2 Nasib Berbeza
March 25, 2009
…
Update

kery
Tanpa disangka-sangka, Khairy Jem telah memenangi jawatan Ketua Pemuda parti keris cap ayam sebentar tadi apabila berjaya mengalahkan Mukhriz setelah kiraan semula undi. Kery yang sebelum ini telah disiasat oleh Lembaga Hitam parti keris cap ayam itu berjaya mendapat 304 undi. Sebelum ini, Mukhriz dikatakan mempunyai peluang yang amat cerah untuk memenangi jawatan itu berdasarkan senioriti dan ketrampilannya dalam membicarakan hal-hal umat melayu AMENo. Mukhriz juga mendapat pencalonan tertinggi bagi jawatan tersebut.
Aku x dapat nak bayangkan kekecewaan yang melanda diri Mukhriz sekarang ini. Kemungkinan nasibnya sama seperti bekas Ketua Pemuda, Hishamsiah Aww yang terpaksa dipujuk oleh ibunya kerana mengalami kesedihan yang melampau.
Yang jelas, perwakilan menolak wakil Mahathir untuk duduk dalam kabinet Najib. Well done Kery. Anda berjaya meneruskan legasi Pak Lah dalam politik parti keris cap ayam ni.
Cuma aku duk bayangkan apa tindakan Mukhriz selepas ini? Memberontak? Mengadu kepada SPRM? Ataupun keluar parti sama seperti yang dilakukan ayahandanya.
Ataupun kekalahannya ini bakal mengubah lanskap kempen PRK 059 Bukit Gantang nanti?
Yang pasti, kemenangan Kery ni bakal menguntungkan Pakatan Rakyat menghadapi 3 PRK nanti

alalalaa anak mak
…

juhi chawla ngan nenek gembo-gembo
Sehingga kesaat ini, 2 jawatan yang dipertandingkan dalam Perhimpunan Parti Keris cap ayam telah diketahui. Ketua Wanita telah dimenangi oleh Juhi Chawla manakala Ketua Puteri telah dimenangi oleh Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Sementara itu, jawatan Ketua Pemuda terpaksa menunggu lagi berikutan permintaan penyokong yang kalah supaya kiraan undi dilakukan semula. Perebutan jawatan membabitkan Mukhris dan Kery. Anak toyo tempe out… Kah kah kah. Aku nak gelak lagik… Mek pidah si gembo2 tu pun out sama. Kah kah kah… Kes petisen PRU 12 dah menang. Aduh, kempunan merasa kemenangan berganda kau gembo-gembo.
Sambil gatai2 melayari tenet ni, terpandang wajah ayu seorang puteri parti keris cap ayam ni. Dulu ada kes. Hangat jugak aku rasa. Dalam edah pi nikah ngan jantan lain. Status cikgu KAFA lak tuh. Bila tengok gambaq dia terpampang dalam paper online ni, pahamla aku kenapa leh jadik camtu. Memang pepuak parti keris ni akai jenis cap ayam. Ngajaq KAFA pun x tau hukum. Cheh, buang karan toi. Apa Zahid ngan Masitoh tu buat? Makan gaji haram je ke?
i
March 27, 2009 at 1:48 am
ha ha patut ler hukum fiqh pun dia langgar semacam ropenye gang ya ayuhlal lazi Umano