periHaL unDenG²…

March 4, 2009

Undang-undang berkaitan pemeliharaan anjing di Bandaraya Ipoh terletak dibawah penguatkuasaan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Lesen yang dikeluarkan bagi memelihara seekor anjing dikenakan bayaran sebanyak RM10 seekor. Buat masa ini, pihak MBI  telah memberi kelonggaran kepada pemilik anjing dari bulan Jan. hingga ke bulan April  untuk mengambil lesen peliharaan tersebut.

Sekiranya sehingga tarikh berkenaan lesen peliharaan masih belum diambil, maka pihak penguatkuasa MBI boleh mengambil tindakan dengan menahan anjing tersebut sehingga pemunya anjing tersebut membayar denda sebanyak RM50 seekor.

Sekiranya seekor anjing yang tidak berlesen menyerang orang awam pula, pemiliknya bakal menerima tindakan dari segi undang-undang sekirang orang awam yang diserang itu membuat laporan polis manakala anjing yang menyerang itu akan ditembak mati oleh penguatkuasa MBI.

Jikalau pihak penguatkuasa MBI melakukan pemeriksaan di hadapan bangunan SUK dan di hadapan Kamisuka Kopitiam semalam, aku menganggarkan hampir 20 ekor anjing dapat ditangkap dan ditembak mati kerana berbahaya kepada orang awam.

Itulah sedikit pandangan berkaitan undang² pemeliharaan anjing yang aku dapat dari bahagian perlesenan MBI. Aku harap sedikit info yang aku berikan ini dapat membantu pembaca sekiranya berhadapan dengan situasi yang sama pada masa-masa akan datang. Jika terdapat sebarang kemusykilan, bolehlah terus menghubungi Puan Sofiah, kakitangan MBI yang berkaitan dengan perlesenan anjing ini ditalian 05-254 7604.

 Sekian terima kasih.

i

p/s-bagi memudahkan tugas penguatkuasa MBI memburu anjing² tidak berlesen tersebut, aku sertakan pautan gambar² anjing di hadapan SUK dan Kamisuka Kopitiam semalam di sini dan di sini 

i

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: