Calon PAS

March 24, 2009

Calon PAS PRK 059

Calon PAS PRK 059

Teka-teki siapakah yang menjadi calon PAS bagi Pilihanraya Kecil P059, Bukit Gantang akhirnya terjawab sebentar tadi. MB Perak. YAB Datuk Seri Ir Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin telah dipilih menjadi calon PRK tersebut mengenepikan 2 calon favourite yang disebut-sebut sebelum ini iaitu Hj Muhammad Sabu dan Ustaz Idris Hj Ahmad. Pemilihan calon PRK 059 ini mengulangi episod penamaan calon pada PRK 036 Kuala Terengganu yang lepas apabila nama yang tidak disangka-sangka terpilih sebagai calon.

Pengumuman itu telah dilakukan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Padang Taman Kota Jaya, Taiping setelah venue asal di Jalan Simpang tidak dibenarkan oleh pihak keselamatan UMNO. Namun begitu sangkaan untuk melihat majlis berjalan dengan lancar turut tidak kesampaian apabila majlis diganggu oleh pasukan FRU UMNO sehinggakan majlis terpaksa ditamatkan lebih awal dari yang telah dijadualkan. Pada sebelah petangnya, telah berlangsung mesyuarat AJK PAS Pusat yang diadakan di Markaz Tarbiyah PAS Perak, Air Kuning, Taiping untuk menentukan calon mewakili PAS pada PRK 059 ini.

Selepas ini sudah tentunya semua mata akan tertumpu kepada perjalanan kempen kedua-dua belah pihak. Satu yang pasti, UMNO akan memutarkan isu penderhakaan ke atas Sultan dan menjadi pemimpin boneka DAP.

Adakah PAS sudah bersedia untuk menangkis isu yang agak kontroversi ini?

Adakah orang Melayu Bukit Gantang juga sudah membulatkan hati bagi memilih calon yang berupaya mewakili mereka di Parlimen Bukit Gantang ini?

Nantikan jawapannya pada 7 April 2009 ini.

i

Sama x serupa…

March 21, 2009

Ketua SPRM

Ketua SPRM

ehem ehem

ehem ehem

Sebab apa aku kata sama??? Jawapannya –> di sini

i

Perihal kambin?

March 19, 2009

Adake patut Najis Razak samakan Ali Ketam ngan Kambing Hitam di sini? Hinanya dia disamakan dengan kambin hitam. Aku x leh nk bayang camne orang yang nak bertanding jawatan no. 2 parti  leh Najis Razak samakan ngan Kambin Hitam. Nape x disamakan ngan merak kayangan ke, cenderawasih ke. Atau Ketam barangkali lebih cocok dengannya? Kan lebih molek? Aku duk cari camne la gambo kambin hitam yang disamakan ngan Ali Ketam ni. Dah jumpa aku try imagine lak camne gayanya kambin hitam disembelih tuannya ngan Ali Ketam yang disembelih tuannya.Mm agak² gambo bawah nih ok kot?

gambo Ali Ketam disembelih

gambo Ali Ketam disembelih

gambo Ali Ketam selepas disembelih

gambo Ali Ketam selepas disembelih

i

bomoh

bomoh

Haha… arinih dah kuar berita lagi sensasi di Malaysiakini perihal pemilihan agung parti najis UMNO, kurang seminggu ini. Melihatkan tindakan penuh drastik dikenakan kepada Ali Ketam yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden parti najis itu, maka kaedah merasuah perwakilan sudah dikira tidak up2date. Maka satu kaedah terbaru untuk berkempen mempengaruhi bukan sahaja para perwakilan, malahan Ahli Majlis Tertinggi parti najis tersebut iaitu dengan menggunakan khidmat perbomohan. Kaedah konvensional ini pernah digunakan oleh Datuk Mazlan di Pahang puluhan tahun dahulu dan terbukti telah berjaya mempopularkan dirinya bukan sahaja didada-dada akhbar, malahan dikaca-kaca televisyen.

Semalam akhbar dan media telah melaporkan Ali Ketam, calon Timbalan Presiden parti najis UMNO telah di lucutkan hak bertanding. Dan arinih pula negara dikejutkan dengan penemuan kertas jampi di bawah meja presiden UMNO di bangunan PWTC. Tidak diketahui dari mana munculnya kertas jampi tersebut. Tetapi wujudnya teori  ianya mungkin didalangi oleh calon yang digugurkan kelayakan bertanding semalam bagi melembutkan hati presiden parti najis UMNO itu bagi mengubah keputusan lembaga disiplin parti najis itu.

Terbuktilah sekarang parti najis UMNO kembali mengamalkan ajaran-ajaran melayu kuno dahulukala dengan mempraktiskan penggunaan bomoh dalam perhimpunan agungnya. Jangan terkejut sekiranya wujud fakulti-fakulti baru pengajian berkaitan perbomohan di serata IPTA & IPTS  selepas ini. Dan mungkin juga dalam masa terdekat ini, pengundi di Bukit Gantang bakal menyaksikan berlangsungnya majlis penanugerahan Ijazah Perubatan buat bomoh-bomoh yang berkhidmat untuk parti najis tersebut.

i

Gambar hari ini…

March 18, 2009

muka-muka najis

muka-muka najis

demonstrasi halal

demonstrasi halal

Bos Najis

Bos Najis

i

SAH!!!

March 17, 2009

ali ketam

ali ketam

Jawatankuasa Disiplin UmnO sebentar tadi secara rasminya telah mengesahkan bahawa calon Timbalan Presiden yang juga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Wira Ali Rustam telah digugurkan dari pencalonannya apabila didapati bersalah melakukan rasuah. Turut menerima amaran ialah calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin (mungkin sebab anak bapak) dan Khir Toyo. Rasuah wang ini memang sinonim dengan UMNO ditambah lagi semasa berlangsungnya pemilihan pucuk pimpinan yang abru. Dari cawangan sampai la ke pusat, kesemuanya memerlukan rasuah. Sebelum ini juga, Azalina Othman yang merupakan Menteri Pelancongan juga turut disiasat atas dakwaan yang serupa. Kemungkinan nasib bekas Ketua Puteri UMNO itu turut sama seperti yang dialami oleh Ali Rustam ini.

khairy

khairy

Lebih menarik, jawatankuasa disiplin tersebut tidak berani menghukum Khairy Jamaluddin kerana sandainya menantu Pak Lah itu turut didapati bersalah, maka secara otomatik proses peralihan kuasa antara Pak Lah dengan Najib pastinya terbatal. Inilah yang sangat ditakuti oleh Timb. Perdana Menteri 2, Puan Rosmah Mansor sekiranya perkara itu benar-benar berlaku.

Peluang Muhyiddin Yasin untuk memenangi kerusi Timbalan Presiden UMNO jugak pastinya tipis kerana dijangkakan penyokong Ali Rustam akan beralih menyokong Mat Taib. Ini kerana mereka melihat penggantungan Ali Rustam ada kena mengena dengan Muhyiddin Yasin. Inilah juga yang dikehendaki Najib agar pencabar jawatan Timbalan Presiden ini hanya menjadi 2 penjuru sahaja. Strategi membatalkan pencalonan Ali Rustam dilihat bakal menguatkan kem Mat Taib. Sekiranya team Mat Taib dan Ali Rustam bergabung, pastinya impian Muhyidin Yasin untuk bergelar Timbalan Perdana Menteri musnah sama sekali.

Satu perkara menarik bagi politik negara kita. Kita nantikan kesudahan krisis tersebut. Buat para penyokong Pakatan Rakyat yang dah duk asyik kata ‘KITA DAH MENANG’ tu bolehlah menarik nafas lega. X yah buat keja dah. Pack barang balik kawasan memasing. Tutup bilik gerakan memasing. Jgn risau, ‘KITA DAH MENANG’.

i

UMNO Derhaka

March 16, 2009

Nik Nor Madihah

Nik Nor Madihah

Ketika Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah menitahkan rasa sangsinya tentang keadaan politik di Perak kerana meminggirkan nasib kaum Melayu, UMNO bertepuk tangan gembira kerana secara tidak langsung Raja Nazrin mengakui bahawa UMNO lah parti yang menjaga dan meninggikan martabat bangsa Melayu di muka bumi Malaysia ini. Tidak lain tidak bukan, hanya UMNO sahaja dilihat tempat orang Melayu wajib bernaung. Kegusarannya terhadap kerajaan Pakatan Rakyat yang meminggirkan nasib kaum Melayu terbukti tepat apabila diwar-warkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin bersetuju memberikan geran hak milik kekal kepada penghuni tanah Kampung-kampung Baru. Inilah antara perkara yang dikesalkan  oleh Raja Muda Perak ini. Seolah-olah selepas ini tanah di Perak hanya dipenuhi oleh kaum Cina atau India. Raja Muda mungkin berada di luar negara ketika kerajaan BN menghadiahkan tanah kepada pekebun Cina di Tapah sebelum pilihanraya umum ke-12 dahulu. Baginda juga mungkin terlepas berita ketika UMNO BN menghadiahkan tanah kepada MCA bagi mendirikan Universiti Tun Abdul Razak (UTAR) di Kampar bagi mendapatkan sebuah bangunan sendiri di sebelah Hotel Casuarina. Mungkin juga baginda tidak dilaporkan berkenaan penyerahan tanah yang berjumlah lebih 1 ribu ekar di Lekir kepada Cina kettika pemerintahan UMNO BN Perak sebelum ini.

Tetapi apabila kerajaan UMNO BN tidak mengiktiraf seorang pelajar genius, Nik Nor Madihah yang mendapat 20A dalam peperiksaan SPM sebagai pelajar cemerlang keseluruhan, dan menganugerahkannya kepada kaum bukan Melayu yang hanya mendapat kurang dari pelajar tersebut, aku nak bertanya dimanakah sensitiviti Raja Muda Perak ini terhadap Melayu. Jelas UMNO membelakangkan titah dan kehendak baginda apabila tidak mengiktiraf pelajar Melayu itu sebagai pelajar paling cemerlang dalam sejarah SPM di Malaysia. Mungkin mulut baginda terkunci kerana perkara itu dilakukan oleh UMNO, bukan Pakatan Rakyat??? Tidakkah UMNO juga dikira menderhaka???

i

Aritu Rais Yatim dah kuarkan statement kata pembangkang sudah mula menjalankan operasi menghapuskan imuniti raja-raja. Arini Hishamsiah Aww pun dah kuarkan statement di sini. Berlumba-lumba puaka ini mengeluarkan kenyataan.  Semuanya berpunca kerana pemilihan agung parti celaka tu sket masa lagi. Sebabkan nak menang jawatan Naib Presiden parti celaka diorang tu, kesemuanya berani mengeluarkan kenyataan celupar yang tidak langsung berasaskan fakta. Hanya andaian semata-mata. Kemudian cuci tangan. Tergelak besar apabila berjaya menaikkan sentimen perwakilan yang akhirnya akan memilih mereka sebagai pemimpin yang akan memperjuangkan masa hadapan orang melayu.

Sungguh celaka gaya permainan politik mereka ini. Kesemua mereka ini sedar dan berani untuk memainkan isu sensitif ini memerlukan kerjasama yang erat dari pihak keselamatan. Kenapa aku cakap demikian. Andainya pembangkang yang mengeluarkan kenyataan yang sedemikian sohih akan dipanggil mengadap dalam masa sekelip mata.

Ketua Polis Negara pun dah sibuk nak berpolitik sekarang ni di sini. Mungkin menyedari tempoh berkhidmat akan tamat x lama lagi. So jalan yang terbaik, ampu penguasa kerajaan sekarang agar selepas pencen nanti dapat duduk dalam mana-mana lembaga pengarah kompeni blue chip. Contoh paling senang Tun Hanif Omar.

Jangan terkejut kalau hari keputeraan Sultan Perak nanti, KPN ini akan dianugerahkan gelaran tertinggi oleh paduka sultan sebagai membalas jasa menahan orang yang menfitnahnya. Sedangkan bagi aku yang lebih baik dikenakan tindakan ialah admin laman web rasmi Sultan Perak itu sendiri kerana dialah yang bertanggungjawab melepaskan komen-komen yang tidak bertanggungjawab itu dan bukannya para pengomen.Kenapa sampai sekarang admin laman web Sultan Perak itu tidak dihadapkan di mana-mana mahkamah? Kenapa dalam kes Raja Petra dahulu, yang mengomen dalam tulisannya tidak ditahan tetapi dia yang ditahan? Double stendet nampakkkkk???

Busuknya politik Malaysia. Uwweeeekkkkk

i

BN punya calon…

March 14, 2009

Ismail Safian

Ismail Safian

Najib Toonya dah umumkan calon BN bagi pilihanraya kecil P059 Bukit Gantang sebentar tadi. Ismail Safian merupakan calon underdog, yang tidak pernah disebuut namanya sebelum ini. Ini sekaligus menafikan peluang Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Kamalullail Sulaiman yang merupakan nama favourite untuk seat tersebut. Ismail Safian sebelum ini merupakan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bukit Gantang semasa Mat Isa menjadi Ketua Bahagiannya. Namun setelah Mat Isa ditendang oleh Rosli, Ketua Bahagian yang baru, Ismail Safian turut tenggelam dan hanyut entah kemana sebelum muncul kembali sebentar tadi. Pengumuman itu juga disusuli dengan akujanji dari Ismail Safian yang berjanji tidak akan bertanding dalam pemilihan Ketua Bahagian UMNO akan datang. Ini disebabkan dikhuatiri kem Rosli Husin tidak akan turun membantu kempen pilihanraya seterusnya membuang undi protes pada pilihanraya kecil tersebut. Inilah yang terjadi pada Datuk Azim yang tewas kepada Ustz Roslan Shaharum disebabkan undi protes dari ahli UMNO sendiri pada pilihanraya umum yang lepas.

Satu yang menarik kali ini, cara Najib Toonya mengumumkan calon pilihanraya kecil Bukit Gantang ini hampir menyamai cara yang dilakukan oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang sewaktu mengumumkan calon pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang lepas dengan memilih calon bukan pilihan. Mungkin Najib Toonya mengambil iktibar dari kemenangan Wahid Endut tempohari. Ini bermakna Najib Toonya juga telah melakukan solat sunat Istikharah dalam menentukan calon BN pada pilihanraya kecil Bukit Gantang ini.

Syabas Najib. Anda telah menjadikan Tuan Guru Haji Hadi sebagai idola.

keahlian UMNO Ismail Safian

keahlian UMNO Ismail Safian

Kepada sesiapa yang ingin mengucapkan tahniah kepadanya, sila smskan @ call di no. 019-574 1909

Latar belakang calon –> di sini

i

Perasan…

March 13, 2009

img_0084

sudah tukarka?

Dah hampir seminggu berkampung di Bukit Gantang. Cuaca x menentu. Yang pasti hujan perkara stendet kat sini. X yah pakai ekon n kipas pun time tido, tp bangun pagi sejuk gila babas. Soryla nak mandi. Guna cara lama P. Ramlee jek. Harap xdela kuar lagik isu duk rumah berekon pasni.

Td sahabat UA aku mintak pindahkan gambar dalam pendrive dia. Katanya mamat Cenangau nakkan gambo tu. Aiseyyyy, xkn gambo ehem-ehem lak. Aku belasah bukak dulu. Lagipun dia xdak arinih. Kira hak ekslusif tu jatuh pada aku la.

Saspen lak rasanya. Sekali bukak… Jeng jeng jeng, terpampang banner cantik hasil kerje sedara mara yahudi ni. Tapi yang pelik dia leh kata Pakatan Rakyat nih zionis. Patutnya yang merampas tanah @ negeri org ni la yang paling layak digelar zionis. Cheh sudah tukarka macha???

Anak Jailu pun dh balik kawasan arinih. Kepulangan yang disambut dengan guruh dan hujan yang amat lebat. Kilat usah cakap la. Menyabung depan mata. Nyaris duk dalam kete. Klu kt luar abis legam disambornye. Patutla pun. Rupanya petanda kepulangan wira adi jagat. Beratur ayahanda Pekida nak jadikan dia anak emas mlm td.

Haha, silap orang la. Dia ni jenis katak. Mana leh buat anak buah. Cheh boleh blah laaaa. Tido lagik baik…

Celakanye anak Jailu… Aikhhhhh ptuihhhhhh….aku ludah kat kepala dia yang berambut jarang tuh. Bior tumbuh kurap kat situ.

i