UMNO Derhaka

March 16, 2009

Nik Nor Madihah

Nik Nor Madihah

Ketika Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah menitahkan rasa sangsinya tentang keadaan politik di Perak kerana meminggirkan nasib kaum Melayu, UMNO bertepuk tangan gembira kerana secara tidak langsung Raja Nazrin mengakui bahawa UMNO lah parti yang menjaga dan meninggikan martabat bangsa Melayu di muka bumi Malaysia ini. Tidak lain tidak bukan, hanya UMNO sahaja dilihat tempat orang Melayu wajib bernaung. Kegusarannya terhadap kerajaan Pakatan Rakyat yang meminggirkan nasib kaum Melayu terbukti tepat apabila diwar-warkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin bersetuju memberikan geran hak milik kekal kepada penghuni tanah Kampung-kampung Baru. Inilah antara perkara yang dikesalkan  oleh Raja Muda Perak ini. Seolah-olah selepas ini tanah di Perak hanya dipenuhi oleh kaum Cina atau India. Raja Muda mungkin berada di luar negara ketika kerajaan BN menghadiahkan tanah kepada pekebun Cina di Tapah sebelum pilihanraya umum ke-12 dahulu. Baginda juga mungkin terlepas berita ketika UMNO BN menghadiahkan tanah kepada MCA bagi mendirikan Universiti Tun Abdul Razak (UTAR) di Kampar bagi mendapatkan sebuah bangunan sendiri di sebelah Hotel Casuarina. Mungkin juga baginda tidak dilaporkan berkenaan penyerahan tanah yang berjumlah lebih 1 ribu ekar di Lekir kepada Cina kettika pemerintahan UMNO BN Perak sebelum ini.

Tetapi apabila kerajaan UMNO BN tidak mengiktiraf seorang pelajar genius, Nik Nor Madihah yang mendapat 20A dalam peperiksaan SPM sebagai pelajar cemerlang keseluruhan, dan menganugerahkannya kepada kaum bukan Melayu yang hanya mendapat kurang dari pelajar tersebut, aku nak bertanya dimanakah sensitiviti Raja Muda Perak ini terhadap Melayu. Jelas UMNO membelakangkan titah dan kehendak baginda apabila tidak mengiktiraf pelajar Melayu itu sebagai pelajar paling cemerlang dalam sejarah SPM di Malaysia. Mungkin mulut baginda terkunci kerana perkara itu dilakukan oleh UMNO, bukan Pakatan Rakyat??? Tidakkah UMNO juga dikira menderhaka???

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: