Bila Hujan Nak Turun, Katak Pun Muncul Kembali…

March 31, 2009

… Sekarang musim hujan di Bukit Gantang. Benda yang lumrah di sini. Ikutkan matapelajaran geografi yang aku blajaq dulu, memang kawasan Bukit Gantang & Taiping ini antara yang menerima taburan hujan paling kerap di Malaysia. Tu pasai Geografi aku dapat C6 masa SPM dulu. Nyaris x dapat C4. Kalau x habis hancuq berkecai tubuh aku cam Toonya si Najib tu.  Kebiasaannya, si katak ni sangatlah amat sukanya apabila hari nak ujan ni. Riuh rendah bunyi kumpulan katak ni tika hujan nak turun. Suka ria berdendang berbagai irama sehinggalah selesai hujan turun. Memang merdu irama mereka.  Oleh sebab itulah, ketua kepada sang katak akhirnya menunjukkan dirinya di bumi basa Bukit Gantang ini. Dalam kenyataannya semalam …

Ezam: Barisan baru Umno pasukan idaman Anwar dulu

TAIPING: Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Noor dalam kempen pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau mendedahkan barisan pemimpin Umno baru sebenarnya merupakan pasukan idaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada dalam Umno. Malah, Ezam dalam kempennya di Bukit Gantang kelmarin dan di Bukit Selambau malam tadi berkata, Anwar yang merupakan bekas Timbalan Presiden Umno pernah menganggap Presiden semasa, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai “antara orang paling cerdik.” “Saya pernah tanya Anwar masa beliau jadi Ketua Pemuda Umno, siapa yang paling beliau risau… beliau mengatakan nama Najib… dia kata Najib yang paling cerdik di kalangan barisan Pemuda. i
i
Wahhhh… dah dapat tempat berpaut baru nampak gayanya tuan katak??? Dahan lama dah jatuh ka? Tuan Katak ni cakap lagi …
i  
“Saya pernah tanya Anwar Ibrahim ketika dia menjadi Ketua Pemuda Umno dulu, Exco Pemuda Umno mana yang paling cerdik. “Anwar jawab Datuk Najib. Lepas Datuk Najib siapa? Dia jawab (Tan Sri) Muhyiddin dan sekarang ini tengok, Najib jadi Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden,” katanya ketika berceramah di Sungai Lalang, Bukit Selambau di sini. Selain itu katanya, Anwar turut menyenaraikan Ahmad Zahid dan Hishammuddin sebagai sebahagian daripada kumpulan wawasan yang ditubuhkannya. “Ini bermakna Anwar mengakui, mereka ini adalah pemimpin terbaik Umno yang ada pada masa itu dan kini kesemua mereka sudah menerajui Umno. Apa lagi Anwar nak kata?” katanya.
i
Kah kah kahhhh… Jek semacam nampak tuan katak? Rumah x cukup besaq lagi ka? Xpa xpa, kita layan ja katak ni bercakap. Lupa nak tanya tuan katak, mana kotak² yang hang duk janji dulu? Dah juai ka? Lalalaaaa
i
* sumber berita tuan katak di sini i
i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: