PERAK report…

February 5, 2009

terkini

RTM sudah menyiarkan berita mengkhabarkan Sultan tidak perkenan pembubaran DUN dan minta MB Hj. Nizar meletakkan jawatan. Ya ALlah, selamatkan negeri kami.

sumber dari press tadi mengatakan MB baru sahaja keluar dari istana selepas dipanggil oleh DYMM Tuanku Sultan Perak. Wajah ceria MB seolah-olah memberi petunjuk ada berita gembira hasil pertemuan tersebut. Jam 3 ptg ini MB dan Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media di Kediaman Rasmi MB Perak. Harap maklum

keputusan-pembaca

*sumber – mstar

penJiLat kaHak…

February 5, 2009

AlhamduliLLah akhirnya penawar ubat sakit pinggang si posmen dan kapitan pencen PKR ini telah ditemui. Rupa-rupanya penawar itu ada pada Najib. Baru aku tau bukan setakat berebut perempuan je Najib ni pandai buat, tapi jadi tok dukun pun boleh. Maka bertuah sungguhlah rakyat Malaysia yang bakal memiliki seorang PM yang serba boleh ini. Padanlah DoLah terpaksa melepaskan jawatannya. Ini semuanya berpunca apabila Najib berjaya menghalau Jin yang berdamping rapat dengan Dolah. Tok dukun hebatlah katakan. Barulah si posmen dan kapitan pencen itu boleh tersenyum. Manis jugak senyuman mereka berdua. Ditambah dengan senyuman tambahan oleh Nasaruddin ADUN Bota tu. Memang berbelit sungguh perangai beruk 3 ekor ni. Elok sangatla duduk dalam UMNO tu. Aku rasa kalau letak beruk 3 ekor ni dalam Zoo pun rimau x sior nak baham. Sebab busuk bebenor bau diorang ni. Uwwweekkkkk… Loya pulak tekak aku menulis pasai 3 ekor beruk ni.

Tapi harus di ingat, senyuman tu belum tentu boleh berkekalan. Katalah andai kata Sultan Perak memperkenankan ccadangan MB agar pilihanraya DUN Perak diadakan semula, bagaimana???

Adakah posmen pencen itu akan bertanding semula di Behrang sedangkan quota kerusi itu telah diperuntukkan kepada calon MIC. Mampukah kepimpinan UMNO Perak memujuk parti MIC melepaskan kerusi tersebut kepada posmen pencen ini? Xkan kita x tau perebutan kerusi Parlimen Tapah oleh UMNO setelah dipinjamkan kepada MIC. Sehingga sekarang masih belum berjaya diambil kembali. Begitu juga kerusi Bukit Gantang yang telah dipinjamkan kepada MCA pada pilihanraya 2004. Walaupun UMNO berjaya merampasnya kembali, tetapi terpaksa pula mengorbankan kerusi mereka di Gerik.

Bagaimana pula nasib Osman sikapitan pencen di Changkat Jering? Aku rasa sapa pun dah x nak kat dia. Serik dah, antara kata-kata marah yang dikeluarkan oleh pengundi sana. Jelapang juga mengalami keadaan yang serupa. Pengundi Cina disana sudah bersiap sedia untuk membelasah nyonya tua tu yang menyebabkan rekod bersih DAP dalam menangani isu lompat parti ini tercalar.

Begitu juga apa yang dialami oleh sikatak Bota itu nanti. Beliaulah yang telah menyebabkan berbelas cawangan UMNO terpaksa ditutup. Kemarahan pengundi di Bota akibat dipermainkan oleh ADUNnya bakal menyaksikan beliau akan tergolek ‘dog’ sepertimana yang dirasai oleh ALlahyarham Tan Sri Megat Junid dahulu.

Apa yang pasti, rakyat akan menilai segala perlakuan UMNO dalam menangani isu ini. Awalnya cukup hebat mengeji perbuatan rasuah kedua-dua ekor beruk itu, juga menyumpah seranah ADUN Bota kerana meninggalkan mereka dalam ketika mereka tengah lemah. Bukan satu kejutan UMNO menerima semula mereka walaupun tahu kesemua mereka penuh najis. Nak kisahkan apa kalau ketua mereka sendiri turut berselemuih najis yang lagi busuk. Sekurang-kurangnya bau najis mereka tidak terhidu sangat.

Satu harapan aku, dan aku yakin harapan seluruh rakyat Perak memohon pertimbangan yang adil dari Sultan Perak agar mengembalikan semula kuasa memilih kerajaan kepada rakyat Perak. Biar semua rakyat baginda berpuas hati dengan keputusan yang diperoleh nanti. Buat ketiga-tiga beruk jantan dan seekor babun betina tu, tunggulah hukuman dari rakyat. Kalaupun kamu menang, belum tentu kamu semua hidup senang.

Buat Najib dan Zahid, ape la rasa kahak beruk dan babun 4 ekor tu?

i