Semalam punya story…

April 17, 2009

Update

Akhirnya persoalan kenapa orang yang x reti nak senyum sepanjang PRK P059 aritu terjawab. Rupanya beliau x senyum sbb menanggung sakit yang tidak ramai yang tau. Aku baru jek g ziarah dia semalam pas dapat tahu dia  akan di operet di spital berbayar yang mahai. Sakitnya korang carik senirik la. Aku doakan mudah-mudahan dia akan sembuh seperti sediakala insyaALlah.

Yang aku tau bila TEKANAN + SAKIT = Muka x leh nak senyum

Alkisahnya, diwaktu berkesempatan duduk  semeja ngan olang besau-besau parti semalam, sempatla aku melawak dan bersembang. Termasuk dengan orang yang x reti nak senyum, tulisan blogger terkenal seantero dnia arituh. Wah wah wahhh… rupanya orang yang x reti nak senyum tu dah tau isu tu. Anak dia dan ada sorg blogger tersohor dah sampaikan awai-awai. Yang herannya time sembang ngan aku n kenkawan yg lain, bukan aje senyum ala-ala brad pit dia leh kasi, tp dia siap leh buat aksi gelak gulin-gulin lagik. Keh keh kehhh…

Cm biasa dia x amik port sangat pn isu tu. Mungkin blogger tu nak naikkan rating entry dia. Buktinya blogger tu dpt lebih 150 komen kat entry tuh. Wahhh… malatop gituuu. Publisiti free beb. Kannye kena bayar. Patutnya blogger tu kena ucap time kasih kat org yg x reti nak senyum tu sbb dh tolon naikkan rating blog dia.Hehe…

So aku cadang kat blogger tu, len kali leh wat lagik kot. Try ushar-ushar memana pemimpin PAS Perak nih yang x snunuh dan huduh. Then publishkan. Musti gempaq lu nya blog beb.

Then ada sorg pimpinan ni bercerita la pasai jamuan meraikan rakyat dan petugas PRK P059 ahad nih di Dataran Tok Guru, Simpang. Ada orang dah berjanji nk sedekah lembu dengan banyaknya x tunaikan lagi. So susah la beliau. Nak x nak kenala calling-calling carik lembu. Perghhhh… dah jadik broker lembu lak beliau. Keh keh keh…

Sembang nye sembang, terkuar la citer pasal Unit Amal, satu badan beruniform dalam PAS yang telah menimbulkan kontrobasi masa PRK P059 aritu. Aku malas nak ungkit sangat arr kes aritu tu. Lagipun aku dengar dh ada kawasan nak mengusulkan sesuatu dari tindakan Unit Amal di P059 tuh. X pela, tunggu je la Muktamar Pemuda nnt. Panas kot. Hik hik hik. Back 2 da topic, aku igtkan kes tu dh setel. Rupa-rupanya melarut sampai ke program jamuan rakyat ahad nih. Diaorang sound x dpt nk bagi kerjasama nk bantu melicinkan perjalanan program.

Yang hotnya korang nak tau apa alasan yang pengarah Unit Amal tu kasi?

Alasannyaaaa… x sanggup tengok anak buah kena maki. Warghhhh hahahaha… X sanggup kena maki beb. Bila tanya sapa yang maki diorg? Dia bilang pemandu-pemandu lori yang gunakan jalan tu. Lagipun katanya aritu Unit Amal sibuk nak berjaga di Mesyuarat Agung Pemuda PAS Bkt Gantang. Dengar citer dekat ribu riban (pinjam ayat wak banjar) jugak kehadiran mesyuarat agung tu nanti. Tu pasai kesemua anggota Unit Amal dikerahkan membantu program tu. Fenomena biasa pas menang. Ramai yg berminat nak dtg mesyuarat. X le cam kawasan aku, dari dulu sampai la ni duk menang x bertanding jek. Wakakaka…

Harapnya Unit Amal pasnih toksah la guna ayat AMAL tu dah. Tukar jadik unit x sanggup nak beramal. Lagu pun tukaq dari beramal kerana ALlah ke beramal kerana makhluk yang stuju ngan aku.

Mungkin jugak pas jaga orang-orang kenamaan nih, diorang pun dh x suka nak beramal… WALlahua’lam… Mungkin diorang ada jawapannya. Aku tunggu…

i

23 Responses to “Semalam punya story…”

  1. orang muda Says:

    ada cara nak tegur orang. Orang tak mintak kita senyum, tapi guna pendekatan tidak menyakitkan hati orang.

    Nak bertegas, bertegaslah kepada pemimpin pas yang makan rasuah komisyen balak. Yang ini dibiarkan, diberi muka.

    Tapi bertegas dengan pemimpin bawahan yang nak buat kerja cara ikhlas, mereka tak minta komisyen balak, cuma minta jangan dihina.

    Anda, mungkin tidak merasa sbb baru dok kenal dengan orang yang payah senyum tu. bila anda buat kerja dengan dia, percayalah anda akan rasa sendiri.

    • shamsuleffendey Says:

      aku bukan nak sakitkan hati sesapa. cuma nak tegur sket la mana yang x betoi.

      insyaALlah walaupun aku baru kenai dan keje ngan dia, tapi ada org yg lebih teruk dari dia aku jumpa dan keje dalam jemaah nih.

      klu tahan aku stay, x tahan aku cabut. tapi lum penah lagi aku sabotaj, alhamduliLLah.

      mudah-mudahan x sabotaj jemaah aku sendiri nak nye, insyaALlah

  2. anaktupai Says:

    kesian jugak aku dengor, tapi apa nak buat kalau setakat bill ribu-ribu kat hospital puteri tu, apa ada hal, poket atas jer, tu belum jejas kompartmen 2x yg dapat aritu..

    So org sebagai orang Islam kena muhasabah mungkin ada hikmahnya dan kepada lu x payah kipas sgt bukan ke mana pun, habis kuat dapat baju free jer.

  3. orang muda Says:

    anda bukan tegur sikit, anda perli dan hina Unit Amal. Kalau anda marah kat anggota Unit Amal jgn babitkan organisasi Unit Amal.

    Kalau pun anda bukan anggota Unit Amal, janganlah perkecilkan Unit Amal.

    Kalau anda betul-betul nak tegur. Cari dan siasat wakil rakyat dan pimpinan yang makan rasuah komisyen balak. Tegur mereka cukup-cukup.

    Anda tak kan berani, sebab anda pun sama dengan pimpinan yang anda kipas.

    • shamsuleffendey Says:

      tegur @ perli, yang penting niat aku sampai. aku bukan perkecilkan pun, just perlecehkan indibidu2 yang x amanah dalam UA tuh. yang amanah tu aku x tegur la. kome usoh riso

    • anti rokok Says:

      Unit Amal tolong ambil perhatian: Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

      “Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

      ini pula sumber dari bernama:
      Perokok lebih hina daripada lembu: Nik Aziz

      KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

      Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

      “Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran.

      “Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

      “Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini.

      Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

      Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. – Bernama

      JaDi SeSiApA yAnG mErOkOk iNgAt2LaH AnDa…..

      Waktu muktamar di ipoh, petugas2 unit amal merokok depan ustz2 dan tok guru… Disiplinkan diri anda semua supaya orang hormat dengan unit amal.

  4. AMALKELANA Says:

    budak ipoh timor…semalam punya story…rasanya dia ngatakan diri sendiri kot…benor citenya yang ngomplen tu pun dalam dairy teman ade juga unipom amalnya…cemenya dia keje milih-milih..mana yg de glemer dan banyak tangguknya citu le kojenya…tapi yang teman nampak dan lihat kejenyapun curi tulang gak…macam anjing cari tulang…tercuri orang lain punye…keme ni di haramkan koje p.raye oleh bos mike sbbnye keme ni idak boleh gampu dan bukan kaki ampu bb itu yg keme dapat dlm tarbiyyah… dlm unit amal ni ape le org yg codek nak masuk…yang ade ni yg selalu kena buli je…mane de budak ipoh timor nak kene buli…tengah panas…kena embun…tido di jalan….kene halooooooo….budak ipoh timo tido dlm ekon…koje pun dalm ekon….keme ni harap dihambat topi merah jeeee…kome di mane…buat je le koje mike wahai ipoh timor….jangan main tengah panas…nanti mike kena bako..kalo rase nak kene bako esok keme anto kaki bako…..

    • shamsuleffendey Says:

      betuike kome diharamkan keje pilihanraya? aku rasa kome mmg xnak buat koje tuh. sbb dh gelemer mnjaga em b dan permata hitam tuh la kot. dapat masuk tv. keje pilihanraya x dapat masuk tv. keh keh keh…

  5. soklan Says:

    dasar !@#$%^ betul pasal lu perkecilkan unit amal..sesedap rasa je

  6. abgBro Says:

    kes unit amal perak tu..harap2 dpt bincang dan selesai elok2, berat mata memandang berat lagi bahu memikul…

    • shamsuleffendey Says:

      yup bro, memang berat bahu ni nak memikul. klu aku x trlibat dlm UA ni aku x de la sedih sgt tindakan diorang tu.

  7. BUDAK BEGHINGOIH Says:

    Klo udah sedih bukan ghope itu ayatnye.Ayat yg mike bedei U.Amal aritu menjatuhkan seluruh nama baik U.Amal Malaysia.Mike sedo ke yg mike nuleh tu bukan dlm jamban,seluruh M’sia..orang gile pun baca yob…agak2 le.Tempat yg sesua klo nak tau teman nak ngajo mike ni,dlm usrah ke,dlm mesyuarat ke..Kume endak mike buat kenyataan secara tebuke…klo idak jangan hagoih deme nak maapkan mike…

    • shamsuleffendey Says:

      haha… deme ada datang usrah ke yop??? teman x penah nampak pun? mesyuarat lak teman x leh masuk sbb teman bukan ahli majlis mesyuarat UA. Teman macai jek. Lagipun teman x leh nak cium bau rokok deme yang kuat tuh. haha

  8. amal kelana Says:

    sendiri mau ingat…..ruang untuk tegur sahabat bukan disini….ruang yang diajar oleh jemaah byk””…..ruang begini lu nampak mcm kurang ajar dn tak de bende pun boleh settle…lu bikin serabut jee…kalu lu betul UA lu kena bykkan masa dgn UA dan beri nasihat yg lebih membina….lu serupa ikut cakap orang jee…ada paham

    • shamsuleffendey Says:

      haha, apesal lak x leh tegur kat sini? sini pun satu medium menegur gak. Nik Abduh pun tegur jemaah yang x betoi kat blog. Kalau x betoi ape yg aku cakap mst orang x amik port nya. Ni apa yg aku cakap nih menda betoi. Tu pasal lu orang marah kan kan kan???

  9. AKU LAH YG BAIK..?. Says:

    A,KUM.. kITA SEMUA NI ADA LEBIH DAN KURANG YOP…
    MIKE LEH NULISS MEMBACA ,,PANDAI…..MENAIP..
    TAPI MIKE LAK LEH KER??? JAGA PAKING,KUTIP SMPAH…MENGAWAL ORANG..
    bRAPE X MIKE KENA TEAR GAS… MASUK LOKAP…NAK PG JAGA PAKING CERAMAH PUN .KENA PINJAM DUIT ORG LAIN.
    KALAU RASA SORANG JE YANG KOJE UTK JEMAAH…BUAT LA CAM TU…
    NANTI TAKDE ORANG LAIN YG LEH TOLONG KITA..
    dAH TUUU UNIT aMAL YG G USRAH TU KENA PAKAI UNIFOM GAK KER?
    w,SALAM..
    AKU LAH YG PALING HINA DISISI TUHANKU


  10. […] cadangan pengomen di entry aku sebelum ini yang bersungguh-sungguh menyuruh aku menegur mereka ini di dalam majlis usrah, […]

  11. fakte Says:

    saya mintak selepas ini mana mana ua atau yang berminat dengan unit amal meruju sebelum membuat kenyataan supaya dapat yang halal daripada yang haram kalau bermasaalah dengan UA tanya UA , jangan masaalan dengan UA tanya dengan bos lain anta pasti jawapannya memburukkan UA , mengikut maklumat yang saya terima berikutan pilihanraya lepas, unit amal diharamkan bertugas plihanraya tersebut , kenatanya bos mike dan lain lain jangan tanya bos saja , saksi kena lebih dari sorang, kalau bos mike jawab, paham pahamla kena jaga nama baik buat masa ni nati kot kot jatuh kan tengah ni ada dua penyakit ,

    ana nak tanya adakah UA termasuk didalam organisasi JPN atau JPP ,unit amal ditubuhkan di bawah dewan pemuda bermaksu organisai dewan pemuda bermakna bekerja debawah organisai pemuda takkan anta tak tahu dok pejabat tu , takda buku organisasi ke kat sana , dalam Jpn sudah ada unit keselamat tak pernah muncul dalampilihanraya pun mana dia dah dah kena pecat ke ,dengar cerita jpn suka buat keja pecat mememecat betul ke , isu palig besar org jual cd di air kuning pun kena pecat sepatutnya bos mike kena pecat dengan org tu , sebab org jual cd ada kuasa besar jawatan dia perancang strategi , maksudnya strategi parti sendiri kena pulih dulu baru menyerang musuh . kalau tak pandai rujuk la buku ,sepatut nya bos mike tu kena pecat sebab tak pandai merancang ,nasib baik UA bertindak pantas apa bila dapat maklumat keselamata JPN tidak terurus dengan pantas UA melancarkan gerak kerja pilihanraya tersebut ‘ menjalankan kerja kerja keselamatan yang perlu , mendirikan bilik gerakan induk pusat , membuat rondaan setiap malam mana anta nampak kami betugas anta tidor ,

    ana nak tanya anta, mana ada sejarah sepanjang anta duduk dalam parti unit amal membuat kerja pilihanraya inilah pertamakali unit amal menabur bakti dalam pilihanraya ,perak melakar sejarah , menjalankan tugas sendiri , mana pimpinan jpn yang memberi sokongan melainkan pemuda dan memberi sumbangan melainkan sumbangan daripada ahli pas ,

    bekenaan usrah unit amal,unit amal duduk bawah dewan pemuda kawasan bermakna unit amal di arah hadir usrah , anta kena jaga fakta takkan unit amal datang usrah kena pakai unifom
    , adakala unit amal diarah jaga parkig semasa usrah anta , anta masuk tempat usrah ikut pintu atau kot tingkap , sampai tak nampak unit amal , bukan dalam dewan tepi jalan pun ada unit amal , jangan perkecilkan unit amal , unit amal tidak pernah menolak tanggong jawab yang di amanahkan

    berkenaan dengan jamuan pilihan raya mike kena faham perancangan jamuan itu adalah anjuran JPN bukan makan haram buat kerja pun harah ‘ untuk maklumat tapak jamuan tersebut bermasaalah kami tahu pimpinan dan anta tak tahu , sekali sekala kena duduk tepi jalan baru tahu jangan hantam saja . lain kali bagi tahu bos kalau org tengah bercerita dengar baik baikk jangan main potong cakap org, di situ banyak petrol pam setiap kali ada prgram anta pernah tengok petrol pam tu di buka . anta tahu berapa kali tuan punya petrol pam make pas ., setiap kali ceramah berapa kali dia rugi , hati org kenajaga jangan asyek mintak orang jaga hati kita je itu isu paling besar banyak lagi tak payah cerita , tapi lutanya dulu unit amal baru hentam

  12. ualamak amal Says:

    saya harap mike buat kenyataan maaf keseluruh unit amal malaysia ke atas apa yang berlaku dari apa yang teman baca komen mereka adalah benar.

  13. amal kelana Says:

    saya sangat kecewa dengan sikap setengah insan yg dikatakan org “jemaah” tetapi tak tahu cara menegur sesama jemaah..benar tegur menegur tu penting bagi mendidik dan membetulkan jemaah…namun Islam mengajar kita bagaimana nak menegur tanpa meninggalkan kesan bagi yang ditegur dan yang menegur…budak ipoh timor harus lebih peka soal ini kerana jangan terpengaruh sangat dengan dunia teknologi dan meninggalkan konsep yang lebih halus dalam didikan Islam…teknologi kini dicipta oleh para orientalis untuk melalaikan umat Islam dan memperdayakan mereka jika mereka terlalu terpengaruh dengan penggunaannya…untuk yang umum silakan menggunakan medium ini tapi yang berbentuk dalaman anda telah tersilap besar…soal yang dibicarakan ini adalah soal yang amat sensitif untuk diterima…soal nik abduh yang anda bicarakan itu adalah satu bentuk lain dan ia mempunyai nilai yang tertentu dan menegur untuk nilai yang tertentu…jangan samakan dengan isu yang anda ketengahkan ini kerana nilai insan yang anda tegur itu berbeza benar dari sudut penerimaannya dari sudut inteleknya..anda telah menjunamkan satu organisasi sayap yang penting dan menghina pas itu sendiri kerana UA ini adalah sayap yang diwujudkan oleh pas dan diletakkan di bawah dewan pemuda…nik abduh itu menegur individu yang duduk dalam pas…individu dan organisasi adalah satu elemen yang berbeza..individu tidak melambangkan pas tetapi organisasi melambangkan pas..sebab itulah saya katakan anda telah memberi peluru hidup kepada musuh untuk menembak pas itu sendiri..contoh dengan masuknya asri muda ke dalam umno adakah ia melambangkan pas..keluarnya nakahie dari pas adakah ia melambangkan pas…sudah tentu tidak..bezakan ..nilai intelek anda harus diperdalam dan diperkemaskan agar semua yang anda mulakan ini tidak menghancurkan jemaah dan diri anda sendiri..mohon muhasabah

  14. jebon87 Says:

    ok… la kawan,aku kat sini tak nak la komen lebih lebih…. k aku kat sini cuma nak betulkan sikit ayat yang ko bagi kat unit amal kerana makhluk…. ko tak patut cakap kami cam tu…. penat penat orang dulu2 dah buat moto beramal kerana Allah… ko suke suke hati jer nak tukar beramal kerana makhluk…. lagi satu pasal komen ko tentang orang yang merokok…. ko tak leh cakap cam tu kat diorang… aku dulu pun hisap rokok jugak 5 tahun aku hisap rokok pas tu aku berenti… aku nak
    tau kat ko, ko ingat senang ke nak berenti rokok…. cakap pakai mulut memang la senang sebab ko tak pernah merokok ye dak???? lagi pun di akhir zaman ni memang Allah S.W.T dah berfirman akan timbulnya banyak orang yang hanya pandai bercakap ajer!!!! ( ha ko ada tengok berita 5 haribulan ni pukul 8.00 mlm di tv3 …. ko nak tau apa diorang cakap… merokok boleh membunuh virus selsema babi!!!! A.K.A (H1A1) ataupon lebih dikenali sebagai selsema khinzir!!!!

    harap maaf lain kali kalau nak komen tu, berpada pada la sikit…. jangan cakap main ikut sedap mulut jer!!!!

    • shamsuleffendey Says:

      ahaks, dangkalnya hujahhhh…

      ok, aku nak tanya hang jebon, apa kata pasnih kuor biter tv3, sumber ilmu yang hang sayang sgt tuh… pembaca berita nih kata dah ada cara nak bunuh virus selsema babi tu iaitu dengan memakan babi tu sendiri.
      hah!!! hang musti makan babi nye kan? sbb nk bunuh virus tuh.

      wakakakaka… kembungle perut hang nk minum ayor tanah buat samak.. keh keh keh klakau klakau…


Leave a reply to Rebut… « BUDAK IPOH TIMOR Cancel reply