UMNO Derhaka

March 16, 2009

Nik Nor Madihah

Nik Nor Madihah

Ketika Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah menitahkan rasa sangsinya tentang keadaan politik di Perak kerana meminggirkan nasib kaum Melayu, UMNO bertepuk tangan gembira kerana secara tidak langsung Raja Nazrin mengakui bahawa UMNO lah parti yang menjaga dan meninggikan martabat bangsa Melayu di muka bumi Malaysia ini. Tidak lain tidak bukan, hanya UMNO sahaja dilihat tempat orang Melayu wajib bernaung. Kegusarannya terhadap kerajaan Pakatan Rakyat yang meminggirkan nasib kaum Melayu terbukti tepat apabila diwar-warkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin bersetuju memberikan geran hak milik kekal kepada penghuni tanah Kampung-kampung Baru. Inilah antara perkara yang dikesalkan  oleh Raja Muda Perak ini. Seolah-olah selepas ini tanah di Perak hanya dipenuhi oleh kaum Cina atau India. Raja Muda mungkin berada di luar negara ketika kerajaan BN menghadiahkan tanah kepada pekebun Cina di Tapah sebelum pilihanraya umum ke-12 dahulu. Baginda juga mungkin terlepas berita ketika UMNO BN menghadiahkan tanah kepada MCA bagi mendirikan Universiti Tun Abdul Razak (UTAR) di Kampar bagi mendapatkan sebuah bangunan sendiri di sebelah Hotel Casuarina. Mungkin juga baginda tidak dilaporkan berkenaan penyerahan tanah yang berjumlah lebih 1 ribu ekar di Lekir kepada Cina kettika pemerintahan UMNO BN Perak sebelum ini.

Tetapi apabila kerajaan UMNO BN tidak mengiktiraf seorang pelajar genius, Nik Nor Madihah yang mendapat 20A dalam peperiksaan SPM sebagai pelajar cemerlang keseluruhan, dan menganugerahkannya kepada kaum bukan Melayu yang hanya mendapat kurang dari pelajar tersebut, aku nak bertanya dimanakah sensitiviti Raja Muda Perak ini terhadap Melayu. Jelas UMNO membelakangkan titah dan kehendak baginda apabila tidak mengiktiraf pelajar Melayu itu sebagai pelajar paling cemerlang dalam sejarah SPM di Malaysia. Mungkin mulut baginda terkunci kerana perkara itu dilakukan oleh UMNO, bukan Pakatan Rakyat??? Tidakkah UMNO juga dikira menderhaka???

i

Aritu Rais Yatim dah kuarkan statement kata pembangkang sudah mula menjalankan operasi menghapuskan imuniti raja-raja. Arini Hishamsiah Aww pun dah kuarkan statement di sini. Berlumba-lumba puaka ini mengeluarkan kenyataan.  Semuanya berpunca kerana pemilihan agung parti celaka tu sket masa lagi. Sebabkan nak menang jawatan Naib Presiden parti celaka diorang tu, kesemuanya berani mengeluarkan kenyataan celupar yang tidak langsung berasaskan fakta. Hanya andaian semata-mata. Kemudian cuci tangan. Tergelak besar apabila berjaya menaikkan sentimen perwakilan yang akhirnya akan memilih mereka sebagai pemimpin yang akan memperjuangkan masa hadapan orang melayu.

Sungguh celaka gaya permainan politik mereka ini. Kesemua mereka ini sedar dan berani untuk memainkan isu sensitif ini memerlukan kerjasama yang erat dari pihak keselamatan. Kenapa aku cakap demikian. Andainya pembangkang yang mengeluarkan kenyataan yang sedemikian sohih akan dipanggil mengadap dalam masa sekelip mata.

Ketua Polis Negara pun dah sibuk nak berpolitik sekarang ni di sini. Mungkin menyedari tempoh berkhidmat akan tamat x lama lagi. So jalan yang terbaik, ampu penguasa kerajaan sekarang agar selepas pencen nanti dapat duduk dalam mana-mana lembaga pengarah kompeni blue chip. Contoh paling senang Tun Hanif Omar.

Jangan terkejut kalau hari keputeraan Sultan Perak nanti, KPN ini akan dianugerahkan gelaran tertinggi oleh paduka sultan sebagai membalas jasa menahan orang yang menfitnahnya. Sedangkan bagi aku yang lebih baik dikenakan tindakan ialah admin laman web rasmi Sultan Perak itu sendiri kerana dialah yang bertanggungjawab melepaskan komen-komen yang tidak bertanggungjawab itu dan bukannya para pengomen.Kenapa sampai sekarang admin laman web Sultan Perak itu tidak dihadapkan di mana-mana mahkamah? Kenapa dalam kes Raja Petra dahulu, yang mengomen dalam tulisannya tidak ditahan tetapi dia yang ditahan? Double stendet nampakkkkk???

Busuknya politik Malaysia. Uwweeeekkkkk

i