Perhimpunan Parti Keris Cap Ayam

March 25, 2009

keris-umno Perhimpunan Agung Parti Keris Cap Ayam secara rasminya bersidang semalam. Persidangan yang diadakan di bangunan PWTC yang pernah mengibarkan bendera Yahudi Israel itu disertai ribuan perwakilan dari setiap pelosok negeri hatta pelajar luar negeri. Ini merupakan penggal terakhir buat sang presiden parti keris cap ayam tersebut untuk berkuasa memandangkan dia pernah mengigau dalam tidurnya sebelum ini berkata akan menyerahkan kuasa kepada Timbalannya, seorang yang dikaitkan dengan pembunuhan wanita jelita tidak lama dahulu. Inilah pertama kali dalam sejarah dunia yang aku pernah baca, seorang presiden menyerahkan kuasa kepada orang yang pernah dikaitkan dengan kes pembunuhan. Semundur-mundur negara Mongolia pun, belum pernah ada pemimpinnya berbuat demikian. Inilah yang bertepatan dengan slogan ‘Malaysia Boleh’.

2 Calon Timbalan Presiden Parti Keris Cap Ayam lak pernah dituduh dengan kegiatan menjual tanah kepada negara Singapura dan melarikan puteri raja ke Siam dan berkilo-kilo duit ke negara Australia. Manakala calon Ketua Pemudanya pula baru melepasi siasatan rasuah duit oleh badan lembaga hitam partinya. Calon Ketua Wanita juga tidak sunyi dari isu sensasi lagi panas apabila pernah dikaitkan dengan pemberian permit import kereta mewah (AP) sewaktu memegang jawatan di MITI dahulu manakala calon Ketua Puterinya pernah menawarkan tawaran berlakon kepada sesiapa yang memilihnya walaupun telah dinafikan.

Fenomena pesta memilih calon yang kotor dan buruk kelaku ini bukanlah sesuatu yang pelik terutamanya melibatkan parti keris cap ayam ini. RasuluLLah SAW sendiri dalam perjalanan mikrajnya di langit dahulu, telah dilihatkan bagaimana penghuni neraka yang berebut makanan yang kotor dan minuman dari nanah sedangkan sudah ada bahagian yang baik menanti mereka. Barangkali inilah yang boleh kita kiaskan kepada ahli-ahli parti keris cap ayam tersebut.

Aku tidak pernah terbayangkan semenjak kecil hingga sudah besar panjang seperti sekarang yang aku bakal dipimpin oleh para penjenayah. Lantas aku teringat hadis RasuluLLah SAW tentang tanda-tanda akhir zaman dimana kuasa itu di pegang oleh orang yang melakukan maksiat kepada ALlah. Doa aku moga ALlah melindungi aku dan kaum keluargaku dari puak-puak jahat ni.

sapa paling banyak buat jahat???

sapa paling banyak buat jahat???

rumah salah seorg calon Ketua Pemuda

rumah salah seorg calon Ketua Pemuda

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: