpinnya tetapi tidak pernah meletakkan jawatan. Itulah keindahan parti yang berjuang menurut Al-Quran dan Sunnah RasuluLLah saw. Setiap permasalahan yang berlaku boleh dirujuk pada kedua-dua pegangan kita itu. Kalau UMNO, nak rujuk kitab mana? Berdengung la jawabnya.

Peliknya Tajol kata game baru bermula. Baru kena gol sebijik. Xkan kena gol minit-minit awal dah nak mengalah? Tunggula abis full time dulu. Mana tau kot-kot minit akhir dapat sumbat 2-3 gol. Kalau camtu nye berjuang, rendah sangatla moral pengurusnya. X leh kena bolos, terus mengalah. X ke kluk klek pendiriannya?

Kalau begitulah indikasi perjuangan UMNO ni, mudah sangat kita sekarang ni. Teruskan menyerang kubu-kubu mereka. Mereka berada dalam keadaan yang amat rendah moralnya sekarang ini. Jangan terlalu selesa dengan sebijik gol ditangan. Cari lagi bekalan gol yang selesa. InsyaALlah kalau kita x jemu menyerang, peluang menjaringkan gol tu pasti sentiasa terhidang. Apa yang diperlukan sekarang ini ialah kemampuan penyerang kita untuk menyudahkan peluang yang terhidang itu. Nah, formulanya sudah ada. Apa tindakan kita selepas ini???

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: