SmS’es

February 6, 2009

sebentar tadi terima sMs dari bro Zul…

“Salam. Td MB solat jumaat d msjid intim (msjid sultan azlan shah jln dairy). zahid hamidi dan beberapa pimpinan umno pun ada. habis solat sunat ba’diah jumaat majoriti rakyat salam dn kerumun MB nyatakan sokongan. tak dak org nk salam dgn zahid. alhamduliLLah rakyat bsama kita”

p/s- aku solat d msjd ubudiah, kuala kangsar. nnt aku update

i

amaNat pResiDen…

February 6, 2009

Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti yang sah berdaftar dan senantiasa mendukung prinsip rukunegara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Kami sepenuhnya percaya bahawa kedudukan kesemua prinsip-prinsip rukunegara ini haruslah dihormati oleh seluruh warga di dalam negara kita ini untuk memastikan keharmonian dan keadilan yang menyeluruh terus terpelihara.

Oleh yang demikian, PAS berpendapat bahawa suasana kekalutan yang sedang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan pada masa kini boleh dielakkan dari menjadi lebih buruk sekiranya prinsip asas yang merujuk kepada undang-undang negeri dan perlembagaan persekutuan dijadikan rujukan.

PAS berpandangan bahawa Menteri Besar (MB) Perak pada masa ini, iaitu Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, hanyalah boleh diturunkan dari kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ianya bersidang.

PAS yakin bahawa sekiranya permohonan MB untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri diterima, maka suasana yang tegang dan boleh menuju kepada satu krisis perlembagaan boleh dielakkan. Pembubaran Dun akan membuka ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka menerusi satu pilihan raya yang menyeluruh di negeri Perak.

Saya juga ingin meminta kepada seluruh rakyat di negeri Perak khususnya dan seluruh ahli dan penyokong kerajaan Pakatan Rakyat di seluruh negara secara amnya supaya bertenang dan tidak terjebak dalam perangkap provokasi yang mungkin ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu.

Tuan Guru Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang

Presiden PAS

i

Last bUt nOt LeaSt…

February 6, 2009

SAYA ingin sampaikan salam kepada semua kakitangan kerajaan negeri yang selama ini telah memberikan khidmat cemerlang sepanjang saya menerajui kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Saya ingin berpesan kepada kalian agar meneruskan kerja-kerja baik yang telah dilaksanakan sepanjang 11 bulan yang lalu. Insya-Allah, kita akan bertemu lagi dengan kejayaan yang lebih besar kerana saya yakin pertolongan daripada Allah makin hampir.

Saya bersyukur semasa hadir ke SUK hari ini dan selepas mendengar arahan Setiausaha kerajaan negeri Perak, Dato’ Dr Abdul Rahman Hashim, saya amat terkejut dengan sikap beliau itu.

Ia merupakan pertama kali beliau bersikap begitu sepanjang saya menjadi Menteri Besar dan saya yakin Dr Abdul Rahman akan menjadi penyebab kejatuhan kerajaan BN selepas ini.

Ir Mohd Nizar Jamaluddin
Menteri Besar Perak

i

LawaN tTp LawaN…

February 6, 2009


Malam semalam berlangsung rapat perdana rakyat negeri Perak. Program yang dirancang diadakan di Stadium Perak terpaksa diubah ke residensi MB berikutan campur tangan SUK negeri dan Ketua Polis Perak tidak meluluskan permit termasuk mengarahkan pihak MBI tidak meluluskan permohonan mengadakannya disana. Begitu busuk perut perangai seorang staf yang begitu biadap terhadap ketuanya. Sebelum itu juga barua UMNO ini juga telah dengan kurang ajarnya mengarahkan MB dan para EXCO mengeluarkan barang milik peribadi yang berada dalam bilik pejabat masing-masing sebelum pukul 5 petang sedangkan ketika itu kerajaan Perak masih diperintah oleh MB dan para EXCOnya. Memang kurang ajar. Perangai yang dididik dari Kemas kepada puak-puak UMNO ini. Sekarang terbukti kenapa Kemas ini perlu ditututp buat selama-lamanya bagi mengelakkan lebih banyak lagi lahirnya binatang-binatang kurang ajar ini.

AlhamduliLLah kehadiran malam td amat ramai. Ianya mengingatkan kembali kepada kita sejarah reformasi yang dicetuskan daripada pemecatan TPM Datuk Seri Anwar Ibrahim. Plotnya sama, cuma tarikh dan tempat kejadian yang berubah. Dalam ucapan bersemangat setiap pimpinan yang diberikan ucapan memberikan kata-kata yang penuh semangatdan menjanjikan sokongan padu terhadap MB Perak dan para Exconya. Ternyata rakyat begitu bersimpati dengan kejadian yang menimpa MB Perak ini.

Tragedi rampasan kuasa yang diketuai oleh NAJIS Razak dan dibantu secara tidak langsung oleh pembesar sultan di Perak ini, yang dikatakan bijak dan tidak berparti itu nampak gayanya tidak menunjukkan tanda-tanda kesudahan. Walaupun berbagai pendapat dan pandangan telah diberikan kepada tuanku sultan, namun seolah-olah ianya tidak memberikan sebarang kesan terhadap keputusan baginda. Kemungkinan baginda sultan juga telah diberikan gula-gula oleh NAJIS Razak, sepertimana siposmen, kapitan pencen dan si tempang cina itu. Menurut sumber yang aku dapat, berlakunya sokongan dari baginda sultan akibat termakan pujukan dari NAJIS Razak untuk menghadiahkan komisen peruntukan projek kerajaan pusat kepada kerajaan negeri Perak yang selama Pakatan Rakyat memerintah telah disekat masuk. WALlahua’lam

Melihatkan situasi semalam, jelas simpati rakyat tetap tinggi kepada Pakatan Rakyat. Mood inilah yang menakutkan Be End untuk mengadakan pilihanraya semula peringkat negeri kerana sudah tentunya mereka akan kalah lebih teruk lagi. InsyaALlah sekiranya kita meneruskan penjelajahan menerangkan isu ini kepada rakyat, barangkali tiada kerusi langsung yang akan dimenangi oleh AMENO Be End pada pilihanraya umum akan datang. Aku tertarik melihat kaitan sirah RasuluLLah saw ketika dirampas haknya untuk melaksanakan ibadah haji diawal hijrah dahulu, namun kemudiannya berjaya menakluk terus kota Makkah selepas itu. Begitulah harapan kita kepada ALlah swt agar memakbulkan doa-doa hambaNya yang dizalimi ini.

Buat MB Haji NIzar, aku respect dengan tindakan beliau dalam berhadapan dengan poembesar istana semalam sehingga berani mempersembahkan sembah derhaka semata-mata mempertahankan prinsip kerajaan yang dipimpinnya. Antara kata-katanya yang aku dapat dengar,

“sekiranya tuanku ingin melihat rakyat memuji dan mengenang tuanku dari sambutan jubli perak ini sehingga akhir hayat tuanku, tuanku hendaklah memperkenankan pembubaran DUN Perak ini seterusnya mengembalikan hak memilih kerajaan yang baru kepada rakyat”.

Apalagi yang perlu aku gambarkan terhadap pemimpin kerajaan negeri aku ini melainkan respect yang teramat tinggi. Inilah pemimpin sebenar rakyat. Bukannya hanya menikus didepan pembesar dan berlagak hebat didepan rakyat.

Kisah seterusnya akan di update dari semasa ke semasa. Sila bersabar

p/s-gambar terlalu lambat untuk di upload. harap maaf

i