suBahat???

February 16, 2009

Semalam aku ke Bukit Gantang. Hajat hati nak join gotong royong bersihkan markaz tarbiyah air kuning untuk digunakan pada pilihanraya kecil PRK 059 Bukit Gantang nnt. Kul 8.30 pagi kuar rumah ngan At dengan semangat penuh berkobar-kobar. Zul call suh amik kat Bandar Ipoh Raya. Kete pun kosong. Set…

Elok nak masuk ke pusat bandar jek, jalan dh jem. Sesak dengan kete dan moto. Aku ingat eksiden ke. Rupenya jalan tutup. Suma transport x leh nak lalu jalan biasa untuk ke pusat bandar. Jenuh jugak pusin-pusin jalan kat situ nak celah jugak ke pusat bandar tu. Hampeh toi la sapa yang sebabkan jalan tutup ni. Kalau sbbkn sambutan Jubli Perak pemerintahan sultan aku tu, benda tu kat Kuala Kangsor malam kelmarin. Memang sesak bebeno sana. Ntah berapa pulak duit rakyat dihabiskan bakor mercun ngan bayor artis hiburkan para pembesar di istana tu. Dengor kata antara artis yang buat show mlm tu Rossa ngan Agnes Monica. Kira high rate gak tu.

Aku sempat tanya polis trafik yang bertugas kat situ apa halnya sampai jalan tutup. Nak tau apa dia jwb? ‘Adale hal sket’. Cheh jawapan yang x membina langsung. X puas hati aku dengan jawapan polis trafik tu. Patutla keje jaga jalan je. X naik-naik pangkat.

Malam tu, aku terjumpa la dengan Mat Tiang, Pegawai Khas MB Perak yang sah. Dia pun ada mention kat aku pasal jalan tutup tu. Dia kata ada orang buat demonstrasi kat padang ipoh. Demo sokong sultan la kot. Itu je isu yang ngah hangat dan bommm skang ni…

Lor betoi ke gitu? Klu betoi xkanla sampai tutup jalan. Bagi kemudahan kat pepuak yang buat demonstrasi tu berdemo dengan aman. Xkn dibiar je weh? Xda ke terdetik dalam hati tu nak tutuh para pendemonstran tu dengan asap beracun cam kat Kuale tempohari?

Isk isk iskkkkk… bila dipikir-pikirkan balik, kalau betuile ada demo kat padang ipoh smalam dengan jawapan polis trafik tu bagi kat aku, memang sah jawapan yang polis trafik tu bagi kat aku  jawapan gampang.

Korang rasa kasor sangatke bunyinye?

i

5 Responses to “suBahat???”

  1. peihong Says:

    tak de le kaso sangat
    biasa biasa je tu…

    lagi pun kata arwah datuk teman kalo dah memang gampang eluk le kita gampangkan aje….

    lain le orang baik baik kita gampangkan itu kaso dan kurang ajo namanya….

    salam perkenalan

  2. BudakBaik Says:

    Sabor yoep sabor…
    inile nama perjuangan… sunnah orang berjuang
    bukan je penuh onak dan duri…
    penuh ngan barisan polis FRU, mata2 gelap, barua2…
    Dr. Mariah ada pesan dalam motivasi PRK b.Gantang..
    dalam menangani PRK kecil nanti…
    Hati mesti bersih, mulakan dengan senyuman, kawal sikap marah dan dendam..
    Insyallah Moga Allah memberi kekuatan kepada petugas2 PRK Bukit Gantang nanti…
    Uniknye PAS adalah kerana ia merupakan Parti Siasah dan Tarbiyyah.. memperjuangkan AGAMA ALLAH
    Sama2lah kita memperbaiki, muhasabah dan tarbiyyah diri semoga menjadi mukmin yg terbaik dan inilah yang membezakan antara kita dan UMNO…

  3. dua alam Says:

    Orang yang benar2 dididik dengan Islam….tidak mengeluarkan ayat seumpama mike2 di atas. Mike cari la kat dalam pendidikan agama…al-quran….takde menyuruh memaki hamun orang sampe macam tu….kome kata le teman kolot…ke…apa ke….lantok le….yang pasti..sebagai seorang yang beragama Islam…..teman takde jumpe ajaran seumpama ini. Islam apa kome nih?????….merosakkan nama Islam ada la……Astaghfirullah…

    • shamsuleffendey Says:

      miker blajo x abih la tuhhh… melambak ayat maki ada dalam al-quran tuh. cuma klu nk guna kena tgk situasi la. kena ada ilmu

      ayat ‘astaghfiruLLah’ tuh cam teman kenai jek. gaya ala² Raja Ahmad dalam sidang DUN Perak je. sedara miker ke?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: