SAH!!!

March 17, 2009

ali ketam

ali ketam

Jawatankuasa Disiplin UmnO sebentar tadi secara rasminya telah mengesahkan bahawa calon Timbalan Presiden yang juga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Wira Ali Rustam telah digugurkan dari pencalonannya apabila didapati bersalah melakukan rasuah. Turut menerima amaran ialah calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin (mungkin sebab anak bapak) dan Khir Toyo. Rasuah wang ini memang sinonim dengan UMNO ditambah lagi semasa berlangsungnya pemilihan pucuk pimpinan yang abru. Dari cawangan sampai la ke pusat, kesemuanya memerlukan rasuah. Sebelum ini juga, Azalina Othman yang merupakan Menteri Pelancongan juga turut disiasat atas dakwaan yang serupa. Kemungkinan nasib bekas Ketua Puteri UMNO itu turut sama seperti yang dialami oleh Ali Rustam ini.

khairy

khairy

Lebih menarik, jawatankuasa disiplin tersebut tidak berani menghukum Khairy Jamaluddin kerana sandainya menantu Pak Lah itu turut didapati bersalah, maka secara otomatik proses peralihan kuasa antara Pak Lah dengan Najib pastinya terbatal. Inilah yang sangat ditakuti oleh Timb. Perdana Menteri 2, Puan Rosmah Mansor sekiranya perkara itu benar-benar berlaku.

Peluang Muhyiddin Yasin untuk memenangi kerusi Timbalan Presiden UMNO jugak pastinya tipis kerana dijangkakan penyokong Ali Rustam akan beralih menyokong Mat Taib. Ini kerana mereka melihat penggantungan Ali Rustam ada kena mengena dengan Muhyiddin Yasin. Inilah juga yang dikehendaki Najib agar pencabar jawatan Timbalan Presiden ini hanya menjadi 2 penjuru sahaja. Strategi membatalkan pencalonan Ali Rustam dilihat bakal menguatkan kem Mat Taib. Sekiranya team Mat Taib dan Ali Rustam bergabung, pastinya impian Muhyidin Yasin untuk bergelar Timbalan Perdana Menteri musnah sama sekali.

Satu perkara menarik bagi politik negara kita. Kita nantikan kesudahan krisis tersebut. Buat para penyokong Pakatan Rakyat yang dah duk asyik kata ‘KITA DAH MENANG’ tu bolehlah menarik nafas lega. X yah buat keja dah. Pack barang balik kawasan memasing. Tutup bilik gerakan memasing. Jgn risau, ‘KITA DAH MENANG’.

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: