Kempen
March 31, 2009
…
Kempen PRK 059 sudah bermula. Walaupun ianya bermula lebih awal, namun secara rasminya hanya bermula selepas penamaan calon kelmarin. Suasana hangat kempen mulai dirasai walaupun suasana sejuk melanda kawasan Bukit Gantang ini. Itulah kelebihan pada setiap kali berlangsungnya PRK. Sebelum ini, kekecohan seringkali berlaku sewaktu kempen PRK Permatang Pauh dan pihak polis terpaksa membelanjakan RM16 juta ketika kempen PRK Kuala Terengganu. Sambutan kempen Pakatan Rakyat yang diwakili oleh calon dari parti PAS agak menonjol ketika ini sehinggakan menimbulkan ketakutan dari pihak lawan. Kerjasama yang baik dari pihak media juga agak menyukarkan pihak Be End mencari kelemahan Nizar walaupun isu penderhakaan terhadap institusi sultan dan mufti dijadikan senjata. Turut menjadi isu ialah apabila dikatakan Nizar tunduk kepada kehendak kaum cina DAP. Barangkali UMNO Be End sendiri lupa siapakah yang membenarkan Datuk Tan Lian Hoe bertanding di parlimen Bukit Gantang dan Gerik pada 2004 dan 2008 yang lepas sedangkan kedua-dua kawasan Parlimen itu bermajoritikan kaum Melayu.
Nyata kali ini senjata memakan tuan. Serangan bertali arus media alternatif yang berpihak kepada Pakatan Rakyat nampaknya berjaya mengendurkan isu ini. Pihak calon Be End bertukar menjadi defensif. Terakhir sekali kes Nizar menjadi imam kepada Muhyiddin Yasin & co. Umum mengetahui isu imam ini telah popular dalam setiap pilihanraya umum ataupun kecil. Kita pasti tidak lupa bagaimana isu kes solat 2 imam dipolitikkan dan parti PAS lah yang selalu menjadi mangsa isu tersebut. PAS dikatakan tidak dapat menerima imam dari kalangan orang UMNO. Nah, kali ini ALlah telah membalikkan isu ini kepada pihak UMNO sendiri. Kalau dahulunya dikatakan orang PAS tidak dapat menerima orang UMNO menjadi imam, kali ini orang UMNO pula tidak dapat menerima Nizar, orang PAS menjadi imam solat.
Persoalannya kenapa perlu dibangkitkan isu ini? Adakah jentera kempen UMNO Be End telah ketandusan isu? Tunggu isu apa lagi selepas ini yang hendak dibangkitkan oleh pihak UMNO Be End. Yang jelas UMNO Be End memang dalam keadaan terdesak ketika ini sehinggakan terpaksa menggunakan slogan “MOHON RESTU RAKYAT” di billboard mereka untuk menambat undi pengundi di sini.
Berita berkenaan isu kes Nizar menjadi imam kepada Muhyiddin & co. boleh dilayari di sini dan di sini. Untuk berita terkini perkembangan PRK 059 sila dapatkan di sini
* Untuk perkembangan terkini berkenaan perjalanan kempen PRK 059 sila dapatkan di sini
i