SmS’es
February 6, 2009
…
sebentar tadi terima sMs dari bro Zul…
“Salam. Td MB solat jumaat d msjid intim (msjid sultan azlan shah jln dairy). zahid hamidi dan beberapa pimpinan umno pun ada. habis solat sunat ba’diah jumaat majoriti rakyat salam dn kerumun MB nyatakan sokongan. tak dak org nk salam dgn zahid. alhamduliLLah rakyat bsama kita”
p/s- aku solat d msjd ubudiah, kuala kangsar. nnt aku update
i
Advertisements
February 7, 2009 at 10:14 am
Lihatlah Hak BN Perak Yang Dinafikan PR
Berikut adalah sedikit fakta dari PRU12 untuk kerusi-kerusi DUN negeri Perak yang membentuk kerajaan Perak hari ini.
Seramai 848,229 pemilih atau 71% dari 1,196,160 orang pengundi berdaftar telah membuang undi pada hari tersebut. BN yang berkempen dengan satu gabungan sah dan satu manifestasi, telah memperoleh 404,106 atau 47.64% undi manakala parti-parti pembangkang ( Pakatan Rakyat belum wujud semasa hari pilihanraya ) memperoleh 52.36%.
Dari undi-undi kepada calon-calon BN, calon-calon UMNO memperoleh 243,981 undi atau 60.37% dari keseluruhan undi untuk BN dan 28.76% undi dari keseluruhan undi rakyat Perak.
Berbanding TIGA PEMBANGKANG DENGAN IDEOLOGI BERBEZA, calon-calon DAP memperoleh 188,484 undi atau 22.22%, PAS sebanyak 135,034 undi atau 15.92% manakala PKR memperoleh sebanyak 120,605 undi atau 14.22% undi.
Dengan memiliki seramai 560,690 pengundi Melayu berdaftar atau 46.87% dari keseluruhan senarai pemilih, dikirakan seramai 392,500 orang pengundi Melayu telah keluar mengundi. Juga dengan mengambilkira bahawa 70% pengundi Cina memilih untuk tidak mengundi BN, dikirakan bahawa bilangan pengundi Melayu yang memangkah calon UMNO adalah antara 58% hingga 62%.
JADI DIMANA UNDI MELAYU KEPADA PAS ? PAS HANYA MENUMPANG TEDUH TERHADAP DAP SAHAJA, KERANA PENGUNDI CINA MENYOKONG DAP, SAHLAH PAS TIDAK BERPENGARUH KEPADA ORANG MELAYU DI PERAK.
Dengan satu ideologi mewakili portion terbesar dari ketiga-tiga gabungan berbeza ideologi, bukankah BN yang berhak memerintah. Gabungan PR tidak diketahui para pengundi pada masa mereka memilih, kerana rakyat ditipu hidup-hidup. Siapa orang DAP yang mahukan PAS dan tiada orang PAS yang berkenan dengan DAP. Tetapi mereka terpaksa hipokrit antara satu sama lain.
Pudar harapan untuk mereka memperoleh undian seperti sebelum ini jika pilihanraya DUN diadakan. Bukankah pemerintahan telah kembali kepada kumpulan yang berhak?
Tambahan lagi Nizar menyebut, “saya dipilih rakyat” hingga lupa bahawa Sultan Azlan yang memilihnya. Undi untuknya di Pasir Panjang tidak sampai 5 angka. Exconya dipilih rakyat? Penipu. Bukan rakyat memilih exco. Ngeh dan Nga yang mencaturi.
Kecacatan Pakatan Rakyat Perak lah yang meruntuhkan penguasaan mereka 10 bulan di negeri itu akibat “PAS dikahwinkan dengan DAP tanpa DAP memeluk Islam”.
February 7, 2009 at 11:48 am
HAHAHHAAAA…BOOOOOO…Eh teringin aku nak tgk muka zahid terkulat2…kalau ada rakam,leh tengok kat youtube…alangkah hinnnaaaanyaaa engko zahid..esok kat Akhirat Allah hina lebih dahsyat lagi..
February 7, 2009 at 2:44 pm
Ceramah Perdana Penjelasan Isu MB Perak
Tarikh : 8 Februari 2009 ( Ahad )
Masa : 9.00 malam
Tempat : Markaz PAS Chenderong Balai, Perak.
Yang memberi ucapan :
Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Perak Dato’ Seri Nizar Jamaludin
Ceramah berhubung dengan kemelut politik di negeri Perak.
Semua harus hadir…