Kelam…

April 15, 2009

update

Elly, aweq cina yang cute miut tu dah terima tawaran kekalkan jawatan EXCO k’jaan S’ngor. SO PRK yang diharap-harapkan anak Toyo tu x menjadi kenyataan. Selamatlah aku dari berkelana ke sana. Satu ingatan buat Elly, jaga sikit nilai-nilai wanita timur nih. Hang tu tumpuan ramai. Suma duk perati tingkahlaku hang. Silap langkah, confirm kena prap nye. Jangan duk ada lagi kisah-kisah kontrobesi cam yang lepas k.

AlhamduliLLah sedar x sedar dah setahun aku ber’blog’ di sini bermula pada 11  April 2008.  Walaupun terlewat, tahniah aku ucapkan buat diri sendiri. Hehe. Kiranya aku masih mampu untuk mempertahankan sifat istiqamah aku. Mudah-mudahan sikap aku terus-terusan begini, insyaALlah.

Arinih ujan dari awal pagi. Wah !!! Beshnyaaaa. Pak Yop Padang Rengas lencun satu badan. Nasib ada kain. Kalau x suar kering kat badan je la.

Semalam, 2 tahlil aku hadiri bersama saf pimpinan DPPK Ipoh Timor. Pertamanya keluarga pelajar PASTI Kawasan Ipoh Timor yang kematian bapanya akibat dikhianati. Menurut cerita waris terdekat, ALlahyarham dipaksa meminum racun dan telah menjadi kes polis. Umur ALlahyarham pun muda lagik. Dalam lingkungan awal 30an. Meninggalnya di Kuala Lumpur hari Jumaat lepas. Memenuhi tuntutan dakwah dan jemaah, aku n kenkawan pakat ziarah keluarganya semalam sambil membawa sumbangan Tabung Kebajikan PASTI Pusat buat meringankan beban keluarga ALlahyarham.

Selesai je kami bergegas pula ke rumah Hj. Khir, di Kg. Sri Kinta. Beliau kematian anak lelaki yang berusia 17 tahun. 3 hari ditempatkan di wad ICU, akhirnya menghembuskan nafas terakhir pagi isnin (semalam) jam 3 pagi. Sebab kematian akibat kencing tikus. Sayu jugak time dengo citer dari ayahnya. Maklumla, hukum adat yg patut pegi dulu si ayah, tapi si anak yang muda belia lak yg pegi.Segar bugar lak tu.

Moral of da story, jejaga la ngan sekeliling kita. Kekadang kita main sapu jek apa yang ada, tanpa peduli kebersihan. Sebelum ni pn dh ada kes pasai kencin tikus ni. X salah aku time banjir besar di Johor aritu. Tikus kencin kat atas tin minuman. Then ada lak makhluk yang main sapu jek air tin tu tanpa membasuhnya terlebih dahulu. Alhasil, meninggal la 4-5 orang. Hah, kan senang nak mati. X yah susah-susah.

Apapun, satu peringatan buat aku, x semestinya kematian itu menjemput aku time usia aku dah lanjut, dan tidak juga hanya ketika badan aku x sihat. Iskkk, mohon aku diberikan mati dalam keadaan berbuat kebajikan. Aminnn….

Buat kedua-dua keluarga, aku doakan kalian bersabar dengan ujian yang amat berat ni. Mudah-mudahan dengan sabarnya kalian akan dapat membantu mereka yang kalian sayang di sana. Buat kedua-dua ALlahyarham, semoga ALlah mengurniakan sebaik-baik perlindungan buat kalian.

Buat semua yang terlibat semalam, ribuan terima kasih atas masa yang diinfaqkan.

1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: