Najib surrender …

April 18, 2009

Najib: BN mungkin tidak tanding di Penanti

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) berkemungkinan tidak akan meletakkan calon bertanding pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti jika mendapat konsensus semua parti komponen BN.

Pengerusi BN itu berkata, BN perlu melihat terlebih dahulu sama ada pilihan raya kecil itu menguntungkan rakyat atau sebaliknya.

“Tak tahu lagi (sertai atau tidak) kita tengok dulu tapi saya tak ketepikan apa juga kemungkinan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sambutan Meraikan Perdana Menteri peringkat Parlimen Pekan di sini hari ini sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas.

Sehubungan itu, Najib yang juga Presiden Umno berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan bertemu dengan presiden-presiden parti komponen BN bagi membincangkan perkara itu.

“Saya akan bawa perkara ini kepada mesyuarat MT akan datang, kalau tak sempat saya akan bawa kepada Biro Politik, dan juga bincang dengan presiden-presiden parti komponen BN,” katanya.

Banyak pihak mengesyorkan agar BN tidak meletakkan calon bersaing di Penanti atas beberapa alasan.

Ini termasuklah bagi mengelakkan pembaziran wang dan masa. Sejak pilihan raya umum Mac 2008, negara telah menyaksikan lima pilihan raya kecil termasuk penggunaan wang lebih RM30 juta oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan polis untuk mengendali dan memastikan kelancaran pilihan raya kecil.

Ulasan aku :

Kalau betoi apa yang Najib kata nih, negara bakal mencatatkan satu sejarah apabila parti terbesar dan terkuat di Malaysia mengaku kalah awal. Haha… x besh arr Najib. X kan nak menang jek. Sesekali kalah ok gak. Ntah bile lak dia duk prihatin sgt ngan wang rakyat nih? Apsai masa projek Bakun aritu xde pun pikir pasai wang rakyat? Apsai masa batalkan projek jambatan bengkok aritu, sampai trpaksa bayar ganti rugi beratus juta kat pemaju langsung x pikir pasai duit rakyat. Tetiba skang lak terpikir? Haha kencing kuat arrr korang

i

sumber berita di sini

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: