Pengorbanan…

March 31, 2009

Nampaknya setiap kali tibanya pilihanraya, pengorbananlah merupakan benda terpenting yang perlu ada pada kita. X kiralah berkorban apa benda sekalipun. Ada yang berkorban harta benda, ada yang berkorban perasaan, ada yang berkorban kasih sayang dan ada yang berkorban keluarga semata-mata memastikan kejayaan terhasil.

Arinih aku didatangi seorang Cina, yang mengorbankan wang ringgitnya demi membantu PAS dalam PRK 059 Bukit Gantang. En Leong dari Kuala Kangsar mendermakan jumlah yang agak besar pada aku semata-mata mahu melihat PAS menang di Bukit Gantang ini.

SubhanALLah, orang Cina pun sanggup berkorban. Kalau ahli PAS aku tau la memang dah bergolok bergadai. Komitmen setiap kawasan perlukan RM10K. Bayangkan dalam masa terdekat nak kumpulkan RM10K ni? X terbayang aku. Kawasan aku pun duk lama target nak kumpul banyak tu nak beli van terpakai untuk kegunaan jemaah, tapi sampai skang x dapat2 lagi. Tapi untuk PRK 059 ni, alhamduliLLah target mengumpul RM10K itu makin hampir tercapai. Ini semua tidak hadir tanpa pengorbanan ahli-ahli. Jelas terbukti 10 bulan Pakatan Rakyat memerintah tidak mengayakan ahli dan parti. Tetap sengkek cam dulu.

Buat ahli-ahli dan sahabat² yang telah membantu menjayakan sumbangan PRK059 ini, aku ucapkan tahniah dan syabas di atas komitmen kalian demi memastikan Islam terus subur dimuka bumi Malaysia ini. Yang berkorban perasaan pulak (merajuk @ marah), mudah-mudahan selepas PRK059 ini, ukhuwah kembali bertaut insyaALLah. Yang berkorban kasih sayang pula, moga abis je PRK 059 ini, ALlah eratkan lagi kasih sayang antum suma. Moga ALlah balas segala jasa baik antum suma dengan sebaik-baik balasan di akhirat nanti, insyaALlah.

ALlahu Akbar3x

i

Kenapa Imam Pilih Nizar?

March 31, 2009

Soalan : KENAPA IMAM PILIH NIZAR JADIK IMAM DAN BUKANNYA ZAMBRY???

i

Jawapannya : kalau Imam tu bagi kat Zambry jadik Imam, pasti Muhyiddin akan marah dan terasa hati. Dia kan lebih tinggi jawatannya dari Zambry yang hanya menjadi MB Rampasan Kuasa. Tapi bila Imam tu nak bagi Muhyiddin jadik Imam, dah tentu si Zambry tu mufaraqah (berpisah dari imam) lak coz dia dah tau Muhyiddin ni x brapa leh nk baca betoi. So nak jaga air muka kedua-dua pimpinan BN tu, maka sang imam bagila Nizar jadi imam.

Slesai masalah…

i

… Sekarang musim hujan di Bukit Gantang. Benda yang lumrah di sini. Ikutkan matapelajaran geografi yang aku blajaq dulu, memang kawasan Bukit Gantang & Taiping ini antara yang menerima taburan hujan paling kerap di Malaysia. Tu pasai Geografi aku dapat C6 masa SPM dulu. Nyaris x dapat C4. Kalau x habis hancuq berkecai tubuh aku cam Toonya si Najib tu.  Kebiasaannya, si katak ni sangatlah amat sukanya apabila hari nak ujan ni. Riuh rendah bunyi kumpulan katak ni tika hujan nak turun. Suka ria berdendang berbagai irama sehinggalah selesai hujan turun. Memang merdu irama mereka.  Oleh sebab itulah, ketua kepada sang katak akhirnya menunjukkan dirinya di bumi basa Bukit Gantang ini. Dalam kenyataannya semalam …

Ezam: Barisan baru Umno pasukan idaman Anwar dulu

TAIPING: Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Noor dalam kempen pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau mendedahkan barisan pemimpin Umno baru sebenarnya merupakan pasukan idaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada dalam Umno. Malah, Ezam dalam kempennya di Bukit Gantang kelmarin dan di Bukit Selambau malam tadi berkata, Anwar yang merupakan bekas Timbalan Presiden Umno pernah menganggap Presiden semasa, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai “antara orang paling cerdik.” “Saya pernah tanya Anwar masa beliau jadi Ketua Pemuda Umno, siapa yang paling beliau risau… beliau mengatakan nama Najib… dia kata Najib yang paling cerdik di kalangan barisan Pemuda. i
i
Wahhhh… dah dapat tempat berpaut baru nampak gayanya tuan katak??? Dahan lama dah jatuh ka? Tuan Katak ni cakap lagi …
i  
“Saya pernah tanya Anwar Ibrahim ketika dia menjadi Ketua Pemuda Umno dulu, Exco Pemuda Umno mana yang paling cerdik. “Anwar jawab Datuk Najib. Lepas Datuk Najib siapa? Dia jawab (Tan Sri) Muhyiddin dan sekarang ini tengok, Najib jadi Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden,” katanya ketika berceramah di Sungai Lalang, Bukit Selambau di sini. Selain itu katanya, Anwar turut menyenaraikan Ahmad Zahid dan Hishammuddin sebagai sebahagian daripada kumpulan wawasan yang ditubuhkannya. “Ini bermakna Anwar mengakui, mereka ini adalah pemimpin terbaik Umno yang ada pada masa itu dan kini kesemua mereka sudah menerajui Umno. Apa lagi Anwar nak kata?” katanya.
i
Kah kah kahhhh… Jek semacam nampak tuan katak? Rumah x cukup besaq lagi ka? Xpa xpa, kita layan ja katak ni bercakap. Lupa nak tanya tuan katak, mana kotak² yang hang duk janji dulu? Dah juai ka? Lalalaaaa
i
* sumber berita tuan katak di sini i
i

Kempen

March 31, 2009

Kempen PRK 059 sudah bermula. Walaupun ianya bermula lebih awal, namun secara rasminya hanya bermula selepas penamaan calon kelmarin. Suasana hangat kempen mulai dirasai walaupun suasana sejuk melanda kawasan Bukit Gantang ini. Itulah kelebihan pada setiap kali berlangsungnya PRK. Sebelum ini, kekecohan seringkali berlaku sewaktu kempen PRK Permatang Pauh dan pihak polis terpaksa membelanjakan RM16 juta ketika kempen PRK Kuala Terengganu. Sambutan kempen Pakatan Rakyat yang diwakili oleh calon dari parti PAS agak menonjol ketika ini sehinggakan menimbulkan ketakutan dari pihak lawan. Kerjasama yang baik dari pihak media juga agak menyukarkan pihak Be End mencari kelemahan Nizar walaupun isu penderhakaan terhadap institusi sultan dan mufti dijadikan senjata. Turut menjadi isu ialah apabila dikatakan Nizar tunduk kepada kehendak kaum cina DAP. Barangkali UMNO Be End sendiri lupa siapakah yang membenarkan Datuk Tan Lian Hoe bertanding di parlimen Bukit Gantang dan Gerik pada 2004 dan 2008 yang lepas sedangkan kedua-dua kawasan Parlimen itu bermajoritikan kaum Melayu.  

Nyata kali ini senjata memakan tuan. Serangan bertali arus media alternatif yang berpihak kepada Pakatan Rakyat nampaknya berjaya mengendurkan isu ini. Pihak calon Be End bertukar menjadi defensif. Terakhir sekali kes Nizar menjadi imam kepada Muhyiddin Yasin & co. Umum mengetahui isu imam ini telah popular dalam setiap pilihanraya umum ataupun kecil. Kita pasti tidak lupa bagaimana isu kes solat 2 imam dipolitikkan dan parti PAS lah yang selalu menjadi mangsa isu tersebut. PAS dikatakan tidak dapat menerima imam dari kalangan orang UMNO. Nah, kali ini ALlah telah membalikkan isu ini kepada pihak UMNO sendiri. Kalau dahulunya dikatakan orang PAS tidak dapat menerima orang UMNO menjadi imam, kali ini orang UMNO pula tidak dapat menerima Nizar, orang PAS menjadi imam solat.

Persoalannya kenapa perlu dibangkitkan isu ini? Adakah jentera kempen UMNO Be End telah ketandusan isu? Tunggu isu apa lagi selepas ini yang hendak dibangkitkan oleh pihak UMNO Be End. Yang jelas UMNO Be End memang dalam keadaan terdesak ketika ini sehinggakan terpaksa menggunakan slogan “MOHON RESTU RAKYAT” di billboard mereka untuk menambat undi pengundi di sini.

Berita berkenaan isu kes Nizar menjadi imam kepada Muhyiddin & co. boleh dilayari di sini dan di sini. Untuk berita terkini perkembangan PRK 059 sila dapatkan di sini

* Untuk perkembangan terkini berkenaan perjalanan kempen PRK 059 sila dapatkan di sini

i

Read the rest of this entry »

Gambar ari ini…

March 30, 2009

poster

New LAEDERSHIP …

March 29, 2009

AlhamduliLLah malam semalam, telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timor kali ke-7. Mesyuarat yang diadakan di Dewan Orang Ramai, Kg. Temiang itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan DPP Pusat, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Ini merupakan kali ke-2 pimpinan DPP Pusat turun merasmikan mesyuarat agung cawangan aku selepas pertama kalinya dirasmikan oleh Ketua DPP Pusat, Sdr. Salahuddin Ayub tahun lepas. Tahun ini juga merupakan tahun pemilihan kepimpinan baru pemuda kawasan bagi sesi 2009-2011.

Bagai yang telah dijangka, pemilihan kali ini agak panas dengan berlakunya pertandingan di semua peringkat. Konsep syura yang diamalkan sebelum ini, tidak diadakan lagi tahun ini bagi memberi peluang sepenuhnya kepada perwakilan untuk memilih sendiri kepimpinan yang mereka ingini. Hasilnya, 3 jawatan tertinggi pemuda menyaksikan pertandingan 3 penjuru atau lebih. Ketua Pemuda sendiri dicabar oleh 2 orang yang lain. Untuk memberi keselesaan perwakilan memilih without fear n favour, kesemua yang dicalonkan diarahkan keluar.

Sdr. Salman Saleh berjaya mengekalkan jawatan Ketua Pemuda sementara Ust Faisal telah dipilih menjawat jawatan baru sebagai Timbalan Ketua Pemuda. Beliau yang sebelum ini menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda, naik setingkat lagi anak tangga. Manakala itu, setiausaha bagi sesi lepas, Ahmad Shahril berjaya memenangi jawatan Naib Ketua Pemuda. Bagi jawatan ahli jawatankuasa pula kebanyakan muka lama berjaya mengekalkan jawatan masing-masing. Namun begitu terdapat juga beberapa muka baru yang turut terpilih menggantikan beberapa ajk pemuda yang sudah melepasi usia yang telah ditetapkan dalam perlembagaan PAS.

Buat Ust. Azmi, Hazman, Ust. Rahmat dan Muhammad K.Y.Tiang, terima kasih diatas komitmen yang telah anda berikan selama berkhidmat di dalam saf kepimpinan pemuda. Semoga segala tunjuk ajar kalian dapat kami praktikkan pada masa-masa akan datang. Buat saf kepimpinan yang baru, takziah di atas amanah yang telah anda terima. Moga amanah ini diberikan kemuliaan bukannya penghinaan dari ALlah SWT.

Akhir kata aku doakan semoga Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timor akan lebih cemerlang di bawah saf kepimpinan yang baru ini. Bersama kita menempuh segala ujian. Terima kasih semua.

Tahniah dari BUDAK IPOH TIMOR

i

Ulasan merapu…

March 27, 2009

selamat tinggal

selamat tinggal

Fasa baru parti keris cap ayam telah pun berlaku. Najis Razak akhirnya mendapat gandingan yang dicari-cari selama ini. Itulah yang ditempiknya sewaktu merasmikan perhimpunan wanita, puteri dan pemuda parti keris cap ayamnya tempohari. Sah Muhyiddin menjadi regunya, walaupun pada awalnya dia kurang berminat dengan mamat johor tu. Ini kerana kalau Mat Taib, jaguh melarikan segala harta benda dalam negara ini menjadi regunya, maka proses pereputan parti keris cap ayam ini semakin cepat tanpa perlu menunggu begitu lama. Tapi Muhyiddin kena ingat, 3 Naib Presiden adalah balaci Najib. So dun notty2. Ahaks.

Selepas ini tugas Najis hanyalah mencari titik perdamaian yang ada pada mereka yang terpilih di peringkat tertinggi, manakala calon yang kalah pula perlu digula-gulakan agar tidak menganggu perjalanan pentadbirannya. Mungkin dengan memberikan projek ataupun jawatan GLC seperti yang pernah dilakukan sebelum-sebelum ini boleh membuat pesaing yang kalah ini senyap.

Nampaknya plot peralihan kuasa ini menjadi lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini, walaupun ada usaha untuk menggagalkannya, tetapi ianya dapat dipatahkan dengan mudah berkat kerjasama yang intim dari pihak SPRM. Sekali lagi kredit harus diberikan kepada ketua pengarahnya, Ahmad Said. Mudah-mudahan apabila bersara nanti beliau akan dikalungkan dengan kilauan emas permata dan projek-projek mega, insyaALlah. Hanya tinggal penyerahan kuasa mentadbir negara sahaja lagi. Selebihnya xda masalah. Well done Najis.

Sudah pastinya selepas ini fokus dihalakan kepada persiapan pilihanraya kecil di 3 tempat (2 bukit 1 batang). Bagi aku, ini merupakan gelanggang pertama untuk menguji ketrampilan Najis walaupun sebelum ini beliau telah mencipta rekod apabila kecundang dikesemua pilihanraya kecil selepas PRU12. Namun kesemuanya itu telah dibereskan terlebih awal dengan kerjasama yang erat dari pasukan polis dan FRU. Sekurang-kurangnya fokus beliau mengharungi episod penuh mendebarkan dalam pemilihan ini tidak terganggu dek masalah dikesemua venue PRK. Syabas Musa Hasan. So perancangan nak tambah lagi 3 jawatan TKPN pasti diluluskan oleh bos baru. Dun wory bro…

Kita? Ya, kita pula bagaimana? Kalau sebelum nih duk komen sapa patut menang dan sapa patut kalah dalam pemilihan parti keris cap ayam tu (termasuklah aku), nah keputusan dah diketahui. Masih terbuai dengan kemenangan Khairy? Betuike dengan menangnya beruk hitam menantu kesayangan bekas sang presiden itu, kita akan mendapat laluan mudah dalam PRK ni? Betuike puak Mukhriz dan Ali Ketam akan sabotaj kempen PRK kali ini? Betuike dengan tewasnya Mek Pidah, wanita parti keris cap ayam tu dah lemah semangat? Betuike? Hangpa berangan la ni. Kalau aku yang berangan xdak masalah sangat la  coz tempat singgahsana aku dipenuhi ekon. Bangku pun menggebu, x rupa pangkin di UPU2 sana.

Aku dengaq ada orang dah heboh kita nak menang banyak mana? Aduhhhhh… kondipen sungguh. Menang banyak mana beb. Xdak citer nak kalah banyak mana pun. Suma cite kita menang. Asyik dengaq sembang ja kita menang. Kita mesti menang. Ayat ni la aku duk jenuh dengaq kat Pengkalan Pasir dulu. Last2 terduduk. Nak dipadankan muka, aku pun letih gak keje time tu. Tambah kat situ dulu xdak ekon, cam skang ni.

Member aku lagi sian. Duk berulang dari ipoh-bukit gantang nak bantu keje PRK ni. Siang memasing keje cari rezeki, malam sambung keje jemaah lak. Amanah sungguh. Aku lain arr, duk dlm ekon xdak keje. Duk main tenet je update blog. Letih kang tidoq. Haha, keje camtu suma org nak. Kalau mmber aku tau siap kena maki ni. Haha.

Calon kita lak camna? Garang cam masa kerajaan baru runtuh dulu lg ka? Amboiiii, awatnya garang sangat. Ni kempen syeikhhhh…bukan program penerangan. Terkejut gak aku tau pembantu Khas dia leh bagi ceramah dah di sini. Kat tempat Beghahim Ali lak tu. Cheh, ini macam leh ikut jejak bro Husam ni. Mana taukan.

Cuma aku harap kat calon kita yang dasat auranya nih, tlg jgn duk terbawak-bawak emosi rampasan kuasa tu sangat. Orang bosan nnt. Bawak isu lain la brader. Melambak lagi isu. Anggap je hilang kerajaan tu takdir. X perlu sgt ditangisi. Bukan kita xdak buat silap. Buat baru je la. Yang penting menangi hati pengundi Bukit Gantang ni. Berlemah lembut. Nabi pun time kena sekat buat umrah (haji?), dia x mengamuk. Nah dengan kelembutan sifat baginda SAW tu la akhirnya kerajaan Mekah bertukar kerajaan. Boleh buatnya la. Yang penting strategi kena betoi.

Cheh, hang duk labun dalam ekon leh la yop. Haha. Caiyyyokkk caiyyokkk…

i

2 Nasib Berbeza

March 25, 2009

Update

kery

kery

Tanpa disangka-sangka, Khairy Jem telah memenangi jawatan Ketua Pemuda parti keris cap ayam sebentar tadi apabila berjaya mengalahkan Mukhriz setelah kiraan semula undi. Kery yang sebelum ini telah disiasat oleh Lembaga Hitam parti keris cap ayam itu berjaya mendapat 304 undi. Sebelum ini, Mukhriz dikatakan mempunyai peluang yang amat cerah untuk memenangi jawatan itu berdasarkan senioriti dan ketrampilannya dalam membicarakan hal-hal umat melayu AMENo. Mukhriz juga mendapat pencalonan tertinggi bagi jawatan tersebut.

Aku x dapat nak bayangkan kekecewaan yang melanda diri Mukhriz sekarang ini. Kemungkinan nasibnya sama seperti bekas Ketua Pemuda, Hishamsiah Aww yang terpaksa dipujuk oleh ibunya kerana mengalami kesedihan yang melampau.

Yang jelas, perwakilan menolak wakil Mahathir untuk duduk dalam kabinet Najib. Well done Kery. Anda berjaya meneruskan legasi Pak Lah dalam politik parti keris cap ayam ni.

Cuma aku duk bayangkan apa tindakan Mukhriz selepas ini? Memberontak? Mengadu kepada SPRM? Ataupun keluar parti sama seperti yang dilakukan ayahandanya.

Ataupun kekalahannya ini bakal mengubah lanskap kempen PRK 059 Bukit Gantang nanti?

Yang pasti, kemenangan Kery ni bakal menguntungkan Pakatan Rakyat menghadapi 3 PRK nanti

alalalaa anak mak

alalalaa anak mak

juhi chawla ngan nenek gembo-gembo

juhi chawla ngan nenek gembo-gembo

Sehingga kesaat ini, 2 jawatan yang dipertandingkan dalam Perhimpunan Parti Keris cap ayam telah diketahui. Ketua Wanita telah dimenangi oleh Juhi Chawla manakala Ketua Puteri telah dimenangi oleh Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Sementara itu, jawatan Ketua Pemuda terpaksa menunggu lagi berikutan permintaan penyokong yang kalah supaya kiraan undi dilakukan semula. Perebutan jawatan membabitkan Mukhris dan Kery. Anak toyo tempe out… Kah kah kah. Aku nak gelak lagik… Mek pidah si gembo2 tu pun out sama. Kah kah kah… Kes petisen PRU 12 dah menang. Aduh, kempunan  merasa kemenangan berganda kau gembo-gembo.

Sambil gatai2 melayari tenet ni, terpandang wajah ayu seorang puteri parti keris cap ayam ni. Dulu ada kes. Hangat jugak aku rasa. Dalam edah pi nikah ngan jantan lain. Status cikgu KAFA lak tuh. Bila tengok gambaq dia terpampang dalam paper online ni, pahamla aku kenapa leh jadik camtu. Memang pepuak parti keris ni akai jenis cap ayam. Ngajaq KAFA pun x tau hukum. Cheh,  buang karan toi. Apa Zahid ngan Masitoh tu buat? Makan gaji haram je ke?

dhia1klik gambaq untuk berita

i

keris-umno Perhimpunan Agung Parti Keris Cap Ayam secara rasminya bersidang semalam. Persidangan yang diadakan di bangunan PWTC yang pernah mengibarkan bendera Yahudi Israel itu disertai ribuan perwakilan dari setiap pelosok negeri hatta pelajar luar negeri. Ini merupakan penggal terakhir buat sang presiden parti keris cap ayam tersebut untuk berkuasa memandangkan dia pernah mengigau dalam tidurnya sebelum ini berkata akan menyerahkan kuasa kepada Timbalannya, seorang yang dikaitkan dengan pembunuhan wanita jelita tidak lama dahulu. Inilah pertama kali dalam sejarah dunia yang aku pernah baca, seorang presiden menyerahkan kuasa kepada orang yang pernah dikaitkan dengan kes pembunuhan. Semundur-mundur negara Mongolia pun, belum pernah ada pemimpinnya berbuat demikian. Inilah yang bertepatan dengan slogan ‘Malaysia Boleh’.

2 Calon Timbalan Presiden Parti Keris Cap Ayam lak pernah dituduh dengan kegiatan menjual tanah kepada negara Singapura dan melarikan puteri raja ke Siam dan berkilo-kilo duit ke negara Australia. Manakala calon Ketua Pemudanya pula baru melepasi siasatan rasuah duit oleh badan lembaga hitam partinya. Calon Ketua Wanita juga tidak sunyi dari isu sensasi lagi panas apabila pernah dikaitkan dengan pemberian permit import kereta mewah (AP) sewaktu memegang jawatan di MITI dahulu manakala calon Ketua Puterinya pernah menawarkan tawaran berlakon kepada sesiapa yang memilihnya walaupun telah dinafikan.

Fenomena pesta memilih calon yang kotor dan buruk kelaku ini bukanlah sesuatu yang pelik terutamanya melibatkan parti keris cap ayam ini. RasuluLLah SAW sendiri dalam perjalanan mikrajnya di langit dahulu, telah dilihatkan bagaimana penghuni neraka yang berebut makanan yang kotor dan minuman dari nanah sedangkan sudah ada bahagian yang baik menanti mereka. Barangkali inilah yang boleh kita kiaskan kepada ahli-ahli parti keris cap ayam tersebut.

Aku tidak pernah terbayangkan semenjak kecil hingga sudah besar panjang seperti sekarang yang aku bakal dipimpin oleh para penjenayah. Lantas aku teringat hadis RasuluLLah SAW tentang tanda-tanda akhir zaman dimana kuasa itu di pegang oleh orang yang melakukan maksiat kepada ALlah. Doa aku moga ALlah melindungi aku dan kaum keluargaku dari puak-puak jahat ni.

sapa paling banyak buat jahat???

sapa paling banyak buat jahat???

rumah salah seorg calon Ketua Pemuda

rumah salah seorg calon Ketua Pemuda

i