2 Nasib Berbeza

March 25, 2009

Update

kery

kery

Tanpa disangka-sangka, Khairy Jem telah memenangi jawatan Ketua Pemuda parti keris cap ayam sebentar tadi apabila berjaya mengalahkan Mukhriz setelah kiraan semula undi. Kery yang sebelum ini telah disiasat oleh Lembaga Hitam parti keris cap ayam itu berjaya mendapat 304 undi. Sebelum ini, Mukhriz dikatakan mempunyai peluang yang amat cerah untuk memenangi jawatan itu berdasarkan senioriti dan ketrampilannya dalam membicarakan hal-hal umat melayu AMENo. Mukhriz juga mendapat pencalonan tertinggi bagi jawatan tersebut.

Aku x dapat nak bayangkan kekecewaan yang melanda diri Mukhriz sekarang ini. Kemungkinan nasibnya sama seperti bekas Ketua Pemuda, Hishamsiah Aww yang terpaksa dipujuk oleh ibunya kerana mengalami kesedihan yang melampau.

Yang jelas, perwakilan menolak wakil Mahathir untuk duduk dalam kabinet Najib. Well done Kery. Anda berjaya meneruskan legasi Pak Lah dalam politik parti keris cap ayam ni.

Cuma aku duk bayangkan apa tindakan Mukhriz selepas ini? Memberontak? Mengadu kepada SPRM? Ataupun keluar parti sama seperti yang dilakukan ayahandanya.

Ataupun kekalahannya ini bakal mengubah lanskap kempen PRK 059 Bukit Gantang nanti?

Yang pasti, kemenangan Kery ni bakal menguntungkan Pakatan Rakyat menghadapi 3 PRK nanti

alalalaa anak mak

alalalaa anak mak

juhi chawla ngan nenek gembo-gembo

juhi chawla ngan nenek gembo-gembo

Sehingga kesaat ini, 2 jawatan yang dipertandingkan dalam Perhimpunan Parti Keris cap ayam telah diketahui. Ketua Wanita telah dimenangi oleh Juhi Chawla manakala Ketua Puteri telah dimenangi oleh Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Sementara itu, jawatan Ketua Pemuda terpaksa menunggu lagi berikutan permintaan penyokong yang kalah supaya kiraan undi dilakukan semula. Perebutan jawatan membabitkan Mukhris dan Kery. Anak toyo tempe out… Kah kah kah. Aku nak gelak lagik… Mek pidah si gembo2 tu pun out sama. Kah kah kah… Kes petisen PRU 12 dah menang. Aduh, kempunan¬† merasa kemenangan berganda kau gembo-gembo.

Sambil gatai2 melayari tenet ni, terpandang wajah ayu seorang puteri parti keris cap ayam ni. Dulu ada kes. Hangat jugak aku rasa. Dalam edah pi nikah ngan jantan lain. Status cikgu KAFA lak tuh. Bila tengok gambaq dia terpampang dalam paper online ni, pahamla aku kenapa leh jadik camtu. Memang pepuak parti keris ni akai jenis cap ayam. Ngajaq KAFA pun x tau hukum. Cheh,  buang karan toi. Apa Zahid ngan Masitoh tu buat? Makan gaji haram je ke?

dhia1klik gambaq untuk berita

i

keris-umno Perhimpunan Agung Parti Keris Cap Ayam secara rasminya bersidang semalam. Persidangan yang diadakan di bangunan PWTC yang pernah mengibarkan bendera Yahudi Israel itu disertai ribuan perwakilan dari setiap pelosok negeri hatta pelajar luar negeri. Ini merupakan penggal terakhir buat sang presiden parti keris cap ayam tersebut untuk berkuasa memandangkan dia pernah mengigau dalam tidurnya sebelum ini berkata akan menyerahkan kuasa kepada Timbalannya, seorang yang dikaitkan dengan pembunuhan wanita jelita tidak lama dahulu. Inilah pertama kali dalam sejarah dunia yang aku pernah baca, seorang presiden menyerahkan kuasa kepada orang yang pernah dikaitkan dengan kes pembunuhan. Semundur-mundur negara Mongolia pun, belum pernah ada pemimpinnya berbuat demikian. Inilah yang bertepatan dengan slogan ‘Malaysia Boleh’.

2 Calon Timbalan Presiden Parti Keris Cap Ayam lak pernah dituduh dengan kegiatan menjual tanah kepada negara Singapura dan melarikan puteri raja ke Siam dan berkilo-kilo duit ke negara Australia. Manakala calon Ketua Pemudanya pula baru melepasi siasatan rasuah duit oleh badan lembaga hitam partinya. Calon Ketua Wanita juga tidak sunyi dari isu sensasi lagi panas apabila pernah dikaitkan dengan pemberian permit import kereta mewah (AP) sewaktu memegang jawatan di MITI dahulu manakala calon Ketua Puterinya pernah menawarkan tawaran berlakon kepada sesiapa yang memilihnya walaupun telah dinafikan.

Fenomena pesta memilih calon yang kotor dan buruk kelaku ini bukanlah sesuatu yang pelik terutamanya melibatkan parti keris cap ayam ini. RasuluLLah SAW sendiri dalam perjalanan mikrajnya di langit dahulu, telah dilihatkan bagaimana penghuni neraka yang berebut makanan yang kotor dan minuman dari nanah sedangkan sudah ada bahagian yang baik menanti mereka. Barangkali inilah yang boleh kita kiaskan kepada ahli-ahli parti keris cap ayam tersebut.

Aku tidak pernah terbayangkan semenjak kecil hingga sudah besar panjang seperti sekarang yang aku bakal dipimpin oleh para penjenayah. Lantas aku teringat hadis RasuluLLah SAW tentang tanda-tanda akhir zaman dimana kuasa itu di pegang oleh orang yang melakukan maksiat kepada ALlah. Doa aku moga ALlah melindungi aku dan kaum keluargaku dari puak-puak jahat ni.

sapa paling banyak buat jahat???

sapa paling banyak buat jahat???

rumah salah seorg calon Ketua Pemuda

rumah salah seorg calon Ketua Pemuda

i