Calon PAS

March 24, 2009

Calon PAS PRK 059

Calon PAS PRK 059

Teka-teki siapakah yang menjadi calon PAS bagi Pilihanraya Kecil P059, Bukit Gantang akhirnya terjawab sebentar tadi. MB Perak. YAB Datuk Seri Ir Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin telah dipilih menjadi calon PRK tersebut mengenepikan 2 calon favourite yang disebut-sebut sebelum ini iaitu Hj Muhammad Sabu dan Ustaz Idris Hj Ahmad. Pemilihan calon PRK 059 ini mengulangi episod penamaan calon pada PRK 036 Kuala Terengganu yang lepas apabila nama yang tidak disangka-sangka terpilih sebagai calon.

Pengumuman itu telah dilakukan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Padang Taman Kota Jaya, Taiping setelah venue asal di Jalan Simpang tidak dibenarkan oleh pihak keselamatan UMNO. Namun begitu sangkaan untuk melihat majlis berjalan dengan lancar turut tidak kesampaian apabila majlis diganggu oleh pasukan FRU UMNO sehinggakan majlis terpaksa ditamatkan lebih awal dari yang telah dijadualkan. Pada sebelah petangnya, telah berlangsung mesyuarat AJK PAS Pusat yang diadakan di Markaz Tarbiyah PAS Perak, Air Kuning, Taiping untuk menentukan calon mewakili PAS pada PRK 059 ini.

Selepas ini sudah tentunya semua mata akan tertumpu kepada perjalanan kempen kedua-dua belah pihak. Satu yang pasti, UMNO akan memutarkan isu penderhakaan ke atas Sultan dan menjadi pemimpin boneka DAP.

Adakah PAS sudah bersedia untuk menangkis isu yang agak kontroversi ini?

Adakah orang Melayu Bukit Gantang juga sudah membulatkan hati bagi memilih calon yang berupaya mewakili mereka di Parlimen Bukit Gantang ini?

Nantikan jawapannya pada 7 April 2009 ini.

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: