paNaaasSsSS…

January 31, 2009

AlhamduliLLah program hari ini berlangsung dengan jayanya walaupun hujan turun dengan lebat pada sebelah pagi. Berkat hujan rahmat yang turun itu, seramai lebih 500 orang telah hadir ke Kediaman Rasmi MB Perak di Jalan Raja Di Hilir menyertai program tersebut. Ianya satu kehadiran yang luar biasa. Kemungkinan venue program diadakan telah berjaya menarik minat peserta untuk hadir disamping ingin mengetahui perkembangan terkini situasi politik negeri Perak yang agak panas dan bergelombang. Berbaloi juga aku dan sahabat-sahabat yang terpaksa mengurangkan masa tidur untuk memastikan persiapan kertas kerja  tiada masalah. Terima kasih ALlah.

Terkini diwar-warkan 2 ADUN PKR yang juga merupakan EXCO Kerajaan Negeri Perak bakal menjadi ahli bebas seterusnya menyertai parti UMNO Be End. Menurut kenyataan media PKR sebentar tadi, diberitakan kedua-dua orang EXCO terbabit tidak dapat dihubungi sejak 4 hari yang lepas dan dikhuatiri mereka telah dikurung oleh pihak yang ingin mengambil peluang terhadap dakwaan salah laku rasuah yang telah dikenakan terhadap mereka sebelum ini.

Dalam pada itu, MB Perak ketika dihubungi untuk mendapatkan pengesahan berita berkenaan menafikan perkara tersebut sambil memohon rakyat negeri Perak khususnya dan seluruh dunia amnya mengadakan solat hajat bagi menghindarkan kerajaan Pakatan Rakyat dari sebarang perkata yang tidak diingini. Pelik tapi benar. Inilah keunikan tersendiri politik negeri Perak. Mudah-mudahan ALlah membalas segala perancangan jahat pihak musuh terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

…….

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: