No Problem Maa …

March 12, 2009

Dah agak lama blog aku nih x terusik untuk di update. Bukan malas tapi no idea. Rasa dah makin hilang seri politik Malaysia ni angkara busuk hati puak² BN ni. Sket² Sultan. Sket² derhaka. Apalah malangnya duk kat Perak nih. Kalau aku tau, lama dh aku merantau ke Swansea menikmati suasana nyaman kesejukan salji disana. Ntahla, ada rezeki nanti aku migrate la kesana. Leh gak skeeping london. Bior melebor senyum Hishamsiah aww tu bila tau ada anak melayu cam aku yang tergila²kan bahasa penjajah tu.

Arinih SPRM dah tunjukkan diorang nih tidak berpihak kepada sesiapa. Habis dipunggahnya pejabat Azlan.. opsss Azalina tu. Kunun dah cukup bukti untuk mendakwa pegawai kementeriannya, atau kemungkinan Azalina sekali atas tuduhan menggelapkan duit kementerian. Baguslah gitu, cuma x da la plak statement keluar dari mulut Ahmad Said tu pasai ni. Kalau tang pembangkang, megah bebenor bercakap. Cam sial… Aku nak tengok anak emas Dolah tu sangkut ke x. Kalau sangkut sahih Najib x berkenan ngan Azalina tu.

barisan pelakon filem lucah Talentime

barisan pelakon filem lucah 'Talentime'

Semalam time lepak² kat warung nengok Pemanduku Jutawan, aku tertonton promo filem terbaru Yasmin Ahmad berjudul ‘Talentime’. Pengarah ni memang selalu menerbitkan filem² kontroversi. Cuma yang peliknya acapkali filem kontroversinya itu terlepas dari tapisan teh (?) FINAS, badan induk perfileman yang bertanggungjawab meluluskan tayangan sesuatu filem. Yang mutakhir, promo filem ‘Talentime’ ni menyaksikan si ayah (Harith Iskandar) yang x berbaju tanpa segan silu menari depan anak² daranya. Walaupun dari segi hukum, benda tu boleh tapi ni filem da. Bukannya ada pertalian keluarga kesemua pelakon tu. Sungguh lucah gaya tarian si ayah tu. Kalau x silap aku, bukan kali pertama Harith Botak tu buat perkara lucah camtu. Sebelum ini pun benda yang sama berlaku antara dia dan pelakon wanita Ida Nerina. Aku dah lupa tajuk filem tu. Tapi sampai nampak spender si botak tu la apabila kain yang dipakainya ditarik oleh sang isteri lakonan Ida Nerina tu. Siap nari peluk² lagi. Lucah teramat lucah. Ape kejadahnya ini suma? Cheh cam Wan Farid Edisi Siasat plak, kataku didalam hati.

Mungkin ni la sebabnya kes sumbang mahram semakin berleluasa . Tapi cam biasa, pasti diluluskan tayangannya. Ntahlah malaysia ni. Pasnih jgn terkejut, pengarah filem diberikan kebebasan menerbitkan filem atau drama walaupun ada aksi lucah @ bogel didalamnya. Skang pun dah melambak klip² lucah pendik lakonan pelakon² kurang ternama di malaysia ni. Asal nama seni je nanti, no problem maaa…

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: