New LAEDERSHIP …
March 29, 2009
…
AlhamduliLLah malam semalam, telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timor kali ke-7. Mesyuarat yang diadakan di Dewan Orang Ramai, Kg. Temiang itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan DPP Pusat, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Ini merupakan kali ke-2 pimpinan DPP Pusat turun merasmikan mesyuarat agung cawangan aku selepas pertama kalinya dirasmikan oleh Ketua DPP Pusat, Sdr. Salahuddin Ayub tahun lepas. Tahun ini juga merupakan tahun pemilihan kepimpinan baru pemuda kawasan bagi sesi 2009-2011.
Bagai yang telah dijangka, pemilihan kali ini agak panas dengan berlakunya pertandingan di semua peringkat. Konsep syura yang diamalkan sebelum ini, tidak diadakan lagi tahun ini bagi memberi peluang sepenuhnya kepada perwakilan untuk memilih sendiri kepimpinan yang mereka ingini. Hasilnya, 3 jawatan tertinggi pemuda menyaksikan pertandingan 3 penjuru atau lebih. Ketua Pemuda sendiri dicabar oleh 2 orang yang lain. Untuk memberi keselesaan perwakilan memilih without fear n favour, kesemua yang dicalonkan diarahkan keluar.
Sdr. Salman Saleh berjaya mengekalkan jawatan Ketua Pemuda sementara Ust Faisal telah dipilih menjawat jawatan baru sebagai Timbalan Ketua Pemuda. Beliau yang sebelum ini menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda, naik setingkat lagi anak tangga. Manakala itu, setiausaha bagi sesi lepas, Ahmad Shahril berjaya memenangi jawatan Naib Ketua Pemuda. Bagi jawatan ahli jawatankuasa pula kebanyakan muka lama berjaya mengekalkan jawatan masing-masing. Namun begitu terdapat juga beberapa muka baru yang turut terpilih menggantikan beberapa ajk pemuda yang sudah melepasi usia yang telah ditetapkan dalam perlembagaan PAS.
Buat Ust. Azmi, Hazman, Ust. Rahmat dan Muhammad K.Y.Tiang, terima kasih diatas komitmen yang telah anda berikan selama berkhidmat di dalam saf kepimpinan pemuda. Semoga segala tunjuk ajar kalian dapat kami praktikkan pada masa-masa akan datang. Buat saf kepimpinan yang baru, takziah di atas amanah yang telah anda terima. Moga amanah ini diberikan kemuliaan bukannya penghinaan dari ALlah SWT.
Akhir kata aku doakan semoga Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timor akan lebih cemerlang di bawah saf kepimpinan yang baru ini. Bersama kita menempuh segala ujian. Terima kasih semua.
Tahniah dari BUDAK IPOH TIMOR
i