pEnyaMun pUnya CerIta…

February 20, 2009

Aku bukak blog. Aku tgk ada komen pengunjung. Rupanya Lobai yang berkunjung. Dia dah guna pelantar ‘blogspot’ rupanya. WordPress aritu dah lupa passwordnya. Keh keh keh. Tu la dia kalau x dicatat benda-benda penting ni. Harap-harap pasnih idakle lupa lagik. Kalau asyik bertukar je address blognye jenuh gak. Mati selera orang nak membukaknye.

Apapun tahniah dari aku ‘BUDAK IPOH TIMOR’ buat Lobai. Mudah-mudahan kehadiran anda memeriahkan lagi dunia siber malaysia ini.

Sebelum dtg opis td aku hampir kehabisan minyak. Setelah diteropong-teropong lubang tangki minyak aku tu, dah nak cecah ke lantai. Maklumla meter minyak rosak. Asyik terbaring jek x nak bangun-bangun. Nyaris Petronas ngan umah aku dekat je. Walaupun terpaksa mematah balik jalan, aku redha dari membayar duit ke stesen Shell, Mobil, BP @ Esso yang diberitahu menyalurkan dana keuntungan mereka kepada yahudi LaknatuLLah tu.

Tapi aku sket hangin ngan syarikat petroleum malaysia ni. Patutnya diorang parking la stesen minyak tu kat tengah-tengah pusat bandar. Baru strategik. Ni letak tang ceruk-ceruk. Ni aku bgtau hangpa kat mana stesen-stesen minyak Petronas ni yang wujud dalam bandar Ipoh :- 

  1. Jalan Kuala Kangsar – tempat ustaz kena bunuh tu
  2. Jalan Stadium @ Fair Park
  3. Jalan Gopeng menghala ke pusat bandar (selepas stesen bas medan gopeng)
  4. Jalan Gopeng menghala ke TOL PLUS
  5. Manjoi

Dalam pekan hapah idak. Mana la nak berkesan boikot minyak lain tu. Dah Petronas sendiri pun x mandang. Rakyat Malaysia ni bukannya boleh susah sket. Ugut makan ubi kayu pun dah x brani nak ubah undi. Cheit… Buat ilang selerea nak bfast je. Huhu…

Sampai opis berkenan lak baca isu Roslin Hashim, pemain badminton negara tu bercerai. Siannya. Baru 12 hari kahwin dah single balik. Tanda dunia akhir zaman dah tu. Bila bukak tajuk setempat dalam Mymetro ni, aku duk gelak x hengatnye. Manakan idak, bila baca Pak Lah nye kenyataan bangang. Patutla rakyat meluat kat miker nih Dolah oiiii… Adake disalahkan tuan speaker.  Owhhhh yang speaker hangpa gantung, halau Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dalam Dewan Rakyat tu x ngape pulak. Biarkanla tuan speaker tu menjalankan tugas. Jangan dikomen Dolah oiii. Kang bertambah darjat kebangangang hang tuh. Jenuh sampai mati orang duk kutuk.

Sat aku nak betuikan balik fakta hang tu. Yang gulingkan kerajaan Perak tu puak BN, bukannya Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat nak ambik balik je.

Tu la len kali jgn buat keje jahat. Skang dah hidup dalam ketakutan.

i

” Menurut Abdullah tindakan Sivakumar itu dilihat sebagai taktik parti pembangkang menggulingkan kerajaan BN Perak.

Beliau berkata, jika mereka tidak dibenarkan menghadiri persidangan DUN Perak, bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Barisan Nasional (BN) akan berkurangan berbanding Adun Pakatan Rakyat (PR) dan jika langkah itu berjaya kemenangan akan berpihak kepada mereka.

“Sudah tentu itu satu caranya (gulingkan BN). Kita tahulah apa dia punya pelan (rancangan) dan muslihat sebenar dalam perkara ini.

“Apabila dewan bersidang dan kalau Exco ini tak boleh hadir, bermakna Ahli Dewan Undangan Negeri daripada BN tinggal bilangan yang kecil iaitu 21 kerusi.

“Ini bererti, kalau ada undi mereka harap kemenangan akan berpihak kepada parti dalam Pakatan Rakyat.

“Tidak ada niat baik dalam tindakan mereka, cuma niatnya ialah nak gulingkan kerajaan BN yang diwujudkan,” katanya.

Abdullah berkata, kerajaan BN Perak diminta membuat laporan polis mengenai perkara itu kerana mereka mempunyai hak untuk menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), berkenaan.

“Saya sudah cakap dengan beliau (Dr Zambry) dan mengutarakan pandangan saya (membuat laporan polis) mengenai perkara itu dan beliau juga mempunyai pandangan sama.

“Itulah tindakan yang akan mereka lakukan,” katanya.

Biarpun berdepan masalah itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan BN Perak akan terus berfungsi sebagai sebuah kerajaan yang sah.

“Kerajaan negeri Perak akan terus berfungsi dan akan menjalankan pentadbiran sebagaimana dikehendaki rakyat dan sebagaimana yang boleh dilakukan sebuah kerajaan sah yang ada pada hari ini,” katanya.

Abdullah juga menolak pandangan pilihan raya perlu diadakan bagi menyelesaikan masalah di Perak.”

sumber berita –> myMetro

i

4 Responses to “pEnyaMun pUnya CerIta…”

  1. hamba ALLAH Says:

    peyamun harta rakyat..
    mentekedarah duit rakyat..
    el0k disula jer…

  2. Yuss Says:

    takleh kutuk paklah kome oiii. nanti derhaka. agong yang lantik tuh.

    speaker dun perak taktau la pulak sapa yg lantik kan. ke paklah buat2 taktau? hehehe… nanti derhaka paklah kalau suruh jugak zambry masuk dewan… sultan lantik speaker tuh. jgn memain… =P


  3. kt jelapang nun ader 2 lg petronas..
    kt tmn chandan desa, sg pulai pun ader 1..
    kat ngan station 18 pun ader lg 1 petronas..
    kat ngan menglembu pun ader 1 pertonas gak..
    kat ngan jln highway ipoh-lumut ader 2 petronas..

    kawasan ipoh gak..
    di dalam daerah kinta jugak..

    jadi??? aper masalahnyer nak susah cari petronas?
    knp? x larat nak tolak motor?

    • shamsuleffendey Says:

      lor, yang aku sebut tu suma yang paling hampir ke pusat bandar la weh oiiii… yg masuk jelapang, chandan desa n station 18 tu ngape lak? lagi berkilo jauhnya…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: