anuGErah…

January 31, 2009

Arinih agak kalut dengan persiapan program besar esok. Sementara menantikan mesin penyalin menjalankan tugasnya, lebih baik aku ambil peluang yang ada update blog ni. Bukannya sekejap nak menunggu. Bayangkan la dah hampir 10 rim kertas A4 abis digunakan. 1 rim = 500 helai x 10 = ??? Pastu ada lagi 7 rim yang masih belum digunakan. Pun nak dihabiskan selepas ini. Sapa dapat teka jawapan berapa banyak kertas yang akan digunakan esok bagitaula aku. Mungkin akan ada hadiah besau yang menanti penjawab yg tepat. Hik hik…

Arinih sah Tajol Rosli letak jawatan. Seakan mengamuk semalam, seolah-olah apa yang ditulis oleh pihak media yang rata-rata menyebelahi kehendak nafsu pemimpin UMNO sebelum ini semuanya tak boleh dipakai. Diherdiknya para wartawan yang bertanya tanpa segan silu. Nafsu amarah yang meluap-luap dipertontonkan kepada umum umpama gunung berapi yang hendak menghamburkan laharnya. Nampaknya emosi telah mengatasi kewarasannya bertindak ketika itu. Manakan tidak, anak buah sendiri yang mempertikaikan kewibawaannya memimpin, bukannya pihak Pakatan Rakyat. Pak Lah sendiri dah mengaku menerima surat perletakan jawatannya itu. Dalam ulasannya ketika itu, seakan-akan dilihat Pak Lah telah bersetuju dengan perletakan jawatan Tajol itu. Malu sesangat rasanya kalau Tajol tetiba nak u-turn.

Jadi secara rasminya, Najib melantik dirinya sendiri menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Perak dengan dibantu Zahid Hamidi (Haji) sebagai timbalannya. Ramai menganggap inilah peluang terbaik  Zahid bagi meyakini bosnya yang baru akan kebolehannya menjadi pembantu yang baik dan taat. Dengan itu, kemungkinan peluangnya untuk memenangi kerusi Naib Presiden UMNO pada pemilihan Mac ini makin menjadi kenyataan. Ditambah lagi dengan sokongan sepupu Najib, si Hishamsiah Aww, makin teramat cerahlah peluangnya nanti. Secerah deretan koleksi lampu motor mewahnya itu barangkali.

Persoalannya di sini, adakah kita hanya berpeluk tubuh melihat Tajol dipinggirkan dalam arus politik tanah air? Pernah dahulu orang PAS yang aku jumpa mengatakan antara banyak-banyak orang UMNO yang paling jahat, Tajol ni antara yang paling kurang jahatnya. Mungkin pihak pimpinan PAS Perak boleh mengaturkan satu pertemuan mahabbah dengannya, yang dapat membantunya menghadapi tekanan perasaan yang amat hebat sekarang ini. Sudah tertulis dalam sejarah politik tanahair, mana-mana pemimpin UMNO yang sudah kehilangan jawatan pastinya akan dipinggirkan. Malah lebih teruk lagi diperlekehkan sepertimana yang dialami Tun Mahathir sedikit masa dahulu. Sekiranya kita menunjukkan jiwa besar kita ketika berhadapan dengannya, mungkin sikapnya terhadap kita boleh berubah. Kalaupun tidak berubah parti, mungkin nadanya berubah menjadi sedikit lunak dalam sidang DUN nanti.

Seperti harapan Tok Guru Nik Aziz dalam mengulas kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini yang meminta kita jgn mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati pihak musuh kita. Aku harap MB Perak boleh bersikap matang dalam menangani hal ini. Dan aku yakin hati manusia boleh berubah, sepertimana berubahnya hati Umar r.a.

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: