Pengorbanan…
March 31, 2009
…
Nampaknya setiap kali tibanya pilihanraya, pengorbananlah merupakan benda terpenting yang perlu ada pada kita. X kiralah berkorban apa benda sekalipun. Ada yang berkorban harta benda, ada yang berkorban perasaan, ada yang berkorban kasih sayang dan ada yang berkorban keluarga semata-mata memastikan kejayaan terhasil.
Arinih aku didatangi seorang Cina, yang mengorbankan wang ringgitnya demi membantu PAS dalam PRK 059 Bukit Gantang. En Leong dari Kuala Kangsar mendermakan jumlah yang agak besar pada aku semata-mata mahu melihat PAS menang di Bukit Gantang ini.
SubhanALLah, orang Cina pun sanggup berkorban. Kalau ahli PAS aku tau la memang dah bergolok bergadai. Komitmen setiap kawasan perlukan RM10K. Bayangkan dalam masa terdekat nak kumpulkan RM10K ni? X terbayang aku. Kawasan aku pun duk lama target nak kumpul banyak tu nak beli van terpakai untuk kegunaan jemaah, tapi sampai skang x dapat2 lagi. Tapi untuk PRK 059 ni, alhamduliLLah target mengumpul RM10K itu makin hampir tercapai. Ini semua tidak hadir tanpa pengorbanan ahli-ahli. Jelas terbukti 10 bulan Pakatan Rakyat memerintah tidak mengayakan ahli dan parti. Tetap sengkek cam dulu.
Buat ahli-ahli dan sahabat² yang telah membantu menjayakan sumbangan PRK059 ini, aku ucapkan tahniah dan syabas di atas komitmen kalian demi memastikan Islam terus subur dimuka bumi Malaysia ini. Yang berkorban perasaan pulak (merajuk @ marah), mudah-mudahan selepas PRK059 ini, ukhuwah kembali bertaut insyaALLah. Yang berkorban kasih sayang pula, moga abis je PRK 059 ini, ALlah eratkan lagi kasih sayang antum suma. Moga ALlah balas segala jasa baik antum suma dengan sebaik-baik balasan di akhirat nanti, insyaALlah.
ALlahu Akbar3x
i
Kenapa Imam Pilih Nizar?
March 31, 2009
…
Soalan : KENAPA IMAM PILIH NIZAR JADIK IMAM DAN BUKANNYA ZAMBRY???
i
Jawapannya : kalau Imam tu bagi kat Zambry jadik Imam, pasti Muhyiddin akan marah dan terasa hati. Dia kan lebih tinggi jawatannya dari Zambry yang hanya menjadi MB Rampasan Kuasa. Tapi bila Imam tu nak bagi Muhyiddin jadik Imam, dah tentu si Zambry tu mufaraqah (berpisah dari imam) lak coz dia dah tau Muhyiddin ni x brapa leh nk baca betoi. So nak jaga air muka kedua-dua pimpinan BN tu, maka sang imam bagila Nizar jadi imam.
Slesai masalah…
i
Bila Hujan Nak Turun, Katak Pun Muncul Kembali…
March 31, 2009
… Sekarang musim hujan di Bukit Gantang. Benda yang lumrah di sini. Ikutkan matapelajaran geografi yang aku blajaq dulu, memang kawasan Bukit Gantang & Taiping ini antara yang menerima taburan hujan paling kerap di Malaysia. Tu pasai Geografi aku dapat C6 masa SPM dulu. Nyaris x dapat C4. Kalau x habis hancuq berkecai tubuh aku cam Toonya si Najib tu. Kebiasaannya, si katak ni sangatlah amat sukanya apabila hari nak ujan ni. Riuh rendah bunyi kumpulan katak ni tika hujan nak turun. Suka ria berdendang berbagai irama sehinggalah selesai hujan turun. Memang merdu irama mereka. Oleh sebab itulah, ketua kepada sang katak akhirnya menunjukkan dirinya di bumi basa Bukit Gantang ini. Dalam kenyataannya semalam …
Ezam: Barisan baru Umno pasukan idaman Anwar dulu
Kempen
March 31, 2009
…
Kempen PRK 059 sudah bermula. Walaupun ianya bermula lebih awal, namun secara rasminya hanya bermula selepas penamaan calon kelmarin. Suasana hangat kempen mulai dirasai walaupun suasana sejuk melanda kawasan Bukit Gantang ini. Itulah kelebihan pada setiap kali berlangsungnya PRK. Sebelum ini, kekecohan seringkali berlaku sewaktu kempen PRK Permatang Pauh dan pihak polis terpaksa membelanjakan RM16 juta ketika kempen PRK Kuala Terengganu. Sambutan kempen Pakatan Rakyat yang diwakili oleh calon dari parti PAS agak menonjol ketika ini sehinggakan menimbulkan ketakutan dari pihak lawan. Kerjasama yang baik dari pihak media juga agak menyukarkan pihak Be End mencari kelemahan Nizar walaupun isu penderhakaan terhadap institusi sultan dan mufti dijadikan senjata. Turut menjadi isu ialah apabila dikatakan Nizar tunduk kepada kehendak kaum cina DAP. Barangkali UMNO Be End sendiri lupa siapakah yang membenarkan Datuk Tan Lian Hoe bertanding di parlimen Bukit Gantang dan Gerik pada 2004 dan 2008 yang lepas sedangkan kedua-dua kawasan Parlimen itu bermajoritikan kaum Melayu.
Nyata kali ini senjata memakan tuan. Serangan bertali arus media alternatif yang berpihak kepada Pakatan Rakyat nampaknya berjaya mengendurkan isu ini. Pihak calon Be End bertukar menjadi defensif. Terakhir sekali kes Nizar menjadi imam kepada Muhyiddin Yasin & co. Umum mengetahui isu imam ini telah popular dalam setiap pilihanraya umum ataupun kecil. Kita pasti tidak lupa bagaimana isu kes solat 2 imam dipolitikkan dan parti PAS lah yang selalu menjadi mangsa isu tersebut. PAS dikatakan tidak dapat menerima imam dari kalangan orang UMNO. Nah, kali ini ALlah telah membalikkan isu ini kepada pihak UMNO sendiri. Kalau dahulunya dikatakan orang PAS tidak dapat menerima orang UMNO menjadi imam, kali ini orang UMNO pula tidak dapat menerima Nizar, orang PAS menjadi imam solat.
Persoalannya kenapa perlu dibangkitkan isu ini? Adakah jentera kempen UMNO Be End telah ketandusan isu? Tunggu isu apa lagi selepas ini yang hendak dibangkitkan oleh pihak UMNO Be End. Yang jelas UMNO Be End memang dalam keadaan terdesak ketika ini sehinggakan terpaksa menggunakan slogan “MOHON RESTU RAKYAT” di billboard mereka untuk menambat undi pengundi di sini.
Berita berkenaan isu kes Nizar menjadi imam kepada Muhyiddin & co. boleh dilayari di sini dan di sini. Untuk berita terkini perkembangan PRK 059 sila dapatkan di sini
* Untuk perkembangan terkini berkenaan perjalanan kempen PRK 059 sila dapatkan di sini
i