Serba salah…

April 16, 2009

Malam semalam aku bermesyuarat cawangan bagi menentukan perwakilan cawangan dan membuat pencalonan AJK PAS Kawasan Ipoh Timor pada 26hb April ni. AlhamduliLLah segalanya berjalan lancar. X lama mana pun mesyuarat cawangan aku kali pertama ni. Cam besa, dalam setengah jam settle.

Balik je aku sempat la bukak tv memandangkan masa tido masih awal. Bukak tv, tertontonlah rancangan secara ‘Live’ dari KLCC (Kuala Lumpur Convention Centre) mengenai pelancaran model terbaru MPV pertama Prtoon, syarikat ulung automobil negara. Wahhhh, bagai dirancang-rancang pulak, elok Najib pegang je jawatan PM dia dapat rasmikan produk baru Proton ni. Kira hebat la pada aku sebab sebelum-sebelum ni PM Malaysia hanya merasmikan produk kereta aje. I’m proud with u Najib, aku menyanggah kumpulan anti PPSMI.

Cuma satu yang aku musykil, apalak dibuat dek orang tua menopause a.k.a Tun M bersama-sama Najib kat atas pentas pelancaran tuh? Aku tengok kameraman yang buat live tu terpaksa shoot video dari jauh coz nak masukkan jugak gambo org tua tuh. Nk interview pun terpaksa dedua. Memula Zainal Abidin Rawop interview Najib, then trpaksa lak interview orang tua tuh. Sungguh aku kata, siannnnn krew-krew RTM tu. Korang nyer mata aku tak tau la, tapi dari mata aku yang masih clear ni, memang nampak sgt Najib x baper selesa. Hinggakan satu ketika time Najib nak acting duduk dalam mpv tu, orang tua tu pun sama terhegeh-hegeh nak duk sebelah.

Haha, klakau klakau… Kalau dulu orang tua tu duk kata kerajaan Pak Lah kerajaan anak beranak, nah skang kerajaan Najib ni lak nk gelar kerajaan ape ek? Kerajaan kongsi kuasa kot. Muehehehe…

Agak-agak korang laaa, ape la reaksi Najib ni nanti bila dikaitkan dengan orang tua menopouse tu? Maybe Rosmah leh tolong jawab kot… Hik hik hik

i

Kenyataan Media

April 16, 2009

i

IPOH, 15 April (Hrkh) – Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) terkejut dan kecewa dengan kenyataan Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir di dalam media cetak mengatakan kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang baru-baru ini tidak mendapat sokongan sebahagian besar orang Melayu sebagai menafikan mahkamah rakyat bagi memilih pemimpin yang bersih dan adil.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur, Salmah Salleh dalam kenyataan medianya hari ini sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Kudeta BN Perak, Zambry Abdul Kadir.

Menurutnya, DPPK IT juga kecewa dengan dakwaan pemimpin pemimpin Umno/BN yang mendakwa parti itu mendapat sokongan besar dari orang Melayu, dalam masa yang sama menyifatkan kemenangan calon PAS, Dato’ Mohammad Nizar Jamaluddin yang menewaskan calon BN, Ismail Safian di Parlimen Bukit Gantang adalah kerana PAS mendapat sokongan dari orang Cina yang telah terpedaya dan terpengaruh dengan dakyah PAS dan DAP.

“Keputusan Pilihan raya Kecil Bukit Gantang baru-baru sebenarnya petanda jelas menunjukkan rakyat tidak bersetuju dengan cara BN mengambil alih kerajaan Perak pada awal Februari lalu. BN sebenarnya menguasai kerajaan tidak mengikut peraturan dan Perlembagaan negeri serta membelakangkan undang-undang,” katanya.

DPPK IT melihat contoh sebelum ini seperti kenyataan Dato’ Seri Tajol Rosli Ghazali pernah menawarkan diri untuk meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan (Adun) Pengkalan Hulu bagi membuktikannya bahawa rakyat tidak menolak BN pada pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini akan berulang lagi dengan kenyataan yang sama.

“Kita mencabar jika benar-benar BN / Umno masih lagi diperlukan oleh rakyat Perak, Zambry boleh menjemput Nizar sama-sama memohon perkenan mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak bagi membubarkan DUN Perak jangan hanya membuat kenyataan-kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang akan menyebabkan pelabur takut untuk datang ke Negeri ini,” katanya.

*sumber berita dipetik di sini

i